Kenapa sukar istiqamah

Wednesday, October 3, 2012
Istiqamah: maksud sebenar adalah berada di jalan lurus.asal perkataan mustakim (dalam surah al-fatihah: jalan lurus). Maka maksud istiqamah adalah tetap berada di jalan yang lurus, atau tetap melakukan perkara kebaikan DAN meninggalkan kemungkaran/perkara tak elok.

"Macam2 usaha dah saya buat, tapi susah jugak nak istiqamah...sekejap buat sekejap tak buat.."
Contoh dalam aktiviti harian kita (nak buat solat tahajud, tapi tak kekal lama..satu dua hari...lepastu macam terlupa atau lengah2..
"esok la buat, bestnye tido mlm ni.."
Saya la tu.
ataupun dalam hal berfesyen...sekejap pakai yg longar, pastu pakai yg ketat2..
saya jugak la tu...
teruknya saya, malu saya pd DIA.....
bukan ke setiap yang kita lakukan mesti berpandukan iman..ingat apa Allah kata, jgn fikir apa orang kata...

Antara penyebab kenapa saya jadi macam tu adalah...
1. Dosa yang saya lakukan menyebabkan @ menghalang saya untuk beristiqamah. kerana melampaui batas.
2. Faktor persekitaran..atau kita tunduk atau cenderung atau rapat kepada orang yang buat kezaliman. Lihat siapa kawan kita. Kalau kawan kita buat baik, kita pun cenderung untuk buat baik, tapi jika sebaliknya....berhati2. Hati-hati bila berkawan. Jangan cari kawan yang akan jadi musuh kita masa akhirat nanti. Alhamdulillah kawan2 saya semua yang baik2 dan soleh solehah belaka..saya tiada masalah tentnag ini. Kalau yang cenderung ke arah lain, saya cuba untuk jauhkan..minta maaf, saya orang yang mudah terpengaruh.
3. ***terlepas dengar***


Abu Ali bermimpi berjumpa Nabi Muhammad saw.
Beliau bertanya Nabi : "telah diriwayatkan bahawa Engkau telah beruban kerana surah Hud. Adakah disebabkan kisah2 umat2 terdahulu, kisah2 nabi terdahulu meyebabkan Engkau beruban?".
Baginda menjawab. "Tidak, bukan kerana sebab2 itu. tapi yang menyebabkan kepala aku beruban adalah beristiqamah seperti apa yang diperintahkan kepada kamu juga".

*cerita di atas menunjukkan betapa susah sebenarnya nak beristiqamah sedang Nabi saw pun berkata demikian.


Cara nak istiqamah:
1. sebut sebelum setiap kali amalan kita.... "Ya Allah..pandanglah aku". sebut dan sampai dengar dengan telinga kita sendiri.
2. sedar diri..kena tahu yang istiqamah ini adalah susah. Menyedari bahawa kekuatan diri yang susah sebenarnya nak beristiqamah.

Perkongsian dari ceramah dari radio IKIM. 
(ini sahaja yang sempat dicatat, selebihnya kena rujuk audio)

0 comments: