Rasa nak viva

Monday, January 10, 2011
Bismillahirrahmanirrahim......


Rasanya banyak dah perkara yang dilalui selama blog ni sunyi sepi, bukan taknak tulis tapi malas.ye, MALAS,itulah punca semua perkara tak menjadi. Dan harini kembali menulis semula setelah saya dah kekurangan tempat membebel. haha.

Sekarang ni nak tulis blog rasa janggal pulak, kenapa ye??
Setelah sekian lama menanti panggilan viva (bukan panggilan haji ye..hikhik), akhirnya terpanggil jugak. pada hari rabu ke khamis 2minggu lepas, dapat panggilan dari GSO suruh prepare, beritahu bilik viva, pukul n tarikh..bla..bla... so excited!.

Petang tu jugak email ke supervisor segala slide yang dah prepare. Dan terus hantar hardcopy ke setiap seorang dengan harapan dapat feedback (tp, hampeh sampai sekarang takde). Dan seminggu lepas, dengan tekun dan istiqomahlah saya menelaah thesis saya. Thesis je, journal2 tak pun.heheh. Perasaan untuk buat presentation kali ni berlainan sedikit dengan perasaan bercampur baur masa nak kena present proposal dulu.

Dulu.......
Rasa nak menangis je masa tengah buat slide powerpoint. Takut! takut takut! tu je yang ada dalam kepala. Masa tu ntah pape la........ objective kemana, method tah kemana, tajuk projek apetah lagi. mata merah je....orang tengok pun macam gerun je nak tegur. Nak ajak makan pun takot. hahah (ku dapat rasakan kembali aura itu..kikiki) kelakar je

Sekarang......
Alhamdulillah..takla takut sangat. tapi masih sangsi ...kenapa tak takut sangat ni?? jangan main2 karang menyesal tak sudah. Memang totally different orang puteh kate.

Pernah pergi workshop viva satu masa dulu.. cheh! macam lama sangat...refer kat sini. Memang dari explaination penceramah macam gerun sangat.Horror gile la budak2 kata..Tu yang rasa serba salah tu tak tau nak rasa apa masa ni. Taknakla overconfident, nanti oversadis pulak. Saya perlu kata2 semangat dari seseorang...saya nak ceritakan apa yang saya rasa sekarang ni kat dia, tapi sape saya nak jadikan mangsa?? jangan ditanya pasal org dalam kem tu. I hate!..bila sms suruh saya tunggu sekejap, tapi saya tunggu sampai tertidur. benci! benci! benci!, ingat dia sorang je yang busy, yang banyak hal.

dahlah, berbalik pada cerita persiapan viva saya. Nanti saya bagi tips sikit2, lepas viva nanti baru boleh reveal semua sebab dah lapang sikit. Pagi ni dah practice cakap sorang2, masa yang saya ambil untuk habiskan slide 22 minit. oklah tu kan??

Rasa nak practice depan orang lain...tapi nak suruh siapa dengar ye???? emm..jap nak fikir...
ok, to be continued.........

is headache

Monday, December 13, 2010
really2 headache

Esok ada presentation...nak fikir apa pun tak boleh. Alih2 tulis blog sebagai salah satu solution untuk control...daripada baring, confirm terus tertidur sampai pagi. Harap2 bila tiba nak viva nanti takla jadi macam ni, kalau tak lagi tension...nilah akibat tak makan tengahhari..drag sampai ke petang. Kat tempat baru, lagi susah mau makan!!!! masih belum ketemu geng yang boleh luch same. Semua orang balikkkkk rumah T_T.... kalaula rumah saya belakang opis tu je

aishh..semakin berdenyut.
saya mau cari ini : periplasmic, microbial metabolomic, whatoever yang berkaitan dengannya,
adasapemautolong??

Dah dapat pengesahan prof!

Wednesday, December 8, 2010
.......a new life begin....


Alhamdulillah.....

Perletakan jawatan lama dan permulaan jawatan baru telah disahkan dan diterima baik oleh prof.. Yeay! lega sudah~~~. Bulan disember bulan sejuk-musim tengkujuh, bulan orang berlumba2 menghabiskan cuti, bulan bershopping (ehehe..tak lupe!), bulan menghabiskan azam lama dan plan azam baru... adalah bulan di mana saya mendapat banyak kejutan. Tapi...kejutan yang dah lama tunggu....ape lagi?? kalau tak my great2 day mr Viva. tapi malangnya...tiada berita lagi T_T, maknanya itu bukan kejutan, itu penantian. kann??

Tadi call GSO, sembahyangla pulak kakak yang incharge viva student tu. Nak call balik, tak sempat sebab masa tu kena kejar prof (tang ni pasal urusan kerja pulak), masa datang mula2 prof keluar, tak dapat signature dia. So bila dia dah balik tu, pergi jumpa dulu, ambil semula surat letak jawatan yang dah hantar sebelum tu..... Lupa nak call GSO semula tanya perkembangan report examiner + viva date.

Untuk urusan kerja, semua dah selesai, tinggal bagi pada bendahari to terminate my salary for this month to get new salary from new job.ehemmm.. ^_^

p/s: tadi berborak dengan kawan, student phd. Info : phD is not just a certificate, but, a whole life of thinking, planning, managing and developing yourself that reflect your future. Think about that =)
What ever we plan for the good reason Allah will help, InsyaAllah.

Salam maal hijrah

Tuesday, December 7, 2010
Assalamualaikum wbt

Selamat menyambut tahun baru 1432h buat pembaca blog ni
Semoga hari ini lebih baik dari semalam, insyaAllah...


entry2 lain masih dlm keadaan 'beku'
maaf...

terima kasih atas kunjungan anda ^_^

Happy ending......

Monday, December 6, 2010
Alhamdulillah, syukur sangat2

Satu lagi kejutan hujung tahun dimana, paper yang sudah sekian lama di tunggu SUDAH PUBLISHHH!!!!! yeahhhhh!! rasa nk menjerit je..haha.

Hujung tahun ni banyak pulak kejutan2 @ kegembiraan2 yang ani dapat. Alhamdulillah.... Tapi, disebabkan ani agak berfikir panjang, tak pula ani terus beritahu orang lain kecuali famili ani. Ani akan tunggu sampai masa yang sesuai untuk diberitahu pada orang lain.

Entah kenapa hati ni tergerak nak buka scopus, saje2 buang masa nak taip  mana2 nama lecturer yang terkenal @ nama sendiri ni kes perasan,  nak tengok ranking samada naik ke turun impact factor dia. Jangan ingat journal je ada impact factor, orang pun ada impact factor. Mula2 mestila taip nama sendiri --->>> Azaman..heheheh, tak sangka result dia 13, dan lagi tak sangka nama sendiri ada 3. Sebelum ni cuma 2. Bila di amati....rupa2nya paper yag selama ni berkurun ditunggu supaya terlepaslah ia ke golongan published paper, akhirnya terlepas jua.. Alhamdulillah, syukur...

Mood yang mula2 rasa bosan, jadi excited dan terlupa pulak nak balik. Tapi dah lambat ni, Kat sini pun takde orang. Nak balik lah!

daaaaa~~~~~~

Assalamualaikum....

2nd day

Saturday, December 4, 2010
Alhamdulillah.........

Sampai je kat ofis terus tanya kat kamariah nak mintak tempat duduk lain..hehe..seperti yang dirancang hari sebelum tu. Yela.....kat tempat "orang tu" dah siap ada notis 'keras'...kepada penumpang2 meja dia. Takmau la dicop tak reti baca pulak....tgk pada notis tu pun dah agak orangnya macam mana, tak pasal2 baru masuk kerja dah kena tengking @ dah ada orang tak suka. takmo..takmo...i rela mengundur diri...rela duduk kat sofa luar @ mana tempat yg boleh landing daripada "cari nahas".

Kebetulan ada tutor lama kat ofis tu, kak kamariah pun tanya kalau2 ada ruang lagi untuk sumbat budak baru ni...dan ani dah tak kisah kalau ditempatkan kat mana2 sekalipun bilik komputer, yang penting tak nak kacau tempat orang. Tapi tempat yg ada dalam bilik tutor sementara tu pun dah penuh, yang belum di duduki pun sudah dicop. Tapi memandangkan orang yg cop tu belum berpindah kesitu, diorang bagi ani duduk, sementara. Tempat yang ani duduk sekarang tu pemiliknya perempuan, ok sikit kot.

Ok, sambung perihal lapor diri dan pendaftaran ID. Macam hari pertama (semalam), masih turun naik admin & pusing2 UPM. Lepas letak beg dalam bilik sementara tu, terus ani ke admin, lapor diri dan serah semua dokumen berkaitan. Pergi buat kad staf......(Yeay!!!! dapat title staf! haha..excited sikit, boleh mintak sticker staf dan parking di kawasan PEGAWAI), buat kad perubatan etc...alhamdulillah, setakat ni semua berjalan lancar.......

