Perubahan jam

Monday, October 29, 2012
Hari ahad (28 Okt 2012) secara rasmi jam benua di sini bertambah satu jam di mana 0100 ke 0200 dipanjangkan kepada tempoh 2jam..iaitu kalau sepatutnya zohor pukul 1200 waktu sebelum ni..bila 1jam ditambah...maka waktu zuhur ikut jam yang baru adalah pukul 1100.

Dalam jadual MWHS waktu solat dalam bulan oktober hingga hujun gmasih mengikuti jam sebelum ni, Waktu solat yang mengikut jam yang sudah dianjak lewat berkuatkuasa November. 

Waktu ni...senja (matahari hilang dan keadaan jadi gelap) bermula seawal pukul 5. Apa yang saya rasakan waktu siang semakin pendek dan kesannya...waktu solat subuh, zuhur, asar dan maghrib juga rapat2. Inilah dugaan bila waktu siang dan malam yang tidak sama panjang, terkejar2 nak solat..lagi2 kami yang terlibat dengan kerja lab. Kadang tu nak menangis rasa. Tapi rasanya boleh dijamakkan, sebagaimana musim Summer lepas, maghrib dan isya' boleh dijamakkan tanpa qasar. (akan dicari sumber yang sahih)

Mula2 memang susah nak adapt perubahan jam ni, pagi2 bangun tidur confuse2 lagi...dah masuk waktu ke belum, jangan terlepas sudahla..hihi


0 comments: