Gas oh Gas

Thursday, April 26, 2012
Semalam.....dok sibuk2 mengemas nak ke butterworth, (bas jam 9.30 malam.. dah maghrib pun tak siap2 packing lagi)..adalah sorang mamat nih ketuk grill rumah bagai nak runtuh tiang rumah. Ingatkan adik nak ambil dia punya sijil yang disuruh sahkan pagi tu, rupanya tah mamat mane datang nak cek gas. WHAT?? sorang-sorang dengan uniform ape tah datang nak cek gas petang2, with nothing in hand?? dialog kami:

saya: ye?
mamat gas:kak, saya datang nak cek tong gas
saya: apa? nak cek buat apa?
mamat gas: nak cek ciri2 keselamatan tong gas, bla..bla..bla...
(dalam hati...apa aku nak bagi alasan tak bagi nih...gila kau nak bagi masuk, aku dok sorang2 ni kang dia buat apa2 ke, nath ada niat jahat ke..mati).
saya: huh? emmm..xpela, saya bukan pakai gas pun (spontan kua dari mulut)..
mamat: emm..ok.terima kasih kak
saya: dam! tutup pintu.
(dalam hati...hihi..sebbaik ko tak banyak soal, bleh plak aku terfikir nak bagi reason macam tu)

Dah siap pack barang masuk dalam beg semua. Cek dapur pulak, nak tinggal lama kan, semua kena clean and clear. Buka peti ais..."alamak, tempe lupa nak goreng. Kalau tak goreng sekarang alamat busukla 2-3 hari lagi..".
"..emm, agak2 sempat kot goreng sekarang, pastu goreng nugget skali bawa bekal, karang atas bas mesti lapa".

Ambil minyak tuang dalam kuali, buka gas.
Teringat mamat gas tadi, kelakar pun ada, "saya tak pakai gas pun..." haha (gelak dalam hati).
...."em, tinggal jap nak cek bilik kot2 mana tau ada kain @ baju dah pakai tak masuk dalam bakul basuh lagi..."

setengah jam lepas tu....
"eh, apesal berasap je rumah ni??"
"Ya Allah.......minyak akuuuuuuu......!!!"
Nasib baik masih ada baki minyak lagi, takde kejadian buruk berlaku. Alhamdulillah...lega.
Teruskan menggoreng tempe dan nugget tadi sampai habis, walaupun dalam hati berdebar.
(ada jugak terfikir pasal mamat gas tadi, kalau dia tau mesti dia gelakkan aku pulak..kihkihkih, padan muka!)..theheheheeee.... :P




* dah banyak kali jadi, tapi nak jugak jadi multitasking women masa tengah masak.dush!
Al-kisah...daaaaaaa 


Malu-muka tebal

Thursday, April 19, 2012
Saya dah malu sangat dekat cik alis n beberapa pegawai yg berkaitan cuti belajar...haritu saya tak menyempat tanya bila cuti belajar dan biasiswa saya nak lulus..Tapi sekarang bila dah lulus, saya pulak mintak postpone..hmmmm..apa nak buat ni?

1. hubby cakap: jumpa supervisor di UPM dan bagitau perkara sebenar
-hati saya kata: nak jumpa tapi malu sebab tak sedia dengan hujah dan persediaan kalau2 kena terus masuk lab :(

2. mak cakap: sabar, tunggu je...insyaAllah nanti dapatla tu.
-hati saya kata: cuba untuk lebih berSABAR...dan tenangkan diri, pujuk hati....akan dapat jugak akhirnya nanti. Dalam masa yang sama nak kena berhadapan dengan banyak soalan2 orang (bila nak pegi?? bila? bila? dan bila??)

3. kawan-kawan cakap: xtaula~~~~~ tryla call sana
hati saya kata: ermmm :'(( nk call???

saya rasa diri saya kosong, i hove nothing! rasa sangat rendah diri yang amat mendalam..uwaaaaaaa!!!! T_T

email untuk dapatkan CAS number lagi

Tuesday, April 17, 2012
Perlu ke nak update pasal ni??
Haruslah! saya kan tengah makan gaji buta ni. ops!
Ha, dengar macam haram je kan?? tapi nak buat macamana, ini yang sepatutnya saya lalui. Saya tak tau dah  nak buat apa, nak jumpoa SV kat sini saya malu, saya nak cakap apa dengan dia? takkan nak bagitau progress yang tah pape ni? bukan kerana ego.bukan.

