Salam aidilfitri

Tuesday, August 21, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin.


Meriah jugak raya kat sini, sebab ramai komuntiti malaysian. Boleh dikatakan setiap minggu jugak ada majlis berbuka puasa. Cuma saya tak selalu join majlis berbuka puasa tu. Ikut kemampuan. Kebetulan awal2 puasa masih belum sihat sepenuhnya.

Nasib baik raya jatuh hari ahad, kalau tak, alamatnya saya dan suami beraya di airportlah gamaknya. Tak dapat nak gambarkan perasaan rindu yang amat sangat..tiba2 nak jumpa setelah sekian lama berinteraksi di depan skrin je.Wah! macam2 perasaan ada...dup dap dup dap..silih berganti muka2 yang lalu kat pintu ketibaan, akhirnya wajah yang di nanti2 tiba. Mestila seronok bukan main kan?.huhu..

Sampai2 je terus rehat sekejap terus cari barang rumah, duvet, cadar etc etc yang penting. Nak terus mengangkut barang tak larat..saya sendiri pun tak larat apa lagi la orang yang seharian duduk dalam flight transit 12 jam lagi..kesian dia. Saya ambil keputusan, kita pindah barang semua lepas 1 hari raya.So, esoknya raya..kita raya puas2 dulu.













nanti sambung lagi..saya publish dulu..

Sepanjang perjalanan...

Thursday, August 16, 2012
Bismillahirrahmanirrahim...

Kali ni nak post gambar pemandangan (bukan pemandangan sgt) atau benda2 yang ada di tepi2 jalan sepanjang perjalanan saya ulang alik ke lab. Lama nak post, tapi disebabkan kekangan masa dan sebagainya baru harini sempat nk upload semua...

inila pokok blackberry..dan buahnya sekali.
lupa nak tangkap masa tengah berbunga sebelum berbuah.





Memang banyak sangat kat tepi2 jalan, yang saya tangkap ni kat tepi pagar rumah orang. Tak berani pulak nak petik makan, hehe..kalau kat tepi jalan semak2 tu dah lama petik makan.huhu..

Masa mula2 sampai punyala jakun, beli kat tesco..rupanya banyak je kat tepi2 jalan penghujung summer ni. 



Ok, kat bawah ni bunga ros..kat sini boleh dikatakan setiap rumah ada bunga ros, macam2 saiz dan macam2 colour. Tengok hari2 geram je nak posing2 tangkap gambar, tapi i takde gengla nk posing2...

laluan ni la yang saya lalu setiap hari pergi dan balik lab.
Bila tengok bunga ni..subhanallah...insafnya diri, banyak yang tersurat dan tersirat.
bunga2 ros nila yang menyambut saya pagi2 dan melambai saya waktu petang,
bestnya!



ini pulak close up bunga lavender sebelah bunga ros tu...


saya memang suka tangkap lebah tengah hisap madu, sebab guna kamera henpon je..tu yang tak sharp sangat, tapi..sangat puas hati bila dapat tangkap masa dia betul2 tengah hisap madu ^_^




Ini pulak...tengah bosan tunggu gel atau tunggu masa incubation habis, duduk tepi tingkap menikmati keindahan alam dari lab. Cantik kan?

 macam istana lama..
teringin nak duduk santai2 kat taman, tapi belum berpeluang lagi..

tengah2 bangunan ni ada taman, yang ada fountain (air pancut) di tengahnya..
selalu je kalau cerah2 panas, ada mat saleh duduk baring2 meniarap kat tepi kolam tu. 



 itu saje...nanti akan upload lagi..

Ilahi...

Wednesday, August 15, 2012







Ilahi...
Kau yang ku tuju,
Redhamu yang ku cari,
Kurniakanlah kepadaku mengenalmu dan mengasihimu..

Tabah ye

Saturday, August 11, 2012
"Bila belajar di luar negara ni banyak dugaan yang kita kena tempuh, tak sama macam orang lain yang belajar di dalam negara. Diorang di dalam "comfort zone". Kat sini kita jauh dari keluarga dan saudara mara banyak dugaan menanti. Setiap yang di sini ada cabarannya tersendiri, ada yang diuji tentang keluarga, studynya ok..kalau keluarganya ok, study pula yang diuji. Bukan setakat ujian belajar, tapi lebih kepada ujian kehidupan."

"kita kena bersyukur kerana kita insan yang Allah pilih untuk menjalani ujianNya, itu tandanya Allah sayang kat kita."

Kata-kata senior kepada saya supaya kuat dan tabah, jangan putus asa dengan ujian di awal pengajian. Lagi2 baru nak mulakan pengajian. Yang penting kena jaga diri fizikal dan spiritual. Mula2 sampai negara orang tempat baru, memang badan lemah, kadang2 kita tak perasan yang badan kita lemah..tapi kita asyik push2 paksa dia bekerja, kesian badan kita..


* tenang sedikit dengan kata-katanya. banyak  lagi nak dikongsikan, tapi disebabkan tak catit pulak masa bercakap tu (cakap depan rumah je pun).nanti update lagi.