Kembali

Tuesday, September 17, 2013
Saya ingin kembali mengaktifkan diri menulis. menulis blog. terlalu banyak masa terbuang sebelum ni. Sekejap2 realise yang saya selalu buang masa. Hasilnya, takde apa2. Pagi tadi terfikir nk kembali aktif dgn blog. disebabkan fb pun saya kadang2 deactivate and reactivate balik. Semua serba tak kena. Emosi menguasai diri berbanding ilmu dan iman. dan sudah lama rasanya tidak berbual dan berbicara dgn ramai orang. Vocab pun dah lari jauh dari kuantiti asal. astaghfirullahal azim...

bangkitla sikit2..selagi Allah masih bagi peluang.

Al-Maidah, 5:60 & al-Baqarah 2:60

Saturday, July 27, 2013

Surah Al-Baqara, Verse 65:
وَلَقَدْ عَلِمْتُمُ الَّذِينَ اعْتَدَوْا مِنكُمْ فِي السَّبْتِ فَقُلْنَا لَهُمْ كُونُوا قِرَدَةً خَاسِئِينَ

And certainly you have known those among you who exceeded the limits of the Sabbath, so We said to them: Be (as) apes, despised and hated.
(English - Shakir)

Surah Al-Maeda, Verse 60:
قُلْ هَلْ أُنَبِّئُكُم بِشَرٍّ مِّن ذَٰلِكَ مَثُوبَةً عِندَ اللَّهِ مَن لَّعَنَهُ اللَّهُ وَغَضِبَ عَلَيْهِ وَجَعَلَ مِنْهُمُ الْقِرَدَةَ وَالْخَنَازِيرَ وَعَبَدَ الطَّاغُوتَ أُولَٰئِكَ شَرٌّ مَّكَانًا وَأَضَلُّ عَن سَوَاءِ السَّبِيلِ

Say: Shall I inform you of (him who is) worse than this in retribution from Allah? (Worse is he) whom Allah has cursed and brought His wrath upon, and of whom He made apes and swine, and he who served the Shaitan; these are worse in place and more erring from the straight path.
(English - Shakir)



Tentang peristiwa org Yahudi melanggar perjanjian dgn Allah supaya tidak bekerja pada hari sabtu.
http://syathibie.blogspot.com/2011/10/nota-kelas-tilawah-tafsir-al-baqarah-65.html

Wednesday, July 17, 2013

Xtahu mengapa kerja disini susah sekali...sudah hampir dua bulan buat kerja yg sama.....masih tiada sinar T_T

Doa pembuka

Monday, April 15, 2013

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang
Sungguh, Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata. (1)
Agar Allah memberikan ampunan kepadamu (Muhammad) atas dosamu yang lalu dan akan datang, serta menyempurnakan nikmatNya atas mu dan menunjukimu ke jalan yang lurus (2)
dan agar Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak) (3)



Diamalkan untuk: 

1.Hati yang tertutup untuk menerima nasihat. 
2.Hati yang tertutup untuk bersedekah dan melakukan amal jariah 
3.Hati yang tertutup untuk melakukan amal soleh 
4.Pintu rezeki yang tertutup 
5.Minda @ akal yang tertutup/buntu
6.Hati yang tertutup untuk berkahwin.

If you are Grateful ; I (Allah) Will Give you More | Nouman Ali Khan - Nouman Ali Khan Collection

Saturday, April 13, 2013
If you are Grateful ; I (Allah) Will Give you More | Nouman Ali Khan - Nouman Ali Khan Collection


Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada kaummnya, "Ingatlah nikmat Allah atasmu ketika Dia menyelamatkan kamu dari pengikut-pengikut Firaun; mereka menyiksa kamu dengan siksa yang pedih, dan menyembelih anak-anakmu yang laki-laki, dan membiarkan hidup anak-anak perempuanmu; pada yang demikian itu satu suatu cubaan yang besar dari Tuhanmu".
 Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat."
dan Musa berkata "Jika kamu dan orang yang ada dibumi semuanya mengingkari (nikmat Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji"                                                                                                            
                                                                                                      [Ibrahim; 14:6-8]

Berdasarkan ayat diatas, Allah berfirman dalam surah Ibrahim ayatt 6 - 8, Allah berpesan atas segala musibah dan ujian yang kita hadapi, supaya kita bersyukur bukan hanya setakat bersabar. Kerana dengan bersyukur Allah akan melimpahkan lebih banyak rezeki dan nikmatNya keatas kita. Ini adalah salah satu contoh motivasi yang terdapat dalam Al- Quran.

Lihat bagaimana Allah mengajar kita untuk bangkit semula dan memberi semangat kepada jiwa kita sesudah kesedihan dan kesusahan yang menimpa. Contoh yang diberikan bukan ujian yang mudah, tetapi sesuatu yang amat berat untuk diterima: membunuh anak, cuba bayangkan apa perasaan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak, tiba-tiba terpaksa menerima hakikat bahawa anak itu bakal dibunuh (keadaan pada zaman pemerintahan jahiliyyah), Ya Allah...sedih, perit, tak taw nak gambarkan perasaan tu macamana.

Lihat keadaan kita.

Syukur Alhamdulillah, walaupun ini bukan sesuatu yang baru didalam al-Quran, tetapi ia sesuatu yang baru bagi saya. Allah menemukan saya dengan ayat ini untuk mengajar saya supaya bersyukur. Bersyukur dengan apa yang berlaku. Bukan setakat bersabar sahaja. Sebelum ini kita biasa mendengar bahawa bila dlm kesedihan kita diminta untuk bersabar dan terus bersabar dengan ujian yang menimpa. Tetapi sebenarnya ada satu lagi cara yang lebih berkesan iaitu dengan bersyukur. Dan Allah telah berjanji bahawa jika kita bersyukur Allah akan berikan lebih banyak nikmat Nya kepada kita, bukan setakat menggantikan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kita sedihkan itu malahan lebih dari itu (rujuk ceramah oleh Nouman Ali Khan dalam link mp3 diatas).

Dalam ayat yang seterusnya (ayat 8), walaupun tiada seorang pun atas muka bumi ini yang ingin bersyukur, sesungguhnya Allah akan tetap melimpahkan rahmatnya kepada seluruh umat manusia. Itulah sifat Allah yang Maha pemurah. Adakah kita tak mahu untuk mengabil peluang yang Allah offer tu? alangkah ruginya kita. Ditangan kita sudah ada al-Quran, bergantung kepada kita samada mahu atau tidak mahu. Allah tidak rugi sedikit pun dengan tidak adanya kita. Sebaliknya kita adalah orang yang paling rugi didunia jika kita tidak memilihnya.

Luangkan sedikit masa untuk dengar dan hayati mesej yang ingin disampaikan supaya kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian seterusnya dapat membentuk peribadi muslim yang luar biasa hebat. Insya Allah.. Ayuh!

*sila klik link diatas untuk ke page Nouman Ali Khan

The Summary of Quran | Nouman Ali Khan | Kinetic Typography - Nouman Ali Khan Collection

The Summary of Quran | Nouman Ali Khan | Kinetic Typography - Nouman Ali Khan Collection

The summary of Quran:
1. Accept Allah as master and accept yourself as slave
2. This guidance (al-Quran) is only beneficial to people who accept themselves as slaves

The differene between a slave and a free person is the slave cannot do whatever he/she wants, but they do whatever their master wants.

It sounds very simple, and may takes 5 mins to explain, but internalizing that is a lifelong struggle.

Kisah Abdullah bin Ummi Maktum

Sunday, April 7, 2013
Abdullah bin Ummi Maktum, nama sebenarnya Abdullah bin Umar bin Syuraikh, seorang sahabat suku Quraisy yang termasuk peserta hijrah ke Madinah rombongan pertama. Beliau sampai di Madinah sebelum kedatangan Rasulullah saw. Abdullah mempunyai ikatan kekeluargaan dengan Rasululah saw. Dia adalah sepupu Ummul Mu’minin Khadijah binti Khuwailid ra. Bapanya Qais bin Zaid, dan ibunya ‘Atikah binti Abdullah. Ibunya bergelar ‘Umi Maktum’ kerana anaknya Abdullah lahir dalam keadaan buta.

Abdullah bin Ummi Maktum termasuk kelompok yang pertama-tama masuk Islam. Sebagai muslim kelompok pertama, dia turut menanggung segala macam suka duka kaum muslimin di Mekah ketika itu. Dia turut menderita siksaan kaum Quraisy seperti diderita kawan kawannya seagama, berupa penganiayaan dan berbagai macam tindakan kekerasan lainnya. Tetapi apakah karena tindakan-tindakan kekerasan itu Ibnu Ummi Maktum menyerah? Tidak! Dia tidak pernah mundur dan tidak lemah iman. Bahkan dia semakin teguh berpegang pada ajaran Islam dan Kitabullah. Dia semakin rajin mempelajari syariat Islam dan sering menhadiri majlis Rasulullah saw. Setiap waktu kosong selalu disinya, dan setiap kesempatan yang baik selalu digunakan untuk menambah ilmu Islam.

