Showing posts with label thoughts of the day. Show all posts
Showing posts with label thoughts of the day. Show all posts

Ala-Allah....

Saturday, January 19, 2013
"Membelek2 gambar kawan yang baru upload picture di fb. Urmm... gambar yg ada fotographer pasti tak berapa menarik, walaupun tak banyak yg ada tula yg ala-ala kadar je~~. Kadang2 jauh disudut hati, kecewa pun ada dengan rakan yang nak tak nak je bila disuruh ambil gambar kita, tapi bila kamera ditangan kita, sehabis baik kita ingin jadikan gambar yang ditangkap itu adalah yg terbaik. Biasa jugak orang berkata, cameraman mmgla tak banyak gambar. yela masing2 berat sangat nak pegang kamera, tapi mahu gambarnya diambil....dot dot dot..."


Susah kan nak berkorban? walaupun ia adalah perkara kecil dan remeh seperti di atas.

Teringat kata2 rakan usrah minggu lepas. Cerita tentang "Sabar", sabar itu adalah bicara hati. Hati lagi... "-_-
Sememangnya susah nak didik hati supaya bersabar. Salah satu caranya untuk memujuk hati bila berada didalam situasi di atas adalah, sebut kan dibibir kita alAllah, alAllah, alAllah....banyak2 kali (maksudnya kerana Allah, kerana Allah..kerana Allah)..supaya hati kita mendengar bicara kita memujuknya supaya ia tidak kecewa lagi kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Teliti atas urusan hambanya. Di sini..timbul pula sifat "Ikhlas". Ikhlas itu juga salah satu urusan hati. Hati lagi.

Ikhlas diumpamakan seperti semut hitam yang berada diatas batu yang hitam sewaktu malam yang gelap gelita (biasakan kita dengar perumpamaan ini?). Selain itu juga, ikhlas diumpamakan seperti garam @ gula di dalam makanan. Jika tiada garam @ gula dalam sesuatu makanan maka hilanglah nikmat makan ketika itu. Sebagaimana pentingnya garam @ gula dalam makanan, seperti itu jugalah pentingnya ikhlas dalam setiap perbuatan. Sebab itu, setiap perbuatan yang didahului dengan ikhlas, cantiklah hasilnya. Oleh itu, walaupun ikhlas kita itu tidak nampak hasilnya sekarang yakinlah bahawa, nikmatnya akan datang kemudian hari @ Allah simpankan dahulu supaya ia menjadi penghibur hati kita dikala seluruh manusia menagih bantuan dari setiap amalannya didunia untuk menebus kesalahan-kesalahan kita dan menjauhkan diri kita dari azab siksa api neraka. Itulah simpanan hari akhirat kita. Jangan asyik sibuk dengan simpanan hari tua, tapi sibuklah dengan simpanan hari akhirat. Kerana bila setiap amalan baik sudah habis diguna untuk menebus dosa-dosa kita, tiada apa lagi yang mampu diganti semula melainkan amalan-amalan baik, salah satunya perbuatan yang kita tidak perasan kita melakukannya, iaitu amalam yang disertai dengan ikhlas.




*masa ni saya rindu cik ejan yg punyai minat yg sama dgn sy, snap! snap! snap!.. lpas tu balik rumah, masing2 dok tenung gambar lama2..kan3.



Bicara hati

Friday, January 18, 2013
Hati....

Bicara tentang hati memang terlalu banyak, banyak sangat2.. sebab tu Allah suruh dalam surah al-Balad ayat 17, supaya saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Berpesan = mengingati, hati sentiasa perlukan perhatian, hati tidak boleh dibiarkan...mesti disirami dan dibajai dengan penuh kasih sayang, penuh perkara-perkara positif. Jangan biarkan hati mati, kerana hati yang sudah mati tidak mampu untuk diubati. Kalau kita rasa hati kita sudah tidak mampu dipujuk lagi, maknanya hati itu sudah mati. Maka, mintalah pada Allah gantikan hati kita dengan hati yang baru.