Sampaila saat nk tanya pasal punch card....
Ni buat kepala lutut lemah sikit. Terpaksa ke admin semula, minta salinan borang2 yang dah diserahkan untuk diberi pada jabatan dan pusat. Dahla sekarang ni banyak jalan UPM ditutup,bila tersilap buat keputusan (teragak-agak nak masuk ke jalan yang ada palang), terpaksa pusing satu UPM, yela...semua jalan sehala. Nasib baik tak berapa jem waktu2 kerja macam ni. Lepas ke admin, terus ke pejabat dekan fakulti. Barulah terasa.........besarnya UPM, besarnya fakulti sains ni...banyak sangat bangunan. Signboard pejabat dekan tak nampak sehabuk pun. Kebetulan ada orang nak ke sana, dibawa ani sekali, Tapi malangnya, kena lapor diri di jabatan biologi. Lebih malang lagi bila jabatan tu tutup sementara sebab Ketua jabatan ada inaugural lecture pagi tu...huuuuuuuu T_T.......balik ke pusat, serah satu salinan kepada officer. 

Tengah hari jumpa junior yang tanya pasal RSM. Turunkan segala ilmu yang ada, bla..bla...bla....habis dekat 2 jam. Lepas solat makan dengan junior tu. Lepas makan terus ke jabatan biologi (scary je tempat dia), Alhamdulillah ada orang. Jumpa dengan PA ketua jabatan, kak aida shakilla..sedap sangat nama dia. Terus dia suruh isi borang, dia buatkan emel putra..bla...bla..bla...balik ke pusat.

Lega, semua dah setle. Try test emel putra, punch in pukul 4.45pm..haha! gatai2 tgn, harusla keluar kaler merah, punch masuk kannn. Nak terus punch out tiba2 emel putra jem. Kak aida pesan takyah buat hari isnin je, tapi kak hasniah cakap boleh je nk try2 emel putra tu, sebab jakun  excited ani pun tryla..tak pe kottt...baru masuk kannn...hehe

Balik, jalan jemmmmmm!  terukla kalau hari2 camni, dulu duduk kat LIVES memang tak terasa, balik bila2 datang bila2...masalah jem langsung takde, sebelah gate keluar je, memang tak jem.

p/s: i miss LIVES.... (macam jauh sangat je lives tu, haha..mengade kan?) belum bersedia untuk bagitau warga lives yg ani dah pindah @ dapat kerja di upm jugakkkk!!

First day

Thursday, December 2, 2010
hari pertama lapor diri kerja.......

alhamdulillah, suatu yang ditunggu telah tiba. syukur sangat2 ia datang tepat pada waktunya.
tapi tak berapa gembira sebab keadaan kesihatan yg takmengizinkan. kesana kesini dengan keadaan hidung berlari ..hehe "running nose" baru nak start pula tu. kebetulan jalan kat upm banyak tutup. hah! pusing satu upm la gamaknye satu hari ni. ditambah pula MAHA yg masih berlangsung...terperangkap dalam jem pulak. banyak betul rintagannya.

sebab tak jumpa klinik yg buat medical checkup (include Xray) terpaksa pergi ke bangi jugak. tak sempat nak lapor diri ke pendaftar harini jugak. takpelah, pasrah je la. sok pagi2 mesti sampai ke pendaftar cepat. moga2 borang gaji sempat di proses

di pusat asasi:
staf perempuan ok je semua, i semyum dia senyum
staf lelaki sume pandang cam pelik je....ntah! lantakla diorang nk fikir apa. ke sebab duduk meja pegawai yg dah ada "amaran" kat pc dia. buat dunno je. Sok baru fikir nk mintak duduk tempat lainla. gerun je.

Soalan feveret pengarah:
"dah ada plan nak kahwin ke??
kalau belajar oversea, bakal suami bagi ke?
memandagkan dia mungkin tak dapat ikut sambung belajar, boleh ke berpisah???
------>>>> aiyokkkk~~~ soalan cepumas betulla
hurm....taknak fikir lebih2, sangat merisaukan =(

malam: demam semakin terukkkk, sangat tak selesa. dapat sms2 yg sgt meruntun jiwa & perasaan =D, tiba2 demam kurang...hehe