Berbalik pada cerita CAS number, kali ni saya emel kepada secretary di jabatan yang bakal saya daftarkan diri nanti. saya dah email kepada pihak yang sepatutnya tak berjawab. dah email kepada supervisor pun sampai sekarang ni no respons pasal CAS number, cuma dia ada bagitau akan tanya pada sec. jabatan tu apa kes, sampai sekarang pun takde kes. So, saya sendirilah yang email pada secrtary jabatan tu. Seperti biasa, tunggu dan terus menunggu.sekian.

Penantian satu penyeksaan

Saya dah penat menunggu....dan, saya penat gilerr nak menjawab soalan orang.....
Kenapa proses ni lambat sangat.......saya takut saya tak bersedia, urusan beli tanah pun macam tu, satu-satu nk settle, makan minggu nak settle satu-satu benda, walaupun hanya turunkan tandatangan. Semua yang ada pada saya dah flat....rasa depressed sangat-sangat. Saya rasa, masa semakin cepat meninggalkan saya tapi...saya bergerak terlalu perlahan, teramat perlahan. Tapi, saya sendiri tak berdaya nak mencepatkan keadaan, sebab semuanya bukan dalam kawalan saya. Saya harap pengorbanan saya berbaloi. Pengorbanan suami juga berbaloi..Kami merancang untuk tidak mendapat anak di awal pengajian saya, tidak membeli apa2 keperluan rumah selagi saya tidak kembali semula meneruskan pengajian di Malaysia, yang mana saya dah habiskan separuh pengajian saya di UK. Tapi sekarang ni, keadaan seolah2 mempermainkan saya, segala proses lambat, dan semakin hari usia saya semakin bertambah..seperti menunjukkan pada saya, give-up dengan semua perancangan saya. Ya Allah..dugaan ni memang tak tertanggung.....


sabar ani sabar......ada hikmah disebalik semua ini...

Menanti CAS number

Sunday, April 15, 2012
Bismillah...

Owh, dah lama tak update blog. Update yang sebelum ni pun kurang memberangsangkan. mungkin kali ni pun. hihi. Nak cerita pasal CAS number. Saya masih lagi tertunggu-tunggu dimana menghilangnya @ mana silap saya..kenapa sampai sekarang yang mana tarikh pendaftaran saya hanya tinggal 2 minggu lagi saya belum dapat lagi email CAS number saya. Tension dan serabut tak perlu cerita, setiap masa ada je yang bertanya bila nak bertolak ke UK? bila?? bila?? bila???...masalahnya penat nak jawab tarikh belum ada lagi. Diharapkan minggu depan atau esok ni adalah tindakan dari Sheffield uni. Sekarang ni saya memang takde dah perasaan apa2 nak sabung phD kat Sheffield.teruja ke, takut ke, gembira..sedih semua dah hilang...lenyap dibawa masa..terlalu lama saya menunggu untuk dapatkan satu2 perkara...Lepas satu..satu ujian datang, tapi syukur ujian tu tak memerlukan tindakan diluar kawalan..cuma, menanti dan terus menanti dengan sabar. Seperti mana sabarnya saya menanti pulihnya "penyakit" pada muka saya, macam tu jugalah saya sabar menanti setiap keputusan..samada dari UPM, KPT, ataupun Sheffield Uni. Apa yang saya harapkan supaya segalanya berjalan lancar. Cuti hubby dah pun lulus, dah tetap pun tarikhnya bila. Cuma saya sebagai watak utama yang masih tak pasti lagi tarikhnya bila. YA ALLAH, semoga esok akan ada pegawai yang menguruskan CAS number saya dan terus email kepada saya...janganlah kau bebankan aku dengan bebanan yang tak dapat aku tanggung.

Kalau dikira, dah lebih 25 hari bekerja semenjak saya balas email diorang untuk urusan CAS number. Kebetulan tepat 20 hari, minggu tu seluruh UK cuti easter holiday. Dah takdir menentukan proses ni berlaku lambat untuk saya..pasrah....

Lepas dapat CAS number, barulah boleh mohon visa, seterusnya menempah tiket flight. huuuuu..penantian satu penyeksaan :(

Salinan kepada:

Tuesday, April 10, 2012
Peringatan kepada diri sendiri ( dan sesiapa yang berada disituasi yang sama dengan saya)

Jangan lupa kalau ada surat, pengesahan atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan perkhidmatan kita, mesti buat salinan kepada orang atasan. As for my case salinan kepada pengarah dan ketua jabatan. Itu penting sebab kalau apa perkembangan kita diorang tau dan senang kalau kita nak minta pengesahan apa2 nanti. 

So, lepas dapat surat tawaran @ apa2 berkaitan perkhidmatan dan pengurusan terus fotokopi dan serah pada PA bos.

*pengajaran harini :)