Amanah Terbesar

Saturday, December 29, 2012
Source: eramuslim.com

“Sesungguhnya kami telah mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-gunung, dan semuanya enggan untuk memikul amanah itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya, dan manusia pun memikul amanah itu. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh.” (72) sehingga Allah mengazab orang-orang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang (73) (Al-Ahzab / 33 : 72-73)
Sesungguhnya langit, bumi, dan gunung; yang dipilih al-Qur’an sebagai subjek perbicaraan, adalah makhluk yang sangat besar, manusia yang hidup di dalamnya atau di bawahnya kelihatan kecil dan lemah. Makhluk-makhluk tersebut mengenal Penciptanya sejak dari awal, dan serta merta memperoleh petunjuk tentang undang-undang yang mengaturnya penciptaan, pembentukan, dan sistemnya. Mereka mentaati undang-undang Pencipta mereka secara langsung, tanpa melalui rujukan dan perantara. Mereka bergerak seiring dengan undang-undang tersebut secara konsisten, tanpa melencong dan tanpa membangkang dalam menjalankan peranan yang telah ditentukan. Mereka menjalankan tugas mengikut hukum penciptaan dan karakter yang telah ditetapkan tanpa melibatkan emosi dan secara sukarela. Matahari berputar pada paksinya dengan putaran yang sistematik, tanpa pernah melencong dari sistemnya. Ia memancarkan cahayanya, untuk menjalankan tugas yang telah dimandatkan Allah padanya. Ia menarik satelit-satelit disekelilingnya bukan didasari keinginan dalam dirinya, melainkan untuk menjalankan tugas kosmiknya secara sempurna. Bumi ini berputar pada paksinya, mengeluarkan tanaman, menghasilkan makanan untuk para penghuninya, dan memancarkan mata air. Semua itu selaras dengan sunnatullah tanpa ada kehendak darinya. Bulan, bintang, dan planet, angin dan awan, udara dan angin, gunung dan lembah, seluruhnya menjalankan peranannya dengan seizin Allah, mengenal Pencipta, dan tunduk kepada kehendakNya dengan sukarela. Tanpa dikerahkan tenaga, tanpa susah-payah, dan tanpa usaha. Mereka takut menerima amanah tugas, amanah kehendak, amanah pengetahuan peribadi, amanah untuk kerja yang lebih khusus.
“Dan dipikullah amanat itu oleh manusia..”
Manusia mengenal Allah dengan hati dan perasaannya, menemukan petunjuk kepada undang-undang Allah melalui pemerhatian dan pengamatan, melaksanakan undang-undang ALLAH dengan usaha dan susah-payah, mentaati Allah dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, menahan kehendak dari penyimpangan, melawan egonya dan syahwatnya dengan segala upaya. Di setiap tindakan ini, manusia didasari keinginan, sedar, dan memilih jalan dalam keadaan mereka tahu pengakhiran jalan ini. Itulah amanah terbesar yang dipikul makhluk yang kecil ukurannya, kurang tenaganya, lemah usahanya, terbatas usianya, dan juga dipenuhi nafsu, keinginan, dan cita-cita. Sememangnya ini ialah tindakan “adventure” jika ia memikul tugas yang berat ini di bahunya. Dari sini, “manusia itu amat zalim” terhadap dirinya, “dan amat bodoh” terhadap kekuatannya. Kezaliman ini terkait dengan besarnya beban yang perlu dipikul. Tetapi, ketika ia bangkit memikul tugas tersebut, ketika ia sampai kepada ma’rifat yang menghantarkan kepada Penciptanya, menemukan petunjuk terus kepada undang-undangnya dan ketaatan yang sempurna terhadap kehendak Rabb-nya, sebuah