Usrah 131012 di

Saturday, October 13, 2012
Bismillahirrahmanirrahim...


Semalam seronok sangat dapat berusrah selepas 2 minggu tak berusrah. Walaupun ahli semalam sedikit tapi banyak topik yang dikongsi bersama. Tetibe saya terexcited sikit, banyak pulak cakapnya. Selalu senyap je dengar orang cakap. Terasa kerdil je diri ni.

Menarik, menarik, menarik sangat!.

Catatan ni hasil dr pemikiran dan ingatan saya sendiri. Mungkin ada salahnya dan kurangnya. bukan untuk orang lain tapi untuk ingatan diri sendiri. 


Tafsir dan tadabbur : Surah al-infitar
Hadith : hadith 18 dan 19
Tazkirah : Muhasabah diri
Akhbar islami : isu Rohingya

Tentang surah al-infitar yang menarik tentang kejadian langit yang Allah sebut kan, 82:1 = Apabila langit terbelah.

Allah bersumpah ttg langit terbelah ni ada 2 tempat, selain dlm surah ni, satu lagi dalam surah Ar-Rahman, 55:37 - 38.







Hadith:

1. Susuli setiap kejahatan dengan kebaikan. 
Maksudnya di sini...bukan kita ni melakukan kejahatan, tapi kita sebagai manusia biasa tak dapat lari dari melakukan dosa. Keimanan kita memang tidak kuat berbanding sahabat dan masyarakat islam di zaman Rasulullah saw, dimana pada zaman Rasulullah mereka sangat kuat iamnnya sebab mereka melihat sendiri apa yang berlaku, apa yang disampaikan Rasullulah, macamana rupa Rasullullah, apakah kejadian yang berlaku yang menyebabkan turunnya ayat Allah dan macam2 lagi. Sebab itu keimanan mereka sangat kuat sebab penyaksian mereka. Tapi kita, hanya bergantung pada kepercayaan, yang kita tak nampak...tapi kita yakin bahawa Allah itu Esa, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah dan sbgnya, iman kita semestinya sangat mudah goyah. Justeru kadang2 kita tak terlepas dari lalai dan leka. Dalam hadith ini disebutkan hendaklah sesuatu kejahatan @ keburukan disusuli dengan kebaikan bermaksud... bila kita tersedar dari lalai itu cepat2 melakukan taubat dan perbanyakkan ibadah supaya setiap kejahatan @ dosa2 kecil yang kita lakukan sebelum ini  sebelum ini tertutup dengan ibadah dan amalan baik kita.

Itu adalah berkaitan perbuatan diri kita sendiri. Macamana pula perkara berkaitan harta dan hubungan sesama manusia?? Sebab itu Allah  perintahkan kita berzakat dan bersedekah, sebab kadang2 kita tak perasan yang kita ada hutang yg kita terlupa kepada siapa dsb (mungkin dah terlalu lama), dengan berzakat itu dapat menutup @ melangsaikan hutang kita. Maka diakhirat nanti terlepaslah kita dari balasan @ siksaan terhadap hutang ni.

Kisah yang dibangkit kan adalah Kisah zaman Pemerintahan Umar al-Khattab. Dimana Umar ketika sedang bekerja dipejabatnya, didatangi oleh anaknya. Ditanya kepada anaknya, " tentang urusan apakah yang kamu ingin mengadu ini?". Bila anaknya menjawab tentang hal keluarga, Umar terus menutup lampu di pejabatnya. Anaknya pelik, macamana nak bercakap dalam gelap. Umar menjawab " lampu ini adalah daripada duit rakyat untuk digunakan dalam urusan pentadbiran negara,bukan hal selainnya". Betapa terperincinya Umar tentang hal ini kan? 

(teringat perangai2 masa jadi tutor dulu, selalu ponteng waktu keje...ya Allah teruknya diri ni)

Pesanan ahli usrah. "Oleh itu, setiap kali nak berpisah dengan orang, kena minta maaf, sebab kita tak tahu samada kita akan berjumpa dengannya lagi ataupun tidak. Tidak lupa, minta halalkan apa2 sahaja takut ada hutang yang kedua2 nye terlupa..di harap tidak dituntut diakhirat kelak"

Seterusnya Hadith lain yang dibiincangkan:

Jagalah Allah nescaya Allah akan menjaga kamu:
kita sebagai manusia biasa tak mampu nak jaga diri sendiri, mudah sangat terpengaruh. Walau setinggi mana iman orang itu, memang dia tak mampu nak jaga iman dia melainkan dengan bantuan Allah. Sebabnya, Allahlah yang berkuasa membolak- balikkan hati ini. So, cara nak jaga diri adalah menjaga Allah iaitu menjaga solat, menjaga hukum2 Allah dan melakukan apa yang diperintahkanNya. Bila kita jaga ALlah dalam hati kita, sudah pasti Allah akan menjaga kita.

Tazkirah pula terlalu banyak imput menarik berkaitan muhasabah diri.


* publish dulu sambung kemudian

2 comments:

  1. aNNa said...:

    "Lampu ini adalah daripada duit rakyat untuk digunakan dalam urusan pentadbiran negara,bukan hal selainnya"...

    Impressed!!

    Kat sini ada sorang lecturer tegas tapi tetap Ejan suka sebab ilmu & pengalaman dia. Satu term drpd dia "DOSA PROFESIONAL" Dia selitkan apa dosa-dosa yang selalu dan terbiasa dilakukan oleh seorang guru terutama kepada student. Amanah menjadi pendidik boleh jadi lubuk pahala paling mudah & lubuk dosa paling mudah juga.

  1. annie said...:

    apa tu?? please share!!!
    saya juga bakal guru kpd anak2 murid yg pandai nanti, insyaAllah