Ini entry saje-saje

Friday, October 12, 2012
Memang saje jee...

Nak cakap kaki kebas2 sampai tegang urat kaki berdiri sepanjang hari buat keje lab. Fuh!.
Dulu masa master yang dah rasa struggle sangat2 tu pun takdela sampai kaki kebas. Nampak sangat kat sini sangat mengejar masa. Ye, sangat2. Dalam masa dok mengejar masa, tak sabar nak balik malaysia, tiba-tiba rasa sayang pulak nak tinggalkan UK..hikhik..mengada sangat.  Seronok tengok seorang demi seorang kawan melangkah ke alam baru...terutamanya yang melangkah ke jalan yang sama saya lalui sekarang. Maknanya saya bukan seorang, dalam saya berjuang menuntut ilmu, kawan saya juga berjuang menuntut ilmu. Ilmu ni bukan untuk dibangga, bukan! bukan sama sekali....

teringat kisah masa zaman Nabi Ibrahim..Mungkin lain sedikit daripada apa yang kita selalu dengar. Tapi pengajaran dari kisah ini membuatkan saya berfikir...

Kisahnya,

Pada zaman Nabi Ibrahim, orang-orang kafir mahu membakar nabi Ibrahim....etc etc (saya tak ingat secara detail)...Semasa Nabi Ibrahim hendak dimasukkan @ dah dimasukkan (saya tak pasti) kedalam api yang marak menyala, ada seekor burung kecil berfikir apakah yang patut dia lakukan untuk membantu Nabi Ibrahim. Akhirnya dia mendapat idea dimana, dengan menggunakan paruhnya yang kecil, dia cuba untuk ambil air dan siram ke arah api yang sedang menyala membakar tubuh Nabi Ibrahim. Dia lakukan berulang kali. Bila ditanya kepada burung itu, apa yang kamu lakukan wahai burung?? dengan air yang sebanyak itu tak mampu untuk memadam api yang sedang membakar Nabi Ibrahim.Burung itu menjawab... "aku sedang berusaha untuk memadam api yg membakar Nabi Allah Ibrahim Walaupun aku tahu aku tidak mampu untuk memadam api itu, sekurang2nya aku berusaha untuk membantu Nabi Ibrahim, maka di akhirat kelak aku boleh menjawab apa yang aku lakukan untuk membantu Nabi Allah Ibrahim"

Dengan cerita diatas.... memberi ilham kepada kita bahawa, dengan sekecil2 perbuatan memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan. Jangan tunggu sampai kita sempurna segalanya, kerana kita takkan sempurna sampai ke akhirnya walau selama mana kita menanti, Tapi yang penting dengan sedikit usaha kita, at least kita tidak ditanya diakhirat kelak apakah sumbangan kamu didunia?  apa yang kamu lakukan ketika berada di dunia?...

Dalam konteks saya dan kita yang sedang menuntut ilmu ni, sebenarnya bukan untuk kita sendiri ilmu ni. Tapi...kita telah menyumbang sedikit daripada kekuatan ummah, di mana bertambahlah golongan terpelajar dikalangan umat islam. Secara spesifiknya, apa yang saya lakukan ini...saya harap dapat menyumbang sedikit daripada perkembangan ilmu,keranan setiap hari ilmu berkembang...setiap hari ada penemuan2 terbaru...ilmu2 baru..tapi datangnya dari siapa?? mungkin banyak dari orang kafir. So, dengan adanya kita2 ni sebagai sebahagian dari pengkaji2 alam...maka naiklah nama orang islam. Dalam masa yang sama ilmu yang sedikit ini, menjadi sebahagian dari sumbangan kita kepada keharmonian sejagat (macam paham je sejagat tu apa..hehe). Cuba bayangkan duit 99 sen kalau takde satu sen tak cukup seringgit kan?. Macam tula perumpamaannya...

Ye, memang kita tak mampu untuk mengubah dunia, tapi kita mampu untuk mengubah diri sendiri. Bak kata prof muhaya.... ubah diri dalaman kita maka akan berubahlah dunia luaran kita. Kita tak mampun untuk mengawal orang lain, tapi kita mampu mengawal diri kita sendiri. Pembentukan sebuah negara maju bertamadun bermula dari pembentukan diri setiap individu. InsyaAllah.....


Ilahi...Kau yang ku tuju,
rehdamu yang kucari..
kurniakanlah aku mengenalimu serta mengasihimu...

2 comments:

  1. aNNa said...:

    "...dengan sekecil2 perbuatan memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan..."

    noted!! :)

  1. annie said...:

    itulah, burung pun tau..inikan lagi kita yg lebih tinggi darjat dan sempurna kejadian...