Takdir.... apa yang kita faham?

Sunday, October 21, 2012
Topi ini sangat2 menarik. Mula2 susah nak pilih topik mana yan sesuai untuk dibincangkan.....akhirnya tajuk "keraguan yang batil" menjadi pilihan. InsyaAllah dapat memberi manfaat kepada yang membaca. perkara ni sangat biasa dengan diri saya. Selalu fikir apa la sebabnya ujian datang bertimpa2...Astaghfirullah...Astaghfirullahal'Azim....cepat2 reset minda...

Topik ini berkaitan Takdir yang sudah tertulis di Luh Mahfuz..di bawah tajuk Keraguan yang Batil.


Ada orang berkata:

"Mengapakah Allah Taala menyiksa kita disebabkan perkara yang telah ditentukan kepada kita sedangkan kita tidak ada pilihan?"

"Segalanya nasib kita Allah dah tentukan, dan dah tertulis di Luh Mahfuz sejak kita belum dilahirkan lagi, apa boleh saya buat...dah takdir Allah tentukan macam ni"



Perhatikan contoh di bawah:

Seorang guru yang amat mengambil berat tentang para pelajarnya. Di amengetahui tahap kemampuan pengetahuan mereka serta mengetahui soalan yang diajukan dalam peperiksaan. Lalu guru tersebut menulis di  atas sehelai kertas nama pelajar yang diketahuinya akan berjaya dan gagal dalam peperiksaan. Selepas peperiksaan, keputusan menunjukkan bahawa pelajar yang berjaya dan gagal adalah sama dengan senarai yang telah ditulis oleh guru tersebut.

Adakah betul sekiranya pelajar yang gagal menyalahkan guru mereka kerana telah menentukan mereka akan gagal dalam peperiksaan tersebut?

tentunya guru tersebut akan bertanya: "Adakah kamu menjadikan pengalaman saya bersama pelajar saya dan kemahiran saya dalam menentukan sesuatu perkara sebagai alasan untuk menyembunyikan kebodohan dan kecuaian kamu?"

"Saya hanya mengetahui perkara yang akan berlaku kepada kamu, bukan menentukannya. "

"Apa yang saya tulis di atas kertas tak memaksa kamu memberikan jawapan yang menyebabkan kamu gagal. Tetapi apa yang berlaku ialah kamu menjawab berdasarkan kemahuan kamu sendiri."

(sesungguhnya Allah tidak boleh dibandingkan dengan yg lain).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keadaan hambaNya. Dia menulis perkara yang akan berlaku ke atas mereka. Manusia di dunia ini sedang menghadapi tempoh peperiksaan. Oleh kerana ilmu Allah meliputi semua makhlukNya, Dia telah menulis keputusan peperiksaan tersebut (di Luh Mahfuz).

Oleh itu tidak betul sekiranya orang yang berdosa dan melakukan kerosakan menjadikan kesempurnaan Allah dan ilmuNya yang meliputi semua makhlukNya sebagai alasan terhadap perbuatan dosa dan kerosakan yang dilakukannya.

Sesungguhnya ALlah Maha Mengetahui apa yang akan berlaku, dan pengetahuanNya itu tidak memaksa sesuatu berlaku berdasarkan apa yang Dia tahu.

Sebagaimana pengetahuan guru mengenai pelajarnya tidak memaksa pelajarnya memberikan jawapan tertentu ketika peperiksaan, begitu juga Allah (bagi Allah jua perumpamaan yang agung dan Dia tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu). IlmuNya meliputi semua perkara yang akan berlaku. Tetapi IlmuNya tidak memaksa seseorang mengambil pendirian dan melakukan sesuatu (kebaikan atau kejahatan) ketika menempuh peperiksaan dalam kehidupan di dunia ini.

Sekiranya Allah memaksa kita melakukan kebaikan, ketika itu tujuan dunia ini dijadikan sebagai tempat peperiksaan @ ujian tidak memberi apa-apa makna. Begitu juga dengan balasan pahala atau azab yang menyusul selepas itu.


Allahu A'lam...

Ilahi..
Kau yang ku tuju...
RedhaMu yang kucari,
Kurniakan aku mengenaliMu serta mengasihiMu


0 comments: