Pages
i love my life..it's full of colours..Alhamdulillah...
Just for u my lovely friend
Subhanallah...cantiknya
suhu masa ni adalah 4degree..
walaupun matahari terik memancar, tak terasa pun kepanasannya
Perubahan jam
-
letihnya Ya Allah....tekanan emosi...saya beremosi...emosi emosi emosi...emo...emo...emo......
saya nak cepat habis. saya nak jalankan rutin harian saya dengan suami. saya nak berkeluarga sempurna.
Kuat di luar, di dalam kadang2 je...
Takdir.... apa yang kita faham?
Topik ini berkaitan Takdir yang sudah tertulis di Luh Mahfuz..di bawah tajuk Keraguan yang Batil.
Ada orang berkata:
"Mengapakah Allah Taala menyiksa kita disebabkan perkara yang telah ditentukan kepada kita sedangkan kita tidak ada pilihan?"
"Segalanya nasib kita Allah dah tentukan, dan dah tertulis di Luh Mahfuz sejak kita belum dilahirkan lagi, apa boleh saya buat...dah takdir Allah tentukan macam ni"
Perhatikan contoh di bawah:
Seorang guru yang amat mengambil berat tentang para pelajarnya. Di amengetahui tahap kemampuan pengetahuan mereka serta mengetahui soalan yang diajukan dalam peperiksaan. Lalu guru tersebut menulis di atas sehelai kertas nama pelajar yang diketahuinya akan berjaya dan gagal dalam peperiksaan. Selepas peperiksaan, keputusan menunjukkan bahawa pelajar yang berjaya dan gagal adalah sama dengan senarai yang telah ditulis oleh guru tersebut.
Adakah betul sekiranya pelajar yang gagal menyalahkan guru mereka kerana telah menentukan mereka akan gagal dalam peperiksaan tersebut?
tentunya guru tersebut akan bertanya: "Adakah kamu menjadikan pengalaman saya bersama pelajar saya dan kemahiran saya dalam menentukan sesuatu perkara sebagai alasan untuk menyembunyikan kebodohan dan kecuaian kamu?"
"Saya hanya mengetahui perkara yang akan berlaku kepada kamu, bukan menentukannya. "
"Apa yang saya tulis di atas kertas tak memaksa kamu memberikan jawapan yang menyebabkan kamu gagal. Tetapi apa yang berlaku ialah kamu menjawab berdasarkan kemahuan kamu sendiri."
(sesungguhnya Allah tidak boleh dibandingkan dengan yg lain).Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui keadaan hambaNya. Dia menulis perkara yang akan berlaku ke atas mereka. Manusia di dunia ini sedang menghadapi tempoh peperiksaan. Oleh kerana ilmu Allah meliputi semua makhlukNya, Dia telah menulis keputusan peperiksaan tersebut (di Luh Mahfuz).
Oleh itu tidak betul sekiranya orang yang berdosa dan melakukan kerosakan menjadikan kesempurnaan Allah dan ilmuNya yang meliputi semua makhlukNya sebagai alasan terhadap perbuatan dosa dan kerosakan yang dilakukannya.
Sesungguhnya ALlah Maha Mengetahui apa yang akan berlaku, dan pengetahuanNya itu tidak memaksa sesuatu berlaku berdasarkan apa yang Dia tahu.
Sebagaimana pengetahuan guru mengenai pelajarnya tidak memaksa pelajarnya memberikan jawapan tertentu ketika peperiksaan, begitu juga Allah (bagi Allah jua perumpamaan yang agung dan Dia tidak boleh dibandingkan dengan sesuatu). IlmuNya meliputi semua perkara yang akan berlaku. Tetapi IlmuNya tidak memaksa seseorang mengambil pendirian dan melakukan sesuatu (kebaikan atau kejahatan) ketika menempuh peperiksaan dalam kehidupan di dunia ini.
Sekiranya Allah memaksa kita melakukan kebaikan, ketika itu tujuan dunia ini dijadikan sebagai tempat peperiksaan @ ujian tidak memberi apa-apa makna. Begitu juga dengan balasan pahala atau azab yang menyusul selepas itu.
Allahu A'lam...
Ilahi..
Kau yang ku tuju...
RedhaMu yang kucari,
Kurniakan aku mengenaliMu serta mengasihiMu
Autumn 2012
2 perkara yg membawa kebinasaan
'ujub akan melupuskan segala amalan kita...
beberapa cth yang disebut oleh Ustaz Zahazan..