Pada masa permulaan tersebut, Rasulullah sering mengadakan dialog dengan pemimpin-pemimpin Quraisy, mengharapkan semoga mereka masuk Islam. Pada suatu hari baginda berhadapan dengan ‘Utbah bin Rabi’ah, Syaibah bin Rabi’ah, ‘Amr bin Hisyam (Abu Jahal), Umayyah bin Khalaf dan Al Walid bin Mughirah (ayah Saiyidina Khalid bin Al Walid). Rasulullah saw berunding dan bertukar fikiran dengan mereka tentang Islam. Baginda sangat ingin mereka menerima dakwah dan menghentikan penganiayaan terhadap para sahabat baginda. Sedang Rasulullah saw berdakwah dengan sungguh-sungguh, tiba-tiba Abdullah bin Ummi Maktum datang meminta dibacakan kepadanya ayat-ayat Al Quran. Kata Abdullah, “Ya, Rasulullah! Ajarkanlah kepadaku ayat-ayat yang telah diajarkan Allah kepadamu!” Rasul saw yang mulia tidak mempedulikan permintaan Abdullah bahkan berpaling lalu meneruskan pembicaraannya dengan pemimpin Quraisy tersebut. Mudah-mudahan dengan Islamnya mereka, Islam tambah kuat dan dakwah bertambah lancar. Selesai berbicara dengan mereka, Rasulullah saw cuba hendak pulang, tetapi tiba tiba penglihatan beliau gelap dan kepala beliau terasa sakit seperti terkena pukulan. Kemudian Allah mewahyukan kepadanya:


“Dia ( Muhammad ) bermuka masam dan berpaling, kerana seorang buta datang kepadanya, Tahukah kamu, barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa), atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup, maka kamu melayaninya. Padahal tidak ada (celaan) atasmu kalau mereka tidak membersihkan diri (beriman). Adapun orang yang datang kepadamu dengan bergegas (untuk mendapatkan pengajaran), sedangkan ia takut kepada (Allah), maka kamu mengabaikannya. Sekali kali jangan (begitu)! Sesungguhnya ajaran Allah itu suatu peringatan. Maka siapa yanag menghendaki tentulah ia memperhatikannya. (Ajaran ajaran itu) terdapat di dalam kitab-kitab yang dimuliakan, yang ditinggikan lagi disucikan, di tangan para utusan yang mulia lagi (sentiasa) berbakti.” Surah ‘Abasa : 1 – 16.

Enam belas ayat itulah yang disampaikan Jibril Al-Amin ke dalam hati Rasulullah saw berhubung dengan peristiwa Abdullah bin Ummi Maktum, yang sentiasa dibaca sejak diturunkan sampai sekarang, dan akan terus dibaca sampai hari kiamat.Sejak hari itu Rasulullah tidak lupa memberikan tempat yang mulia bagi Abdullah apabila dia datang. Baginda mepersilakannya duduk ditempat duduk beliau. Bertanyakan keadaannya dan beliau penuhi keperluannya. Tidaklah heran kalau beliau memuliakan Abdullah sedemikian rupa, kerana teguran dari Allah itu sangat tegas.

Ketika tekanan dan penganiayaan kaum Quraisy terhadap kaum muslimin semakin berat dan menjadi jadi, Allah swt mengizinkan kaum muslimin dan RasulNya berhijrah. Abdullah bin Ummi Maktum bergegas meninggalkan tanah tumpah darahnya untuk menyelamatkan agamanya. Dia bersama sama Mus’ab bin Umair sahabat-sahabat Rasul yang pertama tama tiba di Madinah, setibanya di Yatsrib (Madinah), Abdullah dan Mus’ab segera berdakwah, membacakan ayat-ayat Al Quran dan mengajarkan ilmu Islam. Setelah Rasulullah saw tiba di Madinah, beliau mengangkat Abdullah bin Ummi Maktum serta Bilal bin Rabbah menjadi tukang azan Rasulullah saw. Mereka berdua bertugas melaungkan kalimah tauhid lima kali sehari semalam, mengajak orang mengutamakan Tuhan dari segala kerja-kerja yang lain. Itulah kemenangan yang hakiki.

Dalam bulan Ramadhan tugas mereka bertambah. Bilal azan untuk membangunkan kaum muslimin untuk bersahur dan Abdullah azan ketika masuk Subuh, agar semua orang menghentikan makan minum dan segala yang membatalkan puasa dan menunaikan solat. Demi memuliakan Abdullah, beberapa kali Rasulullah mengangkatnya menjadi Wali Kota Madinah menggantikan baginda, apabila meninggalkan kota. Tujuh belas kali jawatan tersebut diamanahkan kepada Abdullah. Salah satu diantaranya, ketika meninggalkan kota Madinah untuk membebaskan kota Makkah dari kekuasaan kaum musyrikin Quraisy, yaumul fath.

