Terlalu banyak cabaran dan liku2 untuk menghadapi IELTS, sampaikan rasa sanggup ambil SPM kali kedua dari amik IELTS.Macam2 perasan dan macam2 penyakit datang..semua kerana dia..oh! IELTS, mimpi ngeriku...
Tak sangka, cempedak jadi nangka
akhirnya saya dapat juga merasa band itu milikku....
Alhamdulillah syukur padaNya yang telah memberi peluang yang amat berharga ini.
Kalau nak sambung dalam negara, IELTS diperlukan adalah band 5.5-6.0
Manakala, kalau nak keluar negara walau separuh pengajian, mesti melepasi band 6.5..
Sekarang ni, yang sesekali menerjah ruang fikiran, bila agaknya saya akan berangkat ke sana?? mampukah diri ini seorang diri berada nun jauh ditempat orang yang sangat2 asing bagiku, tanpa suami disisi..sob sob sob... T_T