Mengamati lalat yang terbang di dalam kereta di sekitar dashboard, lalat itu terbang berputar2 di dashboard kereta, dari atas ke bawah, ke kiri ke kanan. Saya berusaha mengusir lalat tersebut ternyata lalt itu cukup tangkas untuk mengelak, saya buka cermin tingkapuntuk menghilangkan hawa panas dan membiarkan lalat itu pergi, kemudian saya masuk ke rumah untuk memasukkan barang2 yg baru di beli tadi.
Sekembali saya ke kereta, lalat itu belum pergi, tetapi di salah satu sudut dashboard kereta, saya melihat lalat itu telah terbaring mati, mungkin kerana kepanasan terkena matahari. Padahal tingkap telah saya buka seluas-luasnya. jika lalat tersebut hendak berusaha terbang menuju ke tingkap itu, mungkin dia telah menikmati kebebasannya, padahal jarak dashboard ke tingkap taklah jauh.....
Dia berusaha keras untuk menembusi kaca tersebut. Namun sekeras apapun dia bekerja, dia tidak mampu untuk menembusi kaca tersebut. Akhirnya lalt tersebut mati kerana kehabisan tenaga, mungkin mati kerana keletihan, takpun kepanasan. Mengapa cahaya kebebasan yang seolah-olah hanya tinggal sejengkal lagi tidak dapat diraihnya.
Cuba berfikir dan belajar dari apa yg saya lihat dari lalat tersebut sambil membuang mayat lalt tersebut. Banyak di antara kita yg terjebak dalam kehidupan seperti lalat itu. Kita berusaha bekerja keras dengan harapan dpt mengangkat kehidupan kita ke taraf yg lebih baik, Tapi semakin kita bekerja keras, semakin kita tidak mempunyai waktu untuk diri kita sendiri mahupun keluarga. Dan pada satu titik tertentu, mungkin kita akan merasa tertekan, kerana semua kerja keras yg kita lakukan tidak mampu memberikan harapan seperti yang kita idamkan.
Terkadang, di dalam kehidupan, bekerja keras saja tidak cukup....
Kita harus BERUBAH ARAH..Banyak org berpendapat, bahawa berubah arah bererti berganti pekerjaan atau menukar perusahaan.
Mereka yg termasuk dalam kategori ini, boleh diibaratkan lalat yg berusaha terbang ke kiri, ke kanan, atas dan bawah...tetapi slelau menghadapi "kaca" yg selalu menghalang langkah mereka..
Jika anda berada dalam situasi tersebut, mungkin berubah arah disini bererti PERUBAHAN YANG TERJADI DI DALAM DIRI ANDA, bukan di luar.
Bagaimana dengan cara kerja anda, sudahkah anda bekerja secara efektif dan efisien?
Bagaimana dengan pengurusan masa anda?
bagaimana dengan pandangan/tanggapan anda terhadap pekerjaan yg anda sedang usahakan...
Apakah anda sudah memndangnya dengan pandangan yg betul?
Apakah anda berfikir bahawa gaji yg anda terima lebih kecil berbanding kerja anda yg berat?
Apakah anda berfikir bahawa pekerjaan yg anda lakukan sekarang adalah satu beban atau kepuasan?
Apakah anda merasa bangga bekerja di tempat anda sekarang.....atau anda lebih suka membicarakan keburukan tempat kerja anda dengan rakan anda yg lain?
Apakah anda sudah pasrah...kerana sudah tidak ada kesenpatan yg diberikan untuk anda naik pangkat?
Ataukah anda sedang berusaha mencipta kesempatan itu...dengan mencipta sesuatu prestasi tertentu misalnya?
Rakan-rakan sekelian, hanya anda sendiri yg boleh menjawab pertanyaan2 tersebut. Namun, saya ingatkan kembali, bila jalan yg akan anda lalui tertutup oleh "kaca", cubalah untuk melihat ke sudut lain, untuk mencari 'pintu' yg akan membawa anda ke kehidupan yg lebih baik...
Terus berusaha dan cuba merubah pandangan, dan jgn berhenti untuk belajar untuk sebuah kejayaan....
Salam Ukhuwah,
Semoga tabah menempuhi setiap cabaran dan dugaan,
dunia hari ini...
see u...