Setelah perang Badar, Allah menurunkan ayat-ayat Al Quran, mengangkat darjat kaum muslimin yang pergi berperang fi sabilillah. Allah melebihkan darjat mereka yang pergi berperang disbanding dengan mereka yang tidak pergi berperang, dan mencela orang yang tidak pergi perang karena ingin bersantai-santai. Ayat-ayat tersebut sangat memberi kesan di hati Abdullah bin Ummi Maktum. Tetapi baginya sukar mendapatkan kemuliaan tersebut karena dia buta. Lalu dia berkata kepada Rasulullah saw, “Ya, Rasulullah! Seandainya saya tidak buta, tentu saya pergi berperang.” Kemudian dia bermohon kepada Allah dengan hati penuh tunduk, semoga Allah menurunkan pula ayat-ayat mengenai orang-orang yang keadaannnya cacat (uzur) sepertinya, tetapi hati mereka ingin sekali hendak turut berperang. Dia sentiasa berdoa dengan penuh kerendahan hati. Katanya, “Wahai Allah! Turunkanlah wahyu mengenai orang-orang yang uzur sepertiku!” 

Tidak berapa lama kemudian Allah memperkenankan doanya. Zaid bin Tsabit, jurutulis Rasulullah saw menceritakan, “Aku duduk di samping Rasulullah saw. Tiba tiba beliau diam, sedangkan peha beliau terletak di atas pehaku. Aku belum pernah merasakan beban yang paling berat melebihi berat peha Rasulullah saw ketika itu. Sesudah beban berat yang menekan pehaku hilang, baginda bersabda, “Tulislah, hai Zaid!” Lalu aku menuliskan, “Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang) dengan pejuang-pejuang yang berjihad fi sabilillah…..” Ibnu Ummi berdiri seraya berkata, “Ya Rasulullah! Bagaimana dengan orang-orang yang tidak sanggup pergi berjihad (berperang karena cacat)?” Selesai pertanyaan Abdullah, Rasulullah saw berdiam dan peha beliau menekan pahaku, seolah-olah aku menanggung beban berat seperti tadi. Setelah beban berat itu hilang, Rasulullah saw berkata, “Cuba baca kembali apa yang telah engkau tulis!” Aku membaca , “Tidak sama orang-orang mukmin yang duduk (tidak turut berperang).” lalu kata beliau. Tulis! “Kecuali bagi orang-orang yang tidak mampu.” Maka turunlah pengecualian yang diharap harapkan Ibnu Ummi Maktum.

Meskipun Allah telah memaafkan Ibnu Ummi Maktum dan orang-orang uzur sepertinya untuk tidak berjihad, namun dia enggan bersantai-santai beserta orang-orang yang tidak turut berperang. Dia tetap membulatkan tekad untuk turut berperang fi sabilillah. Katanya, “Tempatkan saya antara dua barisan sebagai pembawa bendera. Saya akan memegangya erat-erat untuk kamu. Saya buta, kerana itu saya pasti tidak akan lari.” Tahun keempat belas Hijrah, Khalifah Umar bin Khatab memutuskan akan memasuki Persia dengan perang untuk menggulingkan pemerintahan yang zalim, dan menggantinya dengan pemerintahan Islam yang adil dan bertauhid.

Umar memerintahkan kepada semua Gabenor dan pembesar dalam pemerintahannya, ‘Jangan ada seorang jua pun yang ketinggalan dari orang orang bersenjata, orang yang mempunyai kuda, atau yang berani, atau yang berfikiran tajam, melainkan hadapkan semuanya kepada saya sesegera mungkin!” Maka berkumpullah di Madinah kaum Muslimin dari segala penjuru, memenuhi panggilan Khalifah Umar. Di antara mereka itu terdapat seorang yang buta, Abdullah bin Ummi maktum. Khalifah Umar mengangkat Sa’ad bin Abi Waqash menjadi panglima pasukan yang besar itu. Kemudian Khalifah memberikan arahan-arahannya kepada Sa’ad. Setelah pasukan besar itu sampai di Qadisiyah. Abdullah bin Ummi Maktum memakai baju besi dan kelengkapan yang sempurna. Dia tampil sebagai pembawa bendera kaum muslimin dan berjanji akan senantiasa mengibarkannya atau mati di samping bendera itu.

