Phd yg menghantui hidup

Thursday, October 30, 2014

Setelah melalui bermacam2 dugaan, satu per satu ujian datang.... Sedikit demi sedikit kekuatan semakin berkurang. Rasa dan jiwa sudah jauh mahu teruskan perjalanan yang satu itu.

Bila badan sudah tak mampu bergerak, otak tak mampu berfikir apaaaaaaaa lagiiiiii yang perlu dilakukan. Aaaapaaaa lagi masalahnya!!! Jiwa semakin hampir dengan perkataan "give up".

Macam macam dilema bermain di fikiran... Usaha utk duduk bersama suami, usaha untuk lahirkan zuriat,...kalau stop tgh jalan masih byk hutang masih belum dilangsaikan. Mana ada backup duit??

Ya Allah...

Dikala orang lain meraih kebahagiaan menikmati perjalanan yg satu itu, aku jauh ketinggalan.....
Kesusahan yg aku alami adalah satu ujian,
Melihat org lain miliki apa yg aku impikan juga satu ujian,
Susahnya nk pujuk hati....
Supaya sabar dan syukur