ma’rifat, petunjuk, dan ketaatan yang mengantarnya kepada tingkatan yang telah dicapai langit, bumi, dan gunung dengan mudah, padahal langit, bumi, dan gunung-gunung itu adalah makhluk yang mengenal Allah secara fitrah, menemukan petunjuk secara fitrah, taat secara fitrah, tidak ada faktor yang menghalangnya dari patuh kepada Pencipta, undang-undang, dan kehendak-Nya. Serta tidak ada faktor yang menahannya melaksanakan perintah-Nya. Ketika manusia sampai kepada tiatan ini dalam keadaan sedar, penuh kefahamam, dan tanpa paksaan, maka ia benar-benar telah mencapai maqam yang mulia dan tempat yang unik di antara ciptaan Allah.
Itulah keutamaan kehendak, hati, usaha, dan menanggung beban. Itulah keistimewaan manusia dibandingkan banyak makhluk Allah yang lain. Itulah kayu ukur penghormatan yang diiktiraf Allah di al-Mala’ul-A’la, saat Allah memerintahkan para malaikat untuk sujud kepada Adam. Allah mengiktirafnya di dalam al-Qur’an yang firmanNya: “Sungguh telah Kami muliakan bani Adam…” (al-Isra’ [17]: 70)
Maka, hendaknya manusia tahu kedudukan mulianya di sisi Allah, dan hendaknya ia memikul amanah yang dipilihnya. Amanat yang pernah ditawarkan kepada langit, bumi, dan gunung, namun mereka menolak untuk memikulnya dan khuatir tidak mampu menjalankan amanat tersebut! Tujuannya adalah:
“Sehingga Allah mengazab orang-orang munafiq laki-laki dan perempuan dan orang-orang musyrikin laki-laki dan perempuan; dan sehingga Allah menerima taubat orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (73)
Jadi, perbezaan manusia dari makhluk lain adalah dalam aspek memikul amanah, memikul tugas mengenal Rabbnya sendiri, menemukan hidayah, beramal, dan mencapai Rabbnya. Semua itu agar ia memikul akibat dari pilihannya sebelum itu, agar balasan untuknya bertepatan dengan amalnya, dan agar azab itu terus ditimpakan kepada orang-orang munafiq dan musyrik, samaada lelaki atau perempuan. Dan agar Allah menghulurkan pertolongan kepada orang-orang mukmin, samaada lelaki atau perempuan, dengan menerima taubat mereka atas kekurangan dan kelemahan akibat tekanan-tekanan dalaman, rintangan yang menghalang perjalanan, serta berbagai daya tarikan dan beban yang meletihkan mereka. Itulah kurnia dan pertolongan Allah. Dan Allah itu Maha Pengampun dan memberi rahmat bagi hamba-hamb-Nya:
“Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (73)
Dengan nada yang kuat dan mendalam inilah ditutup surah (Al-Ahzab) yang diawali dengan arahan kepada Rasulullah saw. iaitu arahan untuk taat kepada Allah, tidak mematuhi orang-orang kafir dan munafiq, mengikut wahyu Allah, dan tawakkal kepadaNya semata-mata, bukan kepada yang lain. Surah ini juga mengandungi berbagai arahan dan ketetapan syari’at yang menjadi asas kepada sistem masyarakat Islam, iaitu ikhlas untuk Allah, tujuannya hanya kepada Rabb, dan mentaati arahan-arahanNya. Dengan nada yang menggambarkan kepentingan tugas dan besarnya amanah, mendefinisikan kepentingan dan besarnya amanah, dan yang membatasi seluruhnya dalam upaya manusia untuk mengenal Allah, menemukan petunjuk kepada undang-undangNya, dan tunduk kepada kehendaknya ini. Dengan nada inilah surah ini ditutup, bahagian awalnya dan bahagian akhirnya selari dengan tema dan arah tujunya, dalam sebuah harmoni yang penuh mukjizat, yang secara hakikatnya menunjukkan sumber Kitab ini.

 Diterjemah Oleh: AnaQi Saleh
Sumber: http://www.eramuslim.com/syariah/tafsir-zhilal/amanah-terbesar.htm

Pagi yang dingin... 14 Disember 2012

Friday, December 14, 2012
Pagi tadi masa nak keluar rumah, terserempak dengan anjing bersama tuannya. Baik sangat anjing tu bila dia nampak saya nak lalu dia berhenti jauh, walaupun masa tu tuan dia nak terus berjalan tapi dia berhenti, bagi laluan kat saya. Padahal saya masa tu tengah testing2 tangga samada licin atau tak. Awwww suwitnye anjing tu, baik sangat muka dia, walaupun dia tak secomel mana.

Kenapa saya testing2 lantai tangga sebab saya dah pernah jatuh minggu lepas, pagi tu frost, saya kelam kabut nak ke lab, lepas tutup pintu rumah, jalan 2-3 langkah gedebuk! jatuh. Adehhhhh...sakitnye montot...dahla masatu bawa laptop, 2x kali bebanan. Bangun2 cek laptop ok ke tak. Lepastu terus berjalan hati2, jalan licin...daun2 kering berais cantik sangat tepi2 jalan. tak sempat tangkap gambar, sakit kot. Dalam hati teringat lupa nak baca doa keluar rumah. Allah nak bagi reminder.

Bebalik kisah anjing tadi. Lepas saya jalan dulu dia pun jalan, saya ambil side jalan belah lain (melintas) sambil berjalan saya lihat anjing tadi bersama tuannya. Satu lagi aksi comel. Disebabkan laluan pejalankaki licin, anjing tu pun agaknya tak best berjalan atas jalan licin. Dia berhenti dan naik atas divider pejalan kaki yg lebarnya tak sampai sejengkal, dia meiniti atas tu..awwwww comel pulak anjing ni. kikiki.

Teringat anjing ashabul-kahfi.
^_^

Sunnah dalam bermusafir

Thursday, December 13, 2012
InsyaAllah hujung minggu ni saya akan berjaulah ke Turki bersama adik2 undergrad. Tak sabarnya nak tengok peninggalan tamadun islam yang hebat2 ^_^ insyaAllah dapatkan semangat jihad untuk diri sendiri.

Banyak sebenarnya perkara yang kita lakukan semasa bermusafir tu adalah sunnah Nabi S.A.W, jom kita tengok video ni....


Terima kasih athirah farhana bagi link ni. bestnye! jom bersihkan jiwa pasang niat bermusafir ikut sunnah Rasulullah s.a.w. Semoag perjalanan diberkati dan dipermudahkan Allah...insya Allah..

Dari logam besar kepada logam kecil

Monday, December 10, 2012
Haba yang mencairkan logam : bacalah ini

Nota Daurah : Penghalang2 Makrifatullah

Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang mengikuti Daurah setelah beberapa kali ter"missed" disebabkan kalah dalam peperangan hati. uhhh~~




Penghalang Mengenal Allah.

Bila kita bertekad untuk mengenal Allah, banyak halangan akan datang. Itu adalah sunnatullah di mana, di awal perjalanan seorang hamba adalah sukar, banyak cabaran (cth: kedudukan, pasangan etc).
2 halangan utama : 
a) Syahwat (masalah hati)
b) Syubhat (masalah akal)


Penyakit Syahwat

1. Kefasikan @ al-fisk: [2:26] 
Diantara ciri-ciri orang yang fasik adalah i- melanggar perjanjian dengan Allah. Sebelum kita dilahirkan didunia, semasa dalam kandungan ibu, kita sebenarnya telah berjanji dengan Allah untuk patuh segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Menjadi khalifah dibumiNya dan beribadah kepadanya. ii-mudah memutuskan silaturrahim, dan iii-menyekat orang yang ingin berhijrah dan memeluk agama islam, dengan kata lain menyekat orang berbuat kebaikan.