Pada hari ke tiga perang Qadisiyah, perang berkecamuk dengan hebat, yang belum pernah disaksikan sebelumnya. Kaum muslimin berhasil memenangi pertempuran tersebut dengan kemenangan paling besar yang belum pernah berlaku. Maka berpindah kekuasaan kerajaan Parsi yang besar ke tangan kaum muslimin. Dan runtuhlah mahligai yang paling megah, dan berkibarlah bendera tauhid di bumi penyembah api itu. Kemenangan yang meyakinkan itu dibayar dengan darah dan jiwa ratusan syuhada. Diantara mereka yang syahid itu terdapat Abdullah bin Ummi Maktum yang buta. Dia ditemui syahid berlumuran darah sambil memeluk salah satu bendera kaum muslimin. Begitulah kisah ringkas Saiyidina Abdullah bin Ummi Maktum yang maqamnya di Syria.

Zasss....!

Saturday, April 6, 2013
T_T

Omar Series


Jom tengok hiburan yang menambahkan ilmu dan iman kita..



 ~ Omar Series ~

TV series on the life of Caliph 'Umar ibn al-Khattab

It has 30 episodes

A historical Arab television drama series that was produced and broadcasted by MBC1 and directed by Hatem Ali. Co-produced by Qatar TV, the series is based on the life of Omar, one of the Prophet Mohammad's best companions and the second Caliph of Islam.

you can search the series in Youtube
I've downloaded full series but cant upload here due to error message.

Happy watching!!



Tanya diri sendiri

Wednesday, April 3, 2013

Penat betul harini...lepas sekian lama (taklah lama sangat cuti) tak masuk lab. Kena pulak waktu semua nak cepat. Terasa sangat keletihan, mata pun jadi payah nk buka.

Teringat kata kata yang kawan saya share di fb : penatnya....tanya dalam hati, sanggupkah kita berpenat lelah bersusah payah utk kehidupan akhirat nanti??

Allahuakbar! Mula mula baca sedikit sahaja terkesan, tapi bila diri sendiri yang alami...rasa sendiri betapa bersusah payah nak siapkan keje nak capai sesuatu untuk dunia, terfikirlah sendiri.... sanggupkah aku bersusah payah berpenat lelah untuk kehidupan di akhirat sana??... Atau asyik bagi macam2 alasan? Ikutkan hati asyik bertangguh, nantilah, nantilah, nantilah....

Datang lagi satu memori :

Topik tauhid usrah minggu lepas, tentang kematian. Sudah pastikah yang esok kita masih ada?

Apa yang kita dah korbankan dan apakah persediaan yang kita dah buat utk kehidupan akhirat? Dah bersedia ke?

Muhasabah, muhasabah, muhasabah...

Kau dan Aku tergoda

Monday, April 1, 2013

Sungguh banyak cabaran yang menggoda kita untuk jauh dari kehidupan akhirat, contohnya seperti:
1. Hasutan syaitan: marah, nafsu syahwat, tergesa-gesa, hasad dengki, kikir, takbur, su'uzhon (bersangka buruk).

2.Bisikan dan dorongan al-hawa: 
Eh, apa al-hawa tu? hawa nafsu la. 
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: 'Dan Aku tidak menyatakan diriku bebas (drpd kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Yusuf:53].
Sesungguhnya al-hawa itu sememangnya akan menyuruh kepada keburukan. Jika ia tidak dikawal, ia akan meliar dan meraja dalam hati manusia. Ia akan menjadi diktator kepada semua keputusan harian. Sehinggalah akhirnya, manusia itu akan bertuhankan al-hawanya, sungguhpun dia mengerjakan solat dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan al-hawa sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya?' [al-Jasiyah:23]
3. Serangan pemikiran:
Lambakan hiburan, lagu-lagu, filem-filem serta drama yang tidak bermesej di internet dan televisyen, etc etc ..semua adalah untuk menjauhkan Muslim daripada Allah dan al-Quran.

4. Sekularisme:
Memisahkan agama dari kehidupan seharian. Persepsi di mana agama adalah hanya di masjid dan sewaktu solat dan tidak lebih dari itu. Luar daripadanya hidup adalah seperti manusia biasa. Kerja untuk mengejar pangkat dan gaji besar, belajar tinggi-tinggi untuk mendapatkan kerja yang lebih baik dan sebagainya. Tidak terlintas sedikit pun bahawa setiap masa itu adalah sepatutnya digunakan untuk menjadi 'abid dan khalifah Allah.

5. Cabaran dunia sekeliling:
Orang sekeliling yang lebih menggalakkan kita unruk berbuat kemungkaran daripada kebaikan. 

Maka, 
Kita harus mencari penyelesaian dengan:

1) Sentiasa berwaspada

2) Meminta perlindungan daripada Allah swt

3) Sabar

4) Sentiasa hidupkan hati agar ia sensitif dengan dosa, Lakukanlah:
- Zikrullah
- Muraqabatullah (merasakan Allah sentiasa memerhatikan kita)
- Mujahadah an-Nafs: Yahya bin Mu'az berpesan: "Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani). Latihan riadah ini ada empat jenis: sedikit makan; sedikit tidur; bercakap sekadar perlu; sabar menanggung gangguan orang lain. Dengan kurang makan, matilah keserakahan syahwat, dengan kurang tidur, kemahuan menjadi bersih jernih, apabila kurang bercakap, badan selamat, dan dengan bersabar menghadapi gangguan, memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju"


5) Segera bertaubat apabila telah tersalah.
Sentiasa beristighfar. [Nuh, 71:10-12]. Banyak meminta ampun pada Allah, Allah akan buka jalan dan mengurniakan rezeki kepada kita. Dalam apa jua masalah, penyelesaiannya adalah istighfar @ bertaubat. Kisah Hassan al-Basri dan Istighfar.

6) Memenuhkan masa lapang dengan melakukan benda bermanfaat.

7) Bersahabat dengan orang yang baik.

8) Sentiasa membentengkan diri dengan benteng aqidah Rabbaniyyah dan benteng ilmu pengetahuan.

Untuk mendapatkan syurga Allah, kita harus menjadi mukmin luar biasa. Jadi seharusnya kita lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dalam menghadapi kehidupan seharian kita.





Di ambil dari majalah Jom! keluaran 12/2012.

Bahaya Syiah!

Saturday, March 30, 2013
Selama ini kita hanya diberitahu bahaya syiah, jangan percaya syiah, sangat bertentangan dengan akidah yang kita pegang mengikut ahli sunnah wal jamaah. Tapi sejauh mana kita perlu tahu supaya hati dan akidah kita terbenteng dari terpercaya dan terkeliru dengan ajaran mereka. Dari perkongsian di blog ini, saya attach video yang sama di dalam blog saya pula.

Siri Ceramah Mengenali Ajaran Syiah:

Sejarah kemunculan firqah syiah:


Ustaz Shamsudin Harun : Sejarah Kemunculan Firqah Syiah


Ustaz Aizam Mas'ud : Aqidah Pegangan Syiah


Ustaz Ahmad Nasim : Amalan & Ritual Agama Syiah


Ustaz Abdullah Din : Pengaruh dan Shubhah yang digunakan dalam agama syiah


Ustaz Halim Hassan : Membongkar kebiadapan syiah terhadap para sahabat


Ustaz Ahmad Nasim : Mengenali ajaran syiah



Ustaz Aizam Mas'ud : Banteras syiah di Malaysia



Ustaz Aizam Mas'ud : Siasat syiah, selamatkan dirimu
Siri 1



Ustaz Aizam Mas'ud : Siasat Syiah, selamatkan dirimu
Siri 2





Sumber - sumber bacaan lain:
1. www.tenteradajjal.blogspot.com
2. www.abuanasmadani.com/?p=1920#

Selamat mendengar.
Semoga Allah memelihara kita, ahli keluarga kita serta keturunan kita dari fitnah akhir zaman.
InsyaAllah..



Me & my housemates

Saturday, March 23, 2013
Winter 2012-2013
Feb 2013


Whitish springgg!!

Allahu Akbar!

sukenye...tengok putih-putih ni ^_^


5.30 am



6.00 am

Buka mata dan minda kita

Friday, March 22, 2013

Doa rabitah doa kita

Thursday, March 21, 2013

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


Pokok Yahudi @ pokok Gharqad

Saturday, February 16, 2013



POKOK YAHUDI / POKOK GHARQAD

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

*Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

*Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.

*Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.
via: I Am A Muslim



10 muwasafat tarbiyah

Monday, February 11, 2013
Surah al-Qasas ayat 14-28. Kisah tentang nabi Musa a.s. Ciri2 10 muwasafat tarbiyah ini terdapat dalam ayat tersebut.





Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as [18:60-82]

Friday, February 1, 2013
Kisah menarik di dalam al-Quran yang Allah ceritakan kepada kita supaya kita mengambil iktibar keatasnya.


Surah Al-Kahfi, ayat 60-82.




Suatu hari Allah perintahkan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir supaya Nabi Musa belajar sesuatu daripadanya... Nabi Musa pun patuh dengan arahan itu... suatu hari, Nabi Musa berjalan sehingga bertemu di antara dua laut, kerana Baginda yakin di situlah tempat pertemuannya dengan Nabi Khidir... Setelah bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa nyatakan hasratnya utk mempelajari sesuatu dengannya, tetapi Nabi khidir berkata: Engkau pasti tidak akan bersabar denganku...

Nabi Musa: InshaAllah, aku pasti akan bersabar denganmu,

Nabi Khidir: Tidak, sesungguhnya engkau pasti tidak sabar denganku...

Nabi Musa: Percayalah wahai Khidir, aku akan bersabar denganmu....

Nabi Khidir: Baiklah.... tetapi jika engkau mahu mengikutiku, jangan engkau persoalkan sesuatupun sehingga aku sendiri yg menceritakan kepada engkau..


Mereka pun berjalan.... kemudian mereka bertemu sebuah sampan, tiba2 Nabi Khidir merosakkan sampan itu, Nabi Musa terkejut!

Nabi Musa pun berkata,: Mengapa kamu rosakkan kapal yang masih elok? Adakah itu suatu yg merugikan?

Nabi Khidir: Sudah aku katakan, kau tidak akan sabar denganku...

Nabi Musa: Oh, maaf... sesungguhnya aku terlupa akan itu...



Kemudian mereka teruskan perjalanan, dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan seorang budak, tiba2 Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Nabi Musa terkejut lagi!

Nabi Musa: Tidakkah ini satu keterlaluan! Budak itu sungguh suci... mengapa engkau membunuhnya?!

Nabi Khidir: Kan aku dah cakap, engkau tidak akan mampu bersabar denganku! Selepas ini engkau tegur aku lagi, aku akan buat keputusan...

Nabi Musa hanya mendiamkan diri, mereka teruskan perjalanan lagi. Setibanya di suatu madinah (kota), mereka berasa lapar. Mereka pun minta makanan pada penduduk madinah (kota) tersebut, tetapi tiada sorang pun yang bagi... Nabi Musa merasa tidak senang. Tiba2 Nabi Khidir ternampak sebuah rumah yg hampir roboh, beliau pun membetulkan rumah tersebut, Nabi Musa semakin tidak senang,

Nabi Musa pun berkata: Alangkah baiknya jika engkau meminta ganjaran untuk itu.

Nabi Khidir: Sampai di sini saja perjalanan kita, engkau boleh berpisah dengan aku sekarang jua, dan sebelum itu aku akan ceritakan kepada engkau mengapa aku buat semua itu dan engkau tidak sabar dengannya.....


Sebenarnya, sampan yang aku rosakkan tadi tu aku tidak mahu seorang raja yang kejam dan zalim yg sedang menuggu di hadapan sana untuk merampas ke semua sampan2 ini, jadi aku rosakkan ia, agar sampan ini tidak diambilnya dan sampan ini boleh digunakan bagi keperluan rakyat yg berdekatan di sini.

Ada pula budak yg aku bunuh itu, dia mempunyai dua orang tua yang sangat beriman dan bertaqwa, budak ini apabila besar nanti akan menkafirkan kedua orang tuanya, jadi sebab itulah aku membunuhnya!

Ada pulak rumah yang aku bina semula ini kerana dindingnya yg hampir roboh, atas sebab rumah ini kepunyaan dua orang anak yatim piatu, dan kedua ibu bapa mereka beriman kepada Allah, sebab itulah aku membinanya semula agar mereka dapat bernaung di dalam rumah ini dan akan terus beriman kepada Allah...
Inilah ke semua tindakanku yang engkau tidak mampu sabar dengannya....


Terlalu banyak ilmu yang tersurat dan tersirat dari kisah ini. Antaranya:

  • pembuktian sains : dua sungai yang berlainan jisim dan ketumpatan
  • sifat sabar dalam menuntut ilmu
  • **** masih mencari tafsiran menurut Syed Qutub menerusi kitabnya Fi Zilal Quran (belum dijumpai)








Sumber:

  1. Khazinatul asrar
  2. Khidir-Siapakah baginda?

Penggunaan kalimah Allah: Pandangan ulama'

Sunday, January 20, 2013


Semoga umat Islam seluruh dunia amnya, satu Malaysia khususnya akan bersatu mengamalkan amar makruf nahi mungkar, insyaAllah.

Ala-Allah....

Saturday, January 19, 2013
"Membelek2 gambar kawan yang baru upload picture di fb. Urmm... gambar yg ada fotographer pasti tak berapa menarik, walaupun tak banyak yg ada tula yg ala-ala kadar je~~. Kadang2 jauh disudut hati, kecewa pun ada dengan rakan yang nak tak nak je bila disuruh ambil gambar kita, tapi bila kamera ditangan kita, sehabis baik kita ingin jadikan gambar yang ditangkap itu adalah yg terbaik. Biasa jugak orang berkata, cameraman mmgla tak banyak gambar. yela masing2 berat sangat nak pegang kamera, tapi mahu gambarnya diambil....dot dot dot..."


Susah kan nak berkorban? walaupun ia adalah perkara kecil dan remeh seperti di atas.