Kita bangun pada sepertiga malam, lepas tu syaitan bisikkan kepada kita..kita adalah orang paling bagus, orang lain semua tgh tidur, lagi2 waktu hujan, kita ni bangun untuk kerjakan sembahyang malam. Kita ni hamba yang bagus..haaaa..di situ kita akan timbul rasa ujub. Kita rasa yakin yang amalan kita diterima Allah dan bakal masuk kedalam syurga.
satu lagi, bila kita ni selalu pergi ke masjid. Dalam kawasan perumahan kita, betapa ramainya orang islam, tapi takde satu pun pergi ke masjid..kita seorang sahaja muka yang sama pergi ke masjid, dalam hati syaitan akan bisik..kamulah yang terbaik, dalam ramai2 orang kamu sorang je yg rajin ke masjid, jadi contoh pada orang lain......maka timbullah sifat ujub dalam hati kita. rasa bangga terhadap diri sendiri.
Dalam masa yang sama, bila kita rasa ujub, kita akan memandang lekeh pada orang lain. Kita rasa amalan kita diterima Allah, maka kita takde rasa nk menambahkan lagi amalan kita sebab kita rasa sudah cukup amalan yang kita buat berbanding orang lain, kita rasa dah bagus sangat.
Nauzubillahumin zalik....
kalau ada rasa macam tu, ucapkanlah..
"MashaAllah, la quwwata illa billah..." [18:39]
(Sungguh, atas kehendak Allah, semua ini berlaku /wujud)
Usrah 131012 di
* publish dulu sambung kemudian
Ini entry saje-saje
Nak cakap kaki kebas2 sampai tegang urat kaki berdiri sepanjang hari buat keje lab. Fuh!.
Dulu masa master yang dah rasa struggle sangat2 tu pun takdela sampai kaki kebas. Nampak sangat kat sini sangat mengejar masa. Ye, sangat2.
teringat kisah masa zaman Nabi Ibrahim..Mungkin lain sedikit daripada apa yang kita selalu dengar. Tapi pengajaran dari kisah ini membuatkan saya berfikir...
Kisahnya,
Pada zaman Nabi Ibrahim, orang-orang kafir mahu membakar nabi Ibrahim....etc etc (saya tak ingat secara detail)...Semasa Nabi Ibrahim hendak dimasukkan @ dah dimasukkan (saya tak pasti) kedalam api yang marak menyala, ada seekor burung kecil berfikir apakah yang patut dia lakukan untuk membantu Nabi Ibrahim. Akhirnya dia mendapat idea dimana, dengan menggunakan paruhnya yang kecil, dia cuba untuk ambil air dan siram ke arah api yang sedang menyala membakar tubuh Nabi Ibrahim. Dia lakukan berulang kali. Bila ditanya kepada burung itu, apa yang kamu lakukan wahai burung?? dengan air yang sebanyak itu tak mampu untuk memadam api yang sedang membakar Nabi Ibrahim.Burung itu menjawab... "aku sedang berusaha untuk memadam api yg membakar Nabi Allah Ibrahim Walaupun aku tahu aku tidak mampu untuk memadam api itu, sekurang2nya aku berusaha untuk membantu Nabi Ibrahim, maka di akhirat kelak aku boleh menjawab apa yang aku lakukan untuk membantu Nabi Allah Ibrahim"
Dengan cerita diatas.... memberi ilham kepada kita bahawa, dengan sekecil2 perbuatan memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan. Jangan tunggu sampai kita sempurna segalanya, kerana kita takkan sempurna sampai ke akhirnya walau selama mana kita menanti, Tapi yang penting dengan sedikit usaha kita, at least kita tidak ditanya diakhirat kelak apakah sumbangan kamu didunia? apa yang kamu lakukan ketika berada di dunia?...
Dalam konteks saya dan kita yang sedang menuntut ilmu ni, sebenarnya bukan untuk kita sendiri ilmu ni. Tapi...kita telah menyumbang sedikit daripada kekuatan ummah, di mana bertambahlah golongan terpelajar dikalangan umat islam. Secara spesifiknya, apa yang saya lakukan ini...saya harap dapat menyumbang sedikit daripada perkembangan ilmu,keranan setiap hari ilmu berkembang...setiap hari ada penemuan2 terbaru...ilmu2 baru..tapi datangnya dari siapa?? mungkin banyak dari orang kafir. So, dengan adanya kita2 ni sebagai sebahagian dari pengkaji2 alam...maka naiklah nama orang islam. Dalam masa yang sama ilmu yang sedikit ini, menjadi sebahagian dari sumbangan kita kepada keharmonian sejagat
Ye, memang kita tak mampu untuk mengubah dunia, tapi kita mampu untuk mengubah diri sendiri. Bak kata prof muhaya.... ubah diri dalaman kita maka akan berubahlah dunia luaran kita. Kita tak mampun untuk mengawal orang lain, tapi kita mampu mengawal diri kita sendiri. Pembentukan sebuah negara maju bertamadun bermula dari pembentukan diri setiap individu. InsyaAllah.....
Ilahi...Kau yang ku tuju,
rehdamu yang kucari..
kurniakanlah aku mengenalimu serta mengasihimu...
Inilah ujian
Ilmu baru hari ni:
"setiap cabaran2 kecil yang kita lalui dinamakan ujian percubaan.. di mana setiap kali kita lulus ujian itu, barulah kita akan rasa lebih selesa dan tenang menjalani ujian sebenar. Tapi, selagi ujian percubaan kita itu tak lulus..selagi itulah kita akan melalui beberapa ujian percubaan berulang kali. Sebab tu, kita seringkali diuji dengan hal yang sama selagi kita tidak lulus ujian percubaan itu.."
fikir-fikirkan...
Harini tak seperti hari2 lain. Mood agak tidak menentu. Sekejap swing ke sana..sekejap swing ke sini.. Membaca pun melompat2 sudahnya lambat nak habiskan satu journal.
Sebenarnya apa yang saya fikirkan adalah, cabaran kehidupan di rumah. Tinggal dengan orang lain selain dari keluarga sendiri memang sangat mencabar. Lagi2 orang yang kita tak pernah kenal selama ni siapakah dia. Di mana asalnya dan apakah budayanya. Walaupun satu bangsa dan budaya masyarakat, tapi berbeza cara dan pendapat. Itulah yang saya alami selama ni. Tak pernah lagi hidup beramai2 satu rumah. selama ni duduk di hostel satu bilik satu katil atau satu bilik dua katil. Untuk menyesuaikan diri dengan satu orang berbeza lebih mudah dari 4 atau 5 orang berbeza. Itulah cabarannya.
Dalam masa yang sama, terfikir pula..alangkah bahagia bila suami disisi.
Sudah, jangan fikir lagi. Tetapkan hati, bulatkan tekad.... semoga semunya berjalan lancar.
Niat kerana Allah.
HaPpY BirThDay, dear fRieNd
Kenapa sukar istiqamah
"Macam2 usaha dah saya buat, tapi susah jugak nak istiqamah...sekejap buat sekejap tak buat.."
Contoh dalam aktiviti harian kita (nak buat solat tahajud, tapi tak kekal lama..satu dua hari...lepastu macam terlupa atau lengah2..
"esok la buat, bestnye tido mlm ni.."
Saya la tu.
ataupun dalam hal berfesyen...sekejap pakai yg longar, pastu pakai yg ketat2..
saya jugak la tu...
teruknya saya, malu saya pd DIA.....
bukan ke setiap yang kita lakukan mesti berpandukan iman..ingat apa Allah kata, jgn fikir apa orang kata...
Antara penyebab kenapa saya jadi macam tu adalah...
1. Dosa yang saya lakukan menyebabkan @ menghalang saya untuk beristiqamah. kerana melampaui batas.
2. Faktor persekitaran..atau kita tunduk atau cenderung atau rapat kepada orang yang buat kezaliman. Lihat siapa kawan kita. Kalau kawan kita buat baik, kita pun cenderung untuk buat baik, tapi jika sebaliknya....berhati2. Hati-hati bila berkawan. Jangan cari kawan yang akan jadi musuh kita masa akhirat nanti. Alhamdulillah kawan2 saya semua yang baik2 dan soleh solehah belaka..saya tiada masalah tentnag ini. Kalau yang cenderung ke arah lain, saya cuba untuk jauhkan..minta maaf, saya orang yang mudah terpengaruh.
3. ***terlepas dengar***
Abu Ali bermimpi berjumpa Nabi Muhammad saw.
Beliau bertanya Nabi : "telah diriwayatkan bahawa Engkau telah beruban kerana surah Hud. Adakah disebabkan kisah2 umat2 terdahulu, kisah2 nabi terdahulu meyebabkan Engkau beruban?".
Baginda menjawab. "Tidak, bukan kerana sebab2 itu. tapi yang menyebabkan kepala aku beruban adalah beristiqamah seperti apa yang diperintahkan kepada kamu juga".
*cerita di atas menunjukkan betapa susah sebenarnya nak beristiqamah sedang Nabi saw pun berkata demikian.
Cara nak istiqamah:
1. sebut sebelum setiap kali amalan kita.... "Ya Allah..pandanglah aku". sebut dan sampai dengar dengan telinga kita sendiri.
2. sedar diri..kena tahu yang istiqamah ini adalah susah. Menyedari bahawa kekuatan diri yang susah sebenarnya nak beristiqamah.
(ini sahaja yang sempat dicatat, selebihnya kena rujuk audio)
Apa pun tak boleh buat sekarang ni.......
Lab work..... Alat rosak,ada yang tak rosak milik research group lain, person incharge tak kelihatan di lab
Supervisor....tengah busy dengan student baru
Writing report.....tak boleh buat sebab laptop tak bawa,konon- konon nak buat lawork (banyak nak buaaaaatttt - tapi dah habus separuh hari hancusss)..tab je yang ada.
Owh! Ada satu penyelamat saya....JOURNALS...harini bawa journal kalau ada sikit2 masa terluang, boleh baca. Balik boleh key in dalam laptop apa yang dah baca.
Sekian. Lepas menulis apa yg terpendam dalam hati, sudah lega.geram nih.tapi dah ok sikit.
Tulis blog guna tab membuatkan org susah nk baca. Dia tak bagi space langsung kan? Ok balik nati edit semula.
Sekian sekali lagi.
Kenapa harini kerja yang dirancang tak jadi???
Jom audit diri.
Penat
Pagi tadi bangun pagi, tekak terasa macam nak bengkak. Terus cepat2 makan madu + habbatussauda, lepas solat subuh sambung tidur balik. Semakin hari rasanya masa semakin singkat. Satu hari di lab.. cuma prepare barang sahaja sudah ambil masa satu hari, itu pun balik rumah habis sakit2 lenguh satu badan. Weekend pula masanya untuk berehat, tapi badan masih tak berehat, tapi hujung minggulah masanya nak pergi beli barang rumah atau apa sahaja keperluan harian. Disebabkan banyak berjalan, masa yang tinggal pun tinggal sedikit sahaja. Tak sempat badan ni berehat sepenuhnya, esok pula akan ke lab semula. Tapi itulah hakikat sebebanr kehidupan, takkan nak ambil masa berehat yang sangat panjang kan?. ermmm..mungkin badan ni kekurangan nutrient yang cukup untuk dia maintain sihat. Nampaknya kena ambil supplement lepas ni. Bila mr acn dah nampak berkurangan nak habiskan berry gen yang mak bagi dan sambung makan madu + habbatussawda macam biasa.
***baru sampai lab ni...nk cool down lepas penat berjalan. sekejap lagi boleh sambung keje lab semula. Semoga kerja2 harini mendapat keredhaan Allah.
Categories
- Student life (47)
- thoughts of the day (38)
- Just for Fun ..(^_~)V... (33)
- Precious Moment (27)
- Knowledge (19)
- PhD (14)
- Tarbiyah (14)
- Friendship (10)
- motivation (10)
- Petua (8)
- Photo (7)
- Oh Sheffield (6)
- Thesis (6)
- wHat HappeN?? (6)
- My family (4)
- work (4)
- Award (3)
- My Love (3)
- Recipe (3)
- the Viva (2)
- Reunion (1)
- Sirah (1)
- Tafsir (1)
- bicara hati (1)
Blog Archive
-
▼
2012
(92)
-
▼
October
(15)
- Just for u my lovely friend
- Subhanallah...cantiknya
- Perubahan jam
- Assalamualaikum wbh... Selamat hari raya Aidil Ad...
- -
- Takdir.... apa yang kita faham?
- Autumn 2012
- 2 perkara yg membawa kebinasaan
- Usrah 131012 di
- Ini entry saje-saje
- Inilah ujian
- HaPpY BirThDay, dear fRieNd
- Kenapa sukar istiqamah
- Apa pun tak boleh buat sekarang ni....... Lab work...
- Penat
-
▼
October
(15)
Total Pageviews
Thank you for visiting this blog (^_^)V










