Inilah ujian

Monday, October 8, 2012
ujian, kita tak boleh pilih ujian..tapi ujian telah memilih kita... dalam erti kata lain Allah telah memilih kita untuk menjalani ujian tersebut


Ilmu baru hari ni:
"setiap cabaran2 kecil yang kita lalui dinamakan ujian percubaan..  di mana setiap kali kita lulus ujian itu, barulah kita akan rasa lebih selesa dan tenang menjalani ujian sebenar. Tapi, selagi ujian percubaan kita itu tak lulus..selagi itulah kita akan melalui beberapa ujian percubaan berulang kali. Sebab tu, kita seringkali diuji dengan hal yang sama selagi kita tidak lulus ujian percubaan itu.."

fikir-fikirkan...


Harini tak seperti hari2 lain. Mood agak tidak menentu. Sekejap swing ke sana..sekejap swing ke sini.. Membaca pun melompat2 sudahnya lambat nak habiskan satu journal.

Sebenarnya apa yang saya fikirkan adalah, cabaran kehidupan di rumah. Tinggal dengan orang lain selain dari keluarga sendiri memang sangat mencabar. Lagi2 orang yang kita tak pernah kenal selama ni siapakah dia. Di mana asalnya dan apakah budayanya. Walaupun satu bangsa dan budaya masyarakat, tapi berbeza cara dan pendapat. Itulah yang saya alami selama ni. Tak pernah lagi hidup beramai2 satu rumah. selama ni duduk di hostel satu bilik satu katil atau satu bilik dua katil. Untuk menyesuaikan diri dengan satu orang berbeza lebih mudah dari 4 atau 5 orang berbeza. Itulah cabarannya.

Dalam masa yang sama, terfikir pula..alangkah bahagia bila suami disisi.
Sudah, jangan fikir lagi. Tetapkan hati, bulatkan tekad.... semoga semunya berjalan lancar.
Niat kerana Allah.


Autumn is not in My Heart
Malaysia in My Heart
Miss my darling husband, my family, my friend and my everything!!!
this is hard feeling






0 comments: