Sungguh banyak cabaran yang menggoda kita untuk jauh dari kehidupan akhirat, contohnya seperti:
1. Hasutan syaitan: marah, nafsu syahwat, tergesa-gesa, hasad dengki, kikir, takbur, su'uzhon (bersangka buruk).
2.Bisikan dan dorongan al-hawa:
Eh, apa al-hawa tu? hawa nafsu la.
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: 'Dan Aku tidak menyatakan diriku bebas (drpd kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Yusuf:53].
Sesungguhnya al-hawa itu sememangnya akan menyuruh kepada keburukan. Jika ia tidak dikawal, ia akan meliar dan meraja dalam hati manusia. Ia akan menjadi diktator kepada semua keputusan harian. Sehinggalah akhirnya, manusia itu akan bertuhankan al-hawanya, sungguhpun dia mengerjakan solat dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan.
"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan al-hawa sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya?' [al-Jasiyah:23]
3. Serangan pemikiran:
Lambakan hiburan, lagu-lagu, filem-filem serta drama yang tidak bermesej di internet dan televisyen, etc etc ..semua adalah untuk menjauhkan Muslim daripada Allah dan al-Quran.
4. Sekularisme:
Memisahkan agama dari kehidupan seharian. Persepsi di mana agama adalah hanya di masjid dan sewaktu solat dan tidak lebih dari itu. Luar daripadanya hidup adalah seperti manusia biasa. Kerja untuk mengejar pangkat dan gaji besar, belajar tinggi-tinggi untuk mendapatkan kerja yang lebih baik dan sebagainya. Tidak terlintas sedikit pun bahawa setiap masa itu adalah sepatutnya digunakan untuk menjadi 'abid dan khalifah Allah.
5. Cabaran dunia sekeliling:
Orang sekeliling yang lebih menggalakkan kita unruk berbuat kemungkaran daripada kebaikan.
Maka,
Kita harus mencari penyelesaian dengan:
1) Sentiasa berwaspada
2) Meminta perlindungan daripada Allah swt
3) Sabar
4) Sentiasa hidupkan hati agar ia sensitif dengan dosa, Lakukanlah:
- Muraqabatullah (merasakan Allah sentiasa memerhatikan kita)
- Mujahadah an-Nafs: Yahya bin Mu'az berpesan: "Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani). Latihan riadah ini ada empat jenis: sedikit makan; sedikit tidur; bercakap sekadar perlu; sabar menanggung gangguan orang lain. Dengan kurang makan, matilah keserakahan syahwat, dengan kurang tidur, kemahuan menjadi bersih jernih, apabila kurang bercakap, badan selamat, dan dengan bersabar menghadapi gangguan, memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju"
5) Segera bertaubat apabila telah tersalah.
Sentiasa beristighfar. [Nuh, 71:10-12]. Banyak meminta ampun pada Allah, Allah akan buka jalan dan mengurniakan rezeki kepada kita. Dalam apa jua masalah, penyelesaiannya adalah istighfar @ bertaubat. Kisah Hassan al-Basri dan Istighfar.
6) Memenuhkan masa lapang dengan melakukan benda bermanfaat.
7) Bersahabat dengan orang yang baik.
8) Sentiasa membentengkan diri dengan benteng aqidah Rabbaniyyah dan benteng ilmu pengetahuan.
Untuk mendapatkan syurga Allah, kita harus menjadi mukmin luar biasa. Jadi seharusnya kita lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dalam menghadapi kehidupan seharian kita.
Di ambil dari majalah Jom! keluaran 12/2012.



0 comments:
Post a Comment