Teringat kata2 rakan usrah minggu lepas. Cerita tentang "Sabar", sabar itu adalah bicara hati. Hati lagi... "-_-
Sememangnya susah nak didik hati supaya bersabar. Salah satu caranya untuk memujuk hati bila berada didalam situasi di atas adalah, sebut kan dibibir kita alAllah, alAllah, alAllah....banyak2 kali (maksudnya kerana Allah, kerana Allah..kerana Allah)..supaya hati kita mendengar bicara kita memujuknya supaya ia tidak kecewa lagi kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Teliti atas urusan hambanya. Di sini..timbul pula sifat "Ikhlas". Ikhlas itu juga salah satu urusan hati. Hati lagi.

Ikhlas diumpamakan seperti semut hitam yang berada diatas batu yang hitam sewaktu malam yang gelap gelita (biasakan kita dengar perumpamaan ini?). Selain itu juga, ikhlas diumpamakan seperti garam @ gula di dalam makanan. Jika tiada garam @ gula dalam sesuatu makanan maka hilanglah nikmat makan ketika itu. Sebagaimana pentingnya garam @ gula dalam makanan, seperti itu jugalah pentingnya ikhlas dalam setiap perbuatan. Sebab itu, setiap perbuatan yang didahului dengan ikhlas, cantiklah hasilnya. Oleh itu, walaupun ikhlas kita itu tidak nampak hasilnya sekarang yakinlah bahawa, nikmatnya akan datang kemudian hari @ Allah simpankan dahulu supaya ia menjadi penghibur hati kita dikala seluruh manusia menagih bantuan dari setiap amalannya didunia untuk menebus kesalahan-kesalahan kita dan menjauhkan diri kita dari azab siksa api neraka. Itulah simpanan hari akhirat kita. Jangan asyik sibuk dengan simpanan hari tua, tapi sibuklah dengan simpanan hari akhirat. Kerana bila setiap amalan baik sudah habis diguna untuk menebus dosa-dosa kita, tiada apa lagi yang mampu diganti semula melainkan amalan-amalan baik, salah satunya perbuatan yang kita tidak perasan kita melakukannya, iaitu amalam yang disertai dengan ikhlas.




*masa ni saya rindu cik ejan yg punyai minat yg sama dgn sy, snap! snap! snap!.. lpas tu balik rumah, masing2 dok tenung gambar lama2..kan3.



Bicara hati

Friday, January 18, 2013
Hati....

Bicara tentang hati memang terlalu banyak, banyak sangat2.. sebab tu Allah suruh dalam surah al-Balad ayat 17, supaya saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Berpesan = mengingati, hati sentiasa perlukan perhatian, hati tidak boleh dibiarkan...mesti disirami dan dibajai dengan penuh kasih sayang, penuh perkara-perkara positif. Jangan biarkan hati mati, kerana hati yang sudah mati tidak mampu untuk diubati. Kalau kita rasa hati kita sudah tidak mampu dipujuk lagi, maknanya hati itu sudah mati. Maka, mintalah pada Allah gantikan hati kita dengan hati yang baru.

Daripada Iman Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


**taip sambil buat 2-3 kerja...last2 saya terlupa point. hihi. publish dulu, nanti sambung

First SnoW!!! yeay~~

Pakcik driver van kitorang ke airport sangat baik hati, berhenti kereta tepi jalan sebab ke"excited" an saya dengan snow tepi2 jalan...huhu

Lets the pictures talk....












































Last but not least,
this is for my beloved husband....

i love you with all my heart
mmmuah!





from Istanbul, with love...


My first... actually the second, snoW ~~

Thursday, January 17, 2013
“…. Dan Allah (juga) menurunkan (butiran- butiran) ais dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung maka ditimpakannya (butiran-butiran) ais itu kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. “  (An-Nur: 43)




ini rupa backyard kt rumah,
snow mlm tadi sangatla haluuuuussss je, but very exciting moment sbb dah lama tunggu snow kt sheffield ni.
Finally.....!!


beberapa jam berada di dalam lab, snowflakes semakin menjadi2...weeeeee!!!!! Subhanallah.....cantik sangat2... 

Saya sorang je yang sangat excited time tu, student lain relax je...huhu
tangkap gambar dulu dari lab...




ambil video jugak....

last-last...hati tak keruan nak buat kerja pun asik teringat snow, betul! sangat2 teruja nak keluar..
this is the time nak main snow, the best and precious moment during winter ialah dapat pegang and tengok snow flakes turun mencurah2 dari langit...

Yeay!!!!
Finally, my friend offered to take my picture with snow... :)


Happy faces (^_^) V




my lab mate micheal & asma


Subhanallah..subhanallah...subhanallah...
cantik tak terkata!