Daripada Iman Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


**taip sambil buat 2-3 kerja...last2 saya terlupa point. hihi. publish dulu, nanti sambung

Friday, December 9, 2011
Networking itu penting. So, pandai2 la ko perform sebagai seorang yg professional ani!
gambatte! ^_^v

Nak rasa apa eh?

Tuesday, November 22, 2011
Masih lagi berchatting dengan een (Noreen Suliani) bagi nama sebenar lagi tu. Dia sekarang kat Jepun, belum official Phd student lagi tapi dah kena arah pegi sane. Dia yang menurut arahan. hehe.

Banyak topik yang dibincangkan dari A sampai Y ( belum habis chat sampai Z lagi)..dari kosmetik @ health and beauty conscious sampaila ke arah jalan yang benar (een yang kata, saya tak kata :P) its all about study. Apa lagi kalau bukan tentang proposal.. (sile klik butang ''X'' kepada sesape yang dah nak muntah hijau dengar saya sebut -P.R.O.P.O.S.A.L-..HAHA). Al-kisah, semua kawan2 termasuklah kawan2 en hubby tau yg saya ni dah lama dok busy dengan proposal saya, tapi tak siap-siap jugak, malu den. Tension la setiap kali emel ade je kena buat balik. SV kat sana sangat particular dan sangat rajin meng update perkembangan saya di sini, tapi bakal student dia ni selalu ngelat, heheh....jangan tiru perangai saya.korang nak jadi student jadi student dengar kata ye, insyaAllah..selamat dunia akhirat. cewahh, ingatkan orang pandaila, diri sendiri hampeh.

Ok, berbalik pada topik sebenar. Een pesan...."xpe ani.. smntara ni ani study2 dlu basic psl cloning, pcr, digestion n other molecular techniques at least bila kat sana, ani dah ada idea ckit2 psl mnde2 tu".. Emm..macam tu la pesan dia. Ani malas nak rephrase, kite copy paste je.

Bila baca pesanan tu, rasa berdebar takut tak bersedia emm macam2 lagila. Tapi..hati saya kata..relax...u enjoy cuti seminggu ni dulu, kumpul segala semangat dan kekuatan yang ada, cari balik power2 yang hilang yang dah lama tinggal sebab keje tu, masuk kerja minggu depan..you are the new brand ANI..hehe.

Tapi..memang betulla, ani rasa ( eh, dah guna kata nama ani pulak) elok jugak ambil cuti panjang ni..sejak masuk kerja dah lama sangat tak cuti panjang. Otak ni dah sebati, congested, overloaded, concentrated (hah apa lagi yang sinonim??) dengan perkara yang sama setiap hari. So, lepas ni bolehla start masukkan unsur2 journal, unsur2 protocol, procedure experiment, critical thinking dan bersedia untuk jadi permanent head damage member..

Rasa yang tak ingin difikirkan adalah rasa semakiin jauh jarak di antara ani & en. hubby. Setiap hari pun long distance, kalau study leave ani lulus...semakin very long distance lah relationship kitorang. Sob sob sob... T_T
Luckily, i have husband like Him...yang amat memahami dan merestui perjalanan kerjaya isterinya. Kata-katanya sentiasa membakar semangat diri, semakin membuak2 cinta ini terhadapnya. Thanks a lot darling, anje ucuk... I LOVE U so much.mmmuah!

Walaupun kadang2 terasa betul ke jalan yang aku pilih ni. Syariat kah jalan yang aku pilih ni?? emm...taknak fikir lebih2 lagi..biarkan dia berlalu....i just follow the flow of my life~~~ Ya Allah, restuilah hambamu ini. Lorongkan aku ke jalan redhaMu Ya Allah....Bukakanlah pintu rezekimu kepada hambamu ini ...sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas segala sesuatu yag terjadi kepada diriku,  jika sekiranya apa yang aku lakukan ini adalah yang terbaik bagiku, agamaku, keluargaku dan keseluruhan kehidupanku, Engkau permudahkanlah ia bagiku. Tetapi, jika sekiranya apa yang aku lakukan ini tidak baik bagiku, agamaku, keluargaku dan keseluruhan kehidupanku dunia dan akhirat, Engkau gantikanlah ia dengan yang lain yang lebih baik daripadanya. Dan redhailah aku dengan hal itu...

