The Journey......

Saturday, January 29, 2011
Bismillahirrahmanirrahim........

Semalam, lepas menyusun semula segala fail2 & folder2 dalam laptop ani ni..tergerak hati nak susun semula gambar2 ani. Kebetulan...ada gambar yang masih dalam kamera dan masih belum tengok lagi, walaupun dah seminggu lebih tangkap...nampak sangat buat-buat busy, hikhik.

Bila dah banyak sangat gambar dan bertambah pulak rasa nak susun gambar2 tu jadi satu cerita, maka terhasillah entry ni. Kalini biar gambar yang bercerita dulu....pasal komen2, pengalaman2 DO's and DONT's tu nanti ani tulis kat entry lain.
(terasa pelat sebab rasa akhir2 ni buat ayat skema..hehe)


Journey as a postgraduate student...


what happen to me?? lets check it out

at first is preparing the proposal and discussion with senior....
proposal is rejected, read again and come out with new idea, new proposal..
senior suggest idea...
do labworks, literature, think and tong!
his vision + their vision + other vision and (exclude my vision)... ---->> dont know what to do and got confused! !@&^%%$# * (T_T) <<<--- this is what i felt.  
but, never mind, i just follow the flow....


makan lab....
......tido lab
mandi lab......
.......main lab

sample kalau tak lebih dari ratus tak sah...





then....
...collecting the data...
calculation and thinking
this time makes me expert on lots of software...
including photoshop CS3..ngeheheh




antara yang terlibat dalam drama2 seribu babak sepanjang pengajian:
kak dayah, ram (my sifu), ira.... ^_^V
others (Jshun, K,gee, fatemeh, sahar, jo ee, etc etc...) not shown here..



This is the resultsS..the productsS...the writingsS




AMARAN!!!
"Please dont disturb me while i'm writing"




these are some software that help me MOST



yu, yu, yu and yu....if you're student and also writing the thesis @ journals paper like me, please, please and please...get used of these software, they shortened my time in preparing graph and managing the reference.



Tada!!!!!

salah satu draft thesis ani
.
.
.
.
.
.
after several draft including softcopy!! (my s/visor: even he has checked it until 5 drafts, he still not satisfied with my thesis, but for me i want to submit as soon as possible before end of semester. I dont want to waste my money just for the fees that not much worth for me. PLUS my funding already finished.)

and..
printing processS






Happy faces ^_^
yang belakang tu menyibuks saje...

 Compiling......

yeah!! presenting the drama queen ^_^V

stack of theses + my other stuffs

Kedai printing ------>> send for binding


HOyeahhh!!!~~~ finished!


peace!! v (^_^) V

Jangan lupa borang ni (untuk student UPM)

and other related things : publications, receipt for examination fees..etc etc...

.
.
.
.
.
.
.
.
.




................wait until they call u for final examination.........
THE VIVA



~to be continued~

Tentang tickerfactory disebelah kiri tuuu...

Nampaknya ani kena stopkan ticker tu memandangkan counting days sudah pun tamat 2 minggu sudah.. ani tak perlu lagi menunggu tarikh untuk viva, dah selesai pun semuanya.. 

Cerita-cerita tentang pengalaman sepanjang penantian akan ani coretkan dalam entry2 akan datang. Niat nak buat entry auto publish, tapi malas nak fikir2 nak susun entry mane satu dulu dan mana satu kemudian, insyaAllah ada kelapangan nanti ani ceritakan. Mungkin entry sekejap lagi ke....(tgh ada mood ni (^_~))

Berbalik pada cerita tickerfactory td, secara konklusinya, ani punya tempoh penantian viva adalah selama :

6 BULAN 13 HARI
@
6 MONTHs 13 DAYs

Syukur Alhamdulillah, ada jugak kawan ani yang terpaksa tunggu lebih lama dari ani, selama 8 bulan...


Doa Penggerak: Pelindung diri

Thursday, January 27, 2011
Bismillahirrahmanirrahim.....

Nak share satu doa yang elok diamalkan terutama bila nak memulakan perjalanan @ sesuatu tugas. Kalau yg biasa baca ma'thurat mesti tau doa ni. Kebetulan blog myadha post pasal doa ni, ani nak share n simpan dalam blog ani, untuk panduan ani dan sesiapa yang membaca.


