Bicara tentang hati memang terlalu banyak, banyak sangat2.. sebab tu Allah suruh dalam surah al-Balad ayat 17, supaya saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Berpesan = mengingati, hati sentiasa perlukan perhatian, hati tidak boleh dibiarkan...mesti disirami dan dibajai dengan penuh kasih sayang, penuh perkara-perkara positif. Jangan biarkan hati mati, kerana hati yang sudah mati tidak mampu untuk diubati. Kalau kita rasa hati kita sudah tidak mampu dipujuk lagi, maknanya hati itu sudah mati. Maka, mintalah pada Allah gantikan hati kita dengan hati yang baru.
Daripada Iman Ghazali:
"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"
**taip sambil buat 2-3 kerja...last2 saya terlupa point. hihi. publish dulu, nanti sambung



0 comments:
Post a Comment