Aminn....

Bos kata....

Tuesday, November 15, 2011
PhD
adalah tentang 


FOKUS & PENGORBANAN




mampukah aku?

..Salam Ramadhan al-Mubarak..

Tuesday, August 10, 2010
.........Assalamualaikum wbt...........






Khas buat semua

Selamat menjalani ibadah puasa,
Semoga kita dapat memperbaiki diri dan memperbanyakkan ibadah di bulan Mulia bulan Ramadhan.
Mohon maaf atas segala salah dan silap.


~~may God bless us~~
~insyaAllah~

Why?

Thursday, July 8, 2010
Sementara menunggu pukul 12.30 ni banyak pulak entry nye ye?? ekekeke...jelir

Sebenarnya, saya selalu terfikir.............

tentang blog, orang-orang yang ada blog,isi kandungan blog.......
kenapa tentang blog soal?..mcm suspen je kan??

Ramai yang tertanya2 kenapa blog buat private pulak??kenapa?? apa yang terjadi???

Penat jugak kadang2 nak jawab..(eh, penat ke?? tak ramai pun yg tanya)

Apa yang berlegar2 dalam fikiran ni???

saya tulis point je la ye.

  • Tujuan: tujuan saya cuma suka2 je. Tapi kadang2 dah terbalik jadi suka sangat. eheh.. Setiap satu peristiwa nak di catat. Dah lupa dah pen dan kertas....semua gara2 zaman yg semakin canggih, ..yela, sekarang ni buat assigment pun nak kena menaip, budak2 sekolah pun dah ada laptop sendiri. diulangi..laptop! bukan desktop yang tinggal dirumah bila kena balik asrama. dah jadi tabiat nak menaip dari menulis...(alasan!jelir), diari pun dah lama tinggal..

  • Pernah tersentap bila ada orang kata "ala...ada blog, nak mencapap* je". Walaupun bukan niat sebenar saya, tapi sebagai manusia yg ada hati dan perasaan, saya juga terasa. Sebab tu kadang2 saya akan "private"kan blog ni kalau ada something yg saya rasa tak perlu nak publish, saya akan berusaha mengeluarkan entri2 baru sebanyak mungkin supaya entri "itu" terkebelakang dan basi.

  • Tapi lain pulak kesnya yang satu ni..."kalau dah ada blog, buat apa private, baik takyah ada blog"..sekali lagi saya ..........-berbalik kepada point no.1, saya sekadar suka2, tangan ni gatal sangat nk tulis setiap yg berlaku. kalau ada diari, kena bawa kesana kemari.lagipun apa yg dicatat di sini tidak penting mana, cuma travelog kehidupan. (kalau nak tau diari saya adalah kalendar jenis planner tu. itu sudah memadai). Kadang2 ada pengalaman2 yg kita nak share dengan orang lain. Kadang2 saya sendiri pun dok tercari2 pengalaman2 orang (blogwalking), dan setiap catatan diorang tu kadang2 sangat berguna. Tapi kenalah tau menapis mana baik mana buruk.

  • Bila saya "private"kan blog ni- sebab tiada entry baru, dan lama tak update. atau tengah mengalami emosi yang tak stabil. Untuk mengelakkan dari terserlahnya sifat2 mazmumah, baik saya tutup medium/saluran yg menggalakkan sifat2 mazmumah tu berkembang..heheheheeeeeeee.....sengihnampakgigi

  • Kadang2 saya taknak orang "tertentu" baca blog ni atas sebab2 "tertentu"..heheh...-tapi jangan risau, untuk korang yg selalu buka dan komen di blog ni tiada masalah kenyit, teruskan membaca....

"Sometimes people may change their mind for some reason"


*mencapap=mencari publisiti (ayat masa sekolah dulu2)

quote

Wednesday, July 7, 2010
"Sometimes people may change their mind for some reason"

XOXO & EXAM

Monday, June 21, 2010
sape tau????....

ape maksud XOXO tu??
pernah tanya org tapi takde jawapan.....

---------------------------------------------------------------------------------------------------

ubah topik.

Semalam dengar berita UPSR dan PMR bakal dimansuhkan?! (masih dalam kajian)

respon saya : tak setuju!
Sebab dia, senang je, student TAKKAN BELAJAR. Tak perlu ambil contoh org lain...ambil contoh diri sendiri. Kalau takde peperiksaan, mau saye belajar bersungguh2?? mau saya nak fahamkan apa yg cikgu saya ajar dalam kelas?? baik saye berangan dan ponteng kelas pergi berlatih main bola jaring @ apa2 aktiviti kokurikulum, lagi best!. Peperiksaan tu perlu sebagai satu cara menilai tahap kefahaman student. Juga menjadi satu target dan pendorong semangat nk belajar bersungguh2. Kokurikulum tetap berjalan macam biasa.....masukla banyak mane persatuan nak masuk, sertailah banyak mane permainan awak nak masuk. Yang penting seimbang, keseimbangan silibus tu cikgu la patut aturkan...Jangan pulak nak sogokkan dengan macam2 perkara sampaikan apa yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..


Kalau takde peperiksaan, macam susah je nk memotivasikan pelajar. Dalam keadaan terpaksa, walaupun taknak belajar, tapi tetap kena belajar (hanya kerana peperiksaan). Pelajaran tu akan berguna suatu hari nanti. Kalau tak belajar, tak terdorong pun nak belajar, setakat input dalam kelas, impak dia tak sekuat impak peperiksaaan. Banyak perkara lagi...contoh mendekatkan diri kepada tuhan, kalau memang pelajar tu betul2 nak lulus cemerlang, selain berusaha...amal ibadahnya juga terjaga, tak percaya tanya pada diri sendiri....dulu nk exam macam mana keadaan kita?? kerana desakan2 macam tu lah kita membina jati diri.


Pelik, kenapa ada je golongan2 yg sentiasa tak berpuas hati. sikit2 nak ubah, cepat sangat melatah. Tengoklah apa jadi pada sains dan math yg kononnya nak diajar dalam bahasa inggeris dah kembali diajar dalam bahasa melayu. Kesian budak2 yang nak belajar ni, pening kepala, cikgu2 pun naik pusing.


tak faham..tak faham.....
fikir

Masih ada kaitan

Thursday, June 10, 2010
Bismillahirrahmanirrahim.....

Selama saya berblog ni saya jumpa berbagai2 ragam penulisan....dan selama beberapa hari yang agak kurang mood untuk berfikir dan berthesis ni telah saya menfaatkan untuk melawat-lawat blog orang lain. melompat-lompat dari satu blog ke blog yg lain.

Sekarang ni memang interest ani untuk mencari semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan sebagai student. Macam2 idea dan buah fikiran ani jumpa, yang paling menarik minat ani ialah yg berkaitan islam dan kehidupan. Memang mudah kalau nak kaitkan bidang yg kita kaji dalam pembentukan diri dan mendekatkan diri kepada yg Maha Esa kalau apa yg kita buat itu memang yg berkaitan aqidah, sirah, semua yg berkaitan islam yg dapat mendekatkan diri kepada Allah.

Tapi ani masih lagi tercari2 macam mana nak kaitkan bidang2 lain macam bidang ani sekarang ni untuk membawa kita dekat kepadaNya. Nak kata sambil mengkaji sambil mengaitkan Hadis dan ayat2 suci al-Qur'an jauh sekali, sebab semua rujukan2 kami adalah dari journal2 org *****. Tak payahla cerita pasal pandangan org.....jauh panggang dari api.
*mungkin saya sendiri yang memang kurang ilmu untuk berbicara tentang semua ini. fullstop.

sangat best membaca blog tentang pengalaman kerjaya masing2.
teruskan usaha!!!
(yang pasti ayat yg akhir dibuat selepas 2 hari perenggan2 diatas dicatat-takde kesinambungan langsung)..

hehe

syukur

Tuesday, June 1, 2010
aktiviti blogwalking terpaksa dihentikan. akan disambung pada waktu lain. cukupla setakat ini. perlu menyambung kembali tugas2 yang tertangguh.

"sayangi siapa diri anda dan apa yang anda lakukan ketika ini, kerana apa yang anda miliki sekarang tidak dimiliki oleh orang lain"

Busy

Tuesday, April 27, 2010
when you keep saying you are busy
then, you are never free

when you keep saying you have no time
then, you will never have time

when you keep saying u will do it tomorrow
then, your tomorrow will never come



Renung2kan quote di atas...

Bersesuaian dgn tajuk entry ni, ani mmg tgh busy skrg ni.buat persiapan untuk majlis perkahwinan kakak pada 1 mei ni. Tangan mane lagi diperlukan untuk membuat@menghias hantaran kalau bukan tangan yg sedang menaip ini.Perjalanan yg penuh liku.

Walau macam mana pun mmg sgt puas hati dgn hasil kerja sendiri. Macam yg lepas2 jugak, semua pun suka. Cuma, kalau untuk sendiri tu macam susah sket, sbb sendiri kena cr idea, sendiri buat.

Dah 2 hari tak ke *a*, ops! diam, jgn pecah rahsia tau! tak sedap jugak hati ni. Mungkin esok kena pergi.

Berbalik kpd kisah persiapan majlis perkahwinan kakak, banyak betul nk pakai duit..pening tengok mak, kite tgk dia pening, dia lagila berganda2 peningnya. Kejap macam tu, kejap macam ni..macam2 hal. hmmmmmm fikir, nmpknya lmbt lagila ani nk kawin.... sedih

turn back to study pulak......bila la...ani nk dapat email dr editor mengatakan paper ani diterima, "you paper has been accepted by editorial board and will be published soon"...waaahh!! sgt2 gumbira, hati bernyanyi riangmenarimenari

ok, sekian

Cry

Saturday, April 24, 2010
We make them cry who care for us
We cry for those who never care for us
And we care for those who will never cry for us


And now im crying for those who care for me,
but I don’t know what should I do to make them not to cry because of me

Bisik2

rindu hmmmm.....apa saya nk buat kalau busan eh?


saya dah siapkan sikit keje tu, tp taktaula kena bebel lagi pasni...banyakckp...geram sangat2!!! tp sabar....sabarrrr.....sabarrrrrrrrrrrrr...

kuatnye hati saya tak meletop ye. Cara untuk cool down, saya buka blog dan baca semula isi hati sendiri...lepas tu saya akan lupa apa sebenarnya yg membuatkan saya hot.

fuuuhhhhh~~~~~ pergi jauh2 sifat2 mazmumah!

jangan patah semangat!

Monday, March 22, 2010
-jangan jadikan kata2 orang lain mempengaruhi fikiranmu kalau kata2 itu adalah untuk menjatuhkan kamu-

-biarkan kata-kata itu berlalu seiring berlalunya masa. kerana yg menentukan akhir kehidupan kamu adalah Allah. kamu hanya perlu berusaha, tanpa usaha hidup akan sia2 -

"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri yg mengubahnya"

-jangan cepat mengalah kalau belum cuba. kamu mesti cuba walau apa pun gambaran2 negatif dihadapan-

-kamu adalah hidup kamu. Orang lain tidak rugi apa-apa kalau kamu jatuh, mahupun kamu berjaya. rugi dan untung adalah kamu-

-jangan fikirkan KALAU....................-

Sakit Perut

Thursday, January 21, 2010
Aduhhh!!! Pagi2 lagi dah sakit perut….

Sakitnye…!!...sakitnye….!!