Antara kelebihan2 nya (ani copy dari blog MYADHA-yang diambil dari blog Darussyifa' by Ustaz Hj Harun Din):


Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Ani paste kan hadis yang berkaitan dgn doa tersebut:



Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.


Semoga kita dapat mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

hihi..ayat skema.

Gene Globe by QIAGEN

Tuesday, January 11, 2011
Salam...

Info terbaru!!!!

Kalau mencari gambar2 @ poster2 @ overview etc etc etc, boleh singgah ke : Gene Globe by QIAGEN
 dan saya...

dapat yang ini!!!

tapi awas! semuaanya adalah copyrighted. okeh, credit to QIAGEN, thanks a lot!!!
sangat2la membantu dalam memahami situasi rumit dan sulit...



Mari mengenal tuhan... Subhanallah!
the discoveries of universe

kelas pertama!

Monday, January 10, 2011
eh, nak tambah lagi

Jap lagi kelas pertama saya disini!!!!

sedia, sedia..hihi

Rasa nak viva

Bismillahirrahmanirrahim......


Rasanya banyak dah perkara yang dilalui selama blog ni sunyi sepi, bukan taknak tulis tapi malas.ye, MALAS,itulah punca semua perkara tak menjadi. Dan harini kembali menulis semula setelah saya dah kekurangan tempat membebel. haha.

Sekarang ni nak tulis blog rasa janggal pulak, kenapa ye??
Setelah sekian lama menanti panggilan viva (bukan panggilan haji ye..hikhik), akhirnya terpanggil jugak. pada hari rabu ke khamis 2minggu lepas, dapat panggilan dari GSO suruh prepare, beritahu bilik viva, pukul n tarikh..bla..bla... so excited!.

Petang tu jugak email ke supervisor segala slide yang dah prepare. Dan terus hantar hardcopy ke setiap seorang dengan harapan dapat feedback (tp, hampeh sampai sekarang takde). Dan seminggu lepas, dengan tekun dan istiqomahlah saya menelaah thesis saya. Thesis je, journal2 tak pun.heheh. Perasaan untuk buat presentation kali ni berlainan sedikit dengan perasaan bercampur baur masa nak kena present proposal dulu.

Dulu.......
Rasa nak menangis je masa tengah buat slide powerpoint. Takut! takut takut! tu je yang ada dalam kepala. Masa tu ntah pape la........ objective kemana, method tah kemana, tajuk projek apetah lagi. mata merah je....orang tengok pun macam gerun je nak tegur. Nak ajak makan pun takot. hahah (ku dapat rasakan kembali aura itu..kikiki) kelakar je

Sekarang......
Alhamdulillah..takla takut sangat. tapi masih sangsi ...kenapa tak takut sangat ni?? jangan main2 karang menyesal tak sudah. Memang totally different orang puteh kate.

Pernah pergi workshop viva satu masa dulu.. cheh! macam lama sangat...refer kat sini. Memang dari explaination penceramah macam gerun sangat.Horror gile la budak2 kata..Tu yang rasa serba salah tu tak tau nak rasa apa masa ni. Taknakla overconfident, nanti oversadis pulak. Saya perlu kata2 semangat dari seseorang...saya nak ceritakan apa yang saya rasa sekarang ni kat dia, tapi sape saya nak jadikan mangsa?? jangan ditanya pasal org dalam kem tu. I hate!..bila sms suruh saya tunggu sekejap, tapi saya tunggu sampai tertidur. benci! benci! benci!, ingat dia sorang je yang busy, yang banyak hal.

dahlah, berbalik pada cerita persiapan viva saya. Nanti saya bagi tips sikit2, lepas viva nanti baru boleh reveal semua sebab dah lapang sikit. Pagi ni dah practice cakap sorang2, masa yang saya ambil untuk habiskan slide 22 minit. oklah tu kan??

Rasa nak practice depan orang lain...tapi nak suruh siapa dengar ye???? emm..jap nak fikir...
ok, to be continued.........