ape maksud XOXO tu??
pernah tanya org tapi takde jawapan.....
---------------------------------------------------------------------------------------------------
ubah topik.
Semalam dengar berita UPSR dan PMR bakal dimansuhkan?! (masih dalam kajian)
respon saya : tak setuju!
Sebab dia, senang je, student TAKKAN BELAJAR. Tak perlu ambil contoh org lain...ambil contoh diri sendiri. Kalau takde peperiksaan, mau saye belajar bersungguh2?? mau saya nak fahamkan apa yg cikgu saya ajar dalam kelas?? baik saye berangan dan ponteng kelas pergi berlatih main bola jaring @ apa2 aktiviti kokurikulum, lagi best!. Peperiksaan tu perlu sebagai satu cara menilai tahap kefahaman student. Juga menjadi satu target dan pendorong semangat nk belajar bersungguh2. Kokurikulum tetap berjalan macam biasa.....masukla banyak mane persatuan nak masuk, sertailah banyak mane permainan awak nak masuk. Yang penting seimbang, keseimbangan silibus tu cikgu la patut aturkan...Jangan pulak nak sogokkan dengan macam2 perkara sampaikan apa yg dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran..
Kalau takde peperiksaan, macam susah je nk memotivasikan pelajar. Dalam keadaan terpaksa, walaupun taknak belajar, tapi tetap kena belajar (hanya kerana peperiksaan). Pelajaran tu akan berguna suatu hari nanti. Kalau tak belajar, tak terdorong pun nak belajar, setakat input dalam kelas, impak dia tak sekuat impak peperiksaaan. Banyak perkara lagi...contoh mendekatkan diri kepada tuhan, kalau memang pelajar tu betul2 nak lulus cemerlang, selain berusaha...amal ibadahnya juga terjaga, tak percaya tanya pada diri sendiri....dulu nk exam macam mana keadaan kita?? kerana desakan2 macam tu lah kita membina jati diri.
Pelik, kenapa ada je golongan2 yg sentiasa tak berpuas hati. sikit2 nak ubah, cepat sangat melatah. Tengoklah apa jadi pada sains dan math yg kononnya nak diajar dalam bahasa inggeris dah kembali diajar dalam bahasa melayu. Kesian budak2 yang nak belajar ni, pening kepala, cikgu2 pun naik pusing.
tak faham..tak faham.....



xoxo..setahu za tu jenama beg kt SU.yeke?mksd tu ke ani?