Macam nila selalu kalau ani masukkan makanan. Bila masuk suapan kedua (suapan pertama dah masuk dalam saluran esofagus...*betul tak??, lupe*) mulala perut ni meragam.

Perut ni macam buat2 terkejut padahal dah slalu je makan pagi. Kadang2 bila sakit macam nila menyebabkan ani tak makan pagi.

Kalau dulu lagi teruk, tak boleh masuk langsung sambal air tangan org lain kecuali air tangan mak. So, kalau pegi mana2 mmg takleh la nak makan nasi lemak waktu pagi. Kalau sedap sangat tu samada simpan tengah hari atau makan dan tunggu perut meragam.

Masa degree dulu, setiap kali nak ke kelas mesti @ wajib ke toilet sekurang2 nya 3 kali. Penat sgttttt... pastu bile dah sampai ke kelas dah lepek je....bila dah biasa buat2la semangat, nak jadi pelajar cemerlang kannnn??..hehe.

Deria ani yg paling manfaat dan kadang2 menyusahkan (eh, tak baik ckp camni...takde perkataan lain, tolong cari boleh??) ialah hidung dan tentunya perut. Macam sensor pulak, kalau ada bau yg pelik sket, orang lain tak bau ani boleh detect dulu. Perut pulak, kalau makanan tak elok ani akan detect dulu sebelum org lain. Once die masuk dalam perut, badan ani akan menolak dan menunjukkan symptom2 yg menunjukkan ani dah makan sejenis makanan yg mengandungi toksik (toksik kat sini bmaksud makanan dah basi @ etc etc, paham2 sendirila). Emm....bagus3...

SO, apa ygjadi bila ani sakit perut berkali2 tu?? Jawapannya..perut ni mmg ngada2..kemuncak sakit selepas 10 minit..lepas tu tak de apa..ok macam biasa. Sengaja! ganggu ketenteraman sungguh!.


**HOHO~~~ ni cerita pagi tadi**

cerita yg tak berapa nk deBoom untuk harini, kembali sibuk lepas silap buat eksperimen yg lepas. esok ani bakal berjaga malam di lab lagi..hhhmmm.. xsuka! xsuka!

Kawal amarahmu

Friday, January 15, 2010
Emm...kadang2 kita tak dapat nak kawal marah, lagi2 kalau kes tu dah banyak kali kita pendam dan simpan buat pekasam dlm hati. Dan bila satu tahap dimana kita tak boleh nak tahan, kita akan jadi betul2 marah sepuluh kali ganda marah dari kes marah kali pertama yg kita pendam.

kan?..kan?...kan?

/
"Grrrrrr......"

It happened to me yesterday . Alhamdulillah, i could control it. Mula2 mmg macam dah nak meletop, tapi nasib baik laptop di depan mata...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

apa yg korang fikirkan??

baling laptop??...laptop jadi mangsa marah

atau....


marah2 dalam facebook???

atau...

marah2 sambil pandang laptop??





bukan....semua pun bukan.

Ini salah satu kebaikan yg ani dapat. Tanpa disedari...tangan ani laju je buka microsoft words, then tulis semua benda yg ani marahkan. Semakin panjang karangan tu semakin ani reda.

(sebenarnya jalan terbaik adalah ambil wuduk, tp dsbbkn malas nk tanggal tudung..itu ini..lepas tu kalau dah syaitan menguasai diri, tak ingat dah nak g ambil wudhu' ke ape....)


Kebetulan, masa tu ani tak dapat online, huh! lagila membara-bara marah ani. Tapi nasib baik jugak tak dapat online, kalau tak mesti dah terpost dlm blog ni, heheeee. Ingat nak post jugak apa yg ani tulis tu,buat pengajaran dimasa depan. Tapi tak pandai nk buat link masuk dlm entry jadi satu page yg pendek, siap ada bar yg kita boleh drag atas bawah tu.


Keesokan harinya, org yg ani marah cukup2 tu explain something yg membuatkan ani terus hilangkan perasaan marah semalam. Dalam hati....."masih boleh dimaafkan". Ani pun tak kuasa nak serabut2kn kepala dengan perkara2 remeh yg akan mengganggu traffic dalam kepala ni.


