Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaummnya, "Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari pengikut-pengikut Firaun; mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, dan menyembelih anak-anakmu yang laki-laki, dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; pada yang demikian itu satu suatu cubaan yang besar dari Tuhanmu".
Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
dan Musa berkata "Jika kamu dan orang yang ada dibumi semuanya mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji"
[Ibrahim; 14:6-8]
Berdasarkan ayat diatas, Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayatt 6 - 8, Allah berpesan atas segala musibah dan ujian yang kita hadapi, supaya kita bersyukur bukan hanya setakat bersabar. Kerana dengan bersyukur Allah akan melimpahkan lebih banyak rezeki dan nikmatNya keatas kita. Ini adalah salah satu contoh motivasi yang terdapat dalam Al- Quran.
Lihat bagaimana Allah mengajar kita untuk bangkit semula dan memberi semangat kepada jiwa kita sesudah kesedihan dan kesusahan yang menimpa. Contoh yang diberikan bukan ujian yang mudah, tetapi sesuatu yang amat berat untuk diterima: membunuh anak, cuba bayangkan apa perasaan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak, tiba-tiba terpaksa menerima hakikat bahawa anak itu bakal dibunuh (keadaan pada zaman pemerintahan jahiliyyah), Ya Allah...sedih, perit, tak taw nak gambarkan perasaan tu macamana.
Lihat keadaan kita.
Syukur Alhamdulillah, walaupun ini bukan sesuatu yang baru didalam al-Quran, tetapi ia sesuatu yang baru bagi saya. Allah menemukan saya dengan ayat ini untuk mengajar saya supaya bersyukur. Bersyukur dengan apa yang berlaku. Bukan setakat bersabar sahaja. Sebelum ini kita biasa mendengar bahawa bila dlm kesedihan kita diminta untuk bersabar dan terus bersabar dengan ujian yang menimpa. Tetapi sebenarnya ada satu lagi cara yang lebih berkesan iaitu dengan bersyukur. Dan Allah telah berjanji bahawa jika kita bersyukur Allah akan berikan lebih banyak nikmat Nya kepada kita, bukan setakat menggantikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita sedihkan itu malahan lebih dari itu (rujuk ceramah oleh Nouman Ali Khan dalam link mp3 diatas).
Dalam ayat yang seterusnya (ayat 8), walaupun tiada seorang pun atas muka bumi ini yang ingin bersyukur, sesungguhnya Allah akan tetap melimpahkan rahmatnya kepada seluruh umat manusia. Itulah sifat Allah yang Maha pemurah. Adakah kita tak mahu untuk mengabil peluang yang Allah offer tu? alangkah ruginya kita. Ditangan kita sudah ada al-Quran, bergantung kepada kita samada mahu atau tidak mahu. Allah tidak rugi sedikit pun dengan tidak adanya kita. Sebaliknya kita adalah orang yang paling rugi didunia jika kita tidak memilihnya.
Luangkan sedikit masa untuk dengar dan hayati mesej yang ingin disampaikan supaya kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian seterusnya dapat membentuk peribadi muslim yang luar biasa hebat. Insya Allah.. Ayuh!
*sila klik link diatas untuk ke page Nouman Ali Khan


