Penat betul harini...lepas sekian lama (taklah lama sangat cuti) tak masuk lab. Kena pulak waktu semua nak cepat. Terasa sangat keletihan, mata pun jadi payah nk buka.
Teringat kata kata yang kawan saya share di fb : penatnya....tanya dalam hati, sanggupkah kita berpenat lelah bersusah payah utk kehidupan akhirat nanti??
Allahuakbar! Mula mula baca sedikit sahaja terkesan, tapi bila diri sendiri yang alami...rasa sendiri betapa bersusah payah nak siapkan keje nak capai sesuatu untuk dunia, terfikirlah sendiri.... sanggupkah aku bersusah payah berpenat lelah untuk kehidupan di akhirat sana??... Atau asyik bagi macam2 alasan? Ikutkan hati asyik bertangguh, nantilah, nantilah, nantilah....
Datang lagi satu memori :
Topik tauhid usrah minggu lepas, tentang kematian. Sudah pastikah yang esok kita masih ada?
Apa yang kita dah korbankan dan apakah persediaan yang kita dah buat utk kehidupan akhirat? Dah bersedia ke?
Muhasabah, muhasabah, muhasabah...



0 comments:
Post a Comment