Bila berlaku macam ni, ani teringat satu emel kawan ani..tajuk dia "the shoe box". The shoe box ni cerita pasal isteri yg cuba untuk tidak tunjukkan amarah dia depan suami dia seumur hidup sampaila hayat dia yg terakhir, terharu sgt. Ada jugak cerita sebelum tu yg ani pernah dgr sebijik macam apa yg ani buat ni. Tapi, bezanya cuma dia tulis atas kertas, ani, taip (zaman moden maaaaa...heheeee).

Sebelum ni pun kalau ani tak dapat telinga2 free yg blh dengar problem ani ataupun ani nk marah tapi tak pandai nak marah, ani akan buka laptop, tulis!..eh, taip..heheee. Then, lepastu akan lega.

*nak share cerita "the shoe box" tapi, taktau nk buat page lain dlm satu entry....


Lastly,


/
jgn marah2 ok.....

Gerhana..(prepost)

"Hari ini, Rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan fenomena gerhana matahari separa bermula pukul 3 petang hingga 5.45 petang. Pada ketika itu, matahari kelihatan seperti cincin yang terang atau anulus di sekeliling luar cakera bulan."

Posted in FB. Adakah saya berpeluang untuk melihatnya?? http://www.emocutez.com

Sumber: Fenomena gerhana matahari separa

kembali menjadi robot

Friday, January 8, 2010
Seksanya jd robot kembali....!!!!!

Monolog 1
"tak mau! tak mau! tak mau!"

Letih yang amat sangat bla kena ulang kerja yg melibatkan byk dan beribu-ribu lemon (tukarkan kepada sample)...memang serius banyak, dan rs tak sanggup nk buat, Tapi apakan daya.....bila nk tulis report baru sedar yg result de problem....arghhh!!! tensionnye!

selalu je tension sejak akhir2 ni...sampai muka pun dah jadi cam tempe busuk...(-_-'')

Monolog 2
"jelesnye............"

hmmm...perlu ke nak jeles ngn kehebatan org lain??..perlu ke??..perrrrluuuuuu keeeee???. Harap2 takla melarat penyakit hati ni. Kenapa perlu nk bandingkan kekuatan diri sendiri dgn kekuatan org lain?? kenapa??,persoalan yg mungkin tiada siapa ada jawapannya melainkan diri sendiri.

Monolog 3
"tolong fahami situasi ku"

ini hanya monolog dan tak perlu untuk diluahkan. Sebab?? byk keburukan daripada kebaikan yang dah dapat dikenalpasti dari awal. So, sebagai medan kedua pelepasan segala macam emosi, blog in telah digunakan dgn sebaiknya dan dia telah memainkan peranan yg terbaik. thank you my dear bloggy. Ani ada terfikir nk mem"block" blog ni. apa pendapat pembaca diluar sana?? patutkah??

Monolog 4
"inginku ucap seribu kali maaf buat kawan2 diluar sana"

Sebab apa? ntahla...yg penting maaf dari segala kesilapan lalu. im not a perfect person.


Have a nice day ^_^

(entry takde kaitan dgn tajuk...hahahahaha)


Nila sample yg beribu2 lemon tu....times 3 (kali 3@ x3)

This is life

Wednesday, January 6, 2010
yesterday im flat...today im blank...

what should i do??? too many things to be thought.

everything mix..mix..mix..and become a mixture of brain soup.

whoaahahaha....

its a surprise!!...its a shock!!..its a trouble!!...

but....

everything is "TIME"

and....

"TIME" is a "GOLD"


GOLD of achievements in life


flat :- tak cukup makan..eh, tak makan dgn cukup (same ke tak?? belasah je), balik lab terus melantak sebungkus nasi berlauk kari ayam dan sebekas laksa penang...slrrrrp...alhamdulillah..+ jajan

blank :-dah lama blank, tapi apa boleh buat...buat2 tak blank la....betul tak??..hehee

~life must go on~