2. Kesombongan @ al-kibru: An-nahl [16:22] ; Al-a'raf [7:12] ; al-Mukmin [40:35].
Ada tujuh jenis kesombongan iaitu kesombongan yang melibatkan i- Ilmu, ii- Ibadat, iii-Keturunan, iv- Kecantikan, v- kuat @ gagah, vi- Ramai pengikut, vii- (saya terlepas yg ini).

3. Kezaliman @ Azh-zhulmu: [31:13]

4. Dusta @ Al-Kadzibu
Ia adalah salah satu sifat munafik. Ia adalah titik-titik hitam kecil yang menutup kebenaran.

5. Kemaksiatan @ al-ma'ashi:
Ia adalah satu perbuatan derhaka. dimana lawan kepada maksiat adalah ketaatan.
ada 4 pintu kemaksiatan: i- pandangan pertama, ii- Fikiran yang terlintas dibenak, iii- Kata-kata atau ucapan, iv- Langkah nyata yang dibuat.


Penyakit Syubhat

1. Kebodohan @ al-jahlu
Iaitu tidak dapat melihat kehidupan yang lebih kekal. APa yang dia tahu hanyalah kehidupan di dunia ini sahaja. Tetapi sebenarnya dia langsung tidak tahu tentang kehidupan ini sebenarnya terdiri daripada 3 peringkat kehidupan, iaitu Alam roh, Alam dunia dan Alam akhirat.
2. Ragu-ragu: al-Hajj [22:55]

3. Penyimpangan: al-Maidah ayat 13


4. Lalai : al-a'raf [7:179]
Yang dimaksudkan dengan lalai adalah mengabaikan yang terpenting dari yang penting.
Tidak menggunakan pancaindera dengan sebaiknya 
Cth: memandang kecil terhadap dosa.
Lalai menggunakan waktu untuk buat kebaikan.


UBAT KEPADA PENYAKIT SYAHWAT DAN SYUBHAT
1. Bermujahadah (berjihad): [29:69] 9 (ubat penyakit syahwat)
2. Mencari Ilmu - dengan banyakilmu kita akan lebih bersyukur, dengan ilmu juga kita dapat berfikir dengan lebih adil (ubat kepada penyakit syubhat)


Perubahan hendaklah dilakukan sedikit demi sedikit....dan yang penting sekali istiqamah.
Kat sini saya nak share audio dari IKIM pasal istiqamah. Sangat menarik!




Syahadatul Haq

Sunday, December 2, 2012
Topik kali ini sememangnya berat...

mari kita tonton video dulu...





realiti.....




Sedarlah wahai hati...
Siapa lagi kalau bukan kita...
Kitalah agen perubah...


Sedarkan hati-hati yang lalai dan leka dengan kehidupan dunia yang sementara..
dunia islam runtuh disebabkan kita...


Kita dah diberitahu, kita tahu...
kita dah diajar dan kita belajar...
Mengapa hanya disembunyikan di dalam buku?? disimpan dalam lipatan sejarah??
Mengapa dibuat-buat lupa??

ingatlah janji Allah itu pasti



Astaqhfirullahal'azim...
Kembalilah kepada al-Quran dan as-Sunnah
rujuk kembali apa yang Allah pesan, apa yang Rasulullah ajar
Jangan sekadar diambil mana yang sesuai untuk kepentingan kita
Ambil kesemuanya...



Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. Ikutilah agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang muslim sejak dahulu, dan begitu pula dalam al-Quran ini, agar Rasul Muhammad itu menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka, laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dia-lah Pelindungmu; Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong.
[22:78]



~aku ingin berubah dan mengubah~




Program Esok 2.12.2012

Saturday, December 1, 2012
Syahadatul Haq...

Sedikit pengenalan dan pembacaan





Semoga mendapat manfaat serta dipermudahkan Allah atas segala urusan..
Insya Allah...

Bersihkan hati, 
Bersihkan jiwa,
Betulkan niat,
Lapangkan dada...