Friday, December 9, 2011
Networking itu penting. So, pandai2 la ko perform sebagai seorang yg professional ani!
gambatte! ^_^v

Nak rasa apa eh?

Tuesday, November 22, 2011
Masih lagi berchatting dengan een (Noreen Suliani) bagi nama sebenar lagi tu. Dia sekarang kat Jepun, belum official Phd student lagi tapi dah kena arah pegi sane. Dia yang menurut arahan. hehe.

Banyak topik yang dibincangkan dari A sampai Y ( belum habis chat sampai Z lagi)..dari kosmetik @ health and beauty conscious sampaila ke arah jalan yang benar (een yang kata, saya tak kata :P) its all about study. Apa lagi kalau bukan tentang proposal.. (sile klik butang ''X'' kepada sesape yang dah nak muntah hijau dengar saya sebut -P.R.O.P.O.S.A.L-..HAHA). Al-kisah, semua kawan2 termasuklah kawan2 en hubby tau yg saya ni dah lama dok busy dengan proposal saya, tapi tak siap-siap jugak, malu den. Tension la setiap kali emel ade je kena buat balik. SV kat sana sangat particular dan sangat rajin meng update perkembangan saya di sini, tapi bakal student dia ni selalu ngelat, heheh....jangan tiru perangai saya.korang nak jadi student jadi student dengar kata ye, insyaAllah..selamat dunia akhirat. cewahh, ingatkan orang pandaila, diri sendiri hampeh.

Ok, berbalik pada topik sebenar. Een pesan...."xpe ani.. smntara ni ani study2 dlu basic psl cloning, pcr, digestion n other molecular techniques at least bila kat sana, ani dah ada idea ckit2 psl mnde2 tu".. Emm..macam tu la pesan dia. Ani malas nak rephrase, kite copy paste je.

Bila baca pesanan tu, rasa berdebar takut tak bersedia emm macam2 lagila. Tapi..hati saya kata..relax...u enjoy cuti seminggu ni dulu, kumpul segala semangat dan kekuatan yang ada, cari balik power2 yang hilang yang dah lama tinggal sebab keje tu, masuk kerja minggu depan..you are the new brand ANI..hehe.

Tapi..memang betulla, ani rasa ( eh, dah guna kata nama ani pulak) elok jugak ambil cuti panjang ni..sejak masuk kerja dah lama sangat tak cuti panjang. Otak ni dah sebati, congested, overloaded, concentrated (hah apa lagi yang sinonim??) dengan perkara yang sama setiap hari. So, lepas ni bolehla start masukkan unsur2 journal, unsur2 protocol, procedure experiment, critical thinking dan bersedia untuk jadi permanent head damage member..

Rasa yang tak ingin difikirkan adalah rasa semakiin jauh jarak di antara ani & en. hubby. Setiap hari pun long distance, kalau study leave ani lulus...semakin very long distance lah relationship kitorang. Sob sob sob... T_T
Luckily, i have husband like Him...yang amat memahami dan merestui perjalanan kerjaya isterinya. Kata-katanya sentiasa membakar semangat diri, semakin membuak2 cinta ini terhadapnya. Thanks a lot darling, anje ucuk... I LOVE U so much.mmmuah!

Walaupun kadang2 terasa betul ke jalan yang aku pilih ni. Syariat kah jalan yang aku pilih ni?? emm...taknak fikir lebih2 lagi..biarkan dia berlalu....i just follow the flow of my life~~~ Ya Allah, restuilah hambamu ini. Lorongkan aku ke jalan redhaMu Ya Allah....Bukakanlah pintu rezekimu kepada hambamu ini ...sesungguhnya Engkau maha mengetahui atas segala sesuatu yag terjadi kepada diriku,  jika sekiranya apa yang aku lakukan ini adalah yang terbaik bagiku, agamaku, keluargaku dan keseluruhan kehidupanku, Engkau permudahkanlah ia bagiku. Tetapi, jika sekiranya apa yang aku lakukan ini tidak baik bagiku, agamaku, keluargaku dan keseluruhan kehidupanku dunia dan akhirat, Engkau gantikanlah ia dengan yang lain yang lebih baik daripadanya. Dan redhailah aku dengan hal itu...

Aminn....

Hari keDua cuti!!!

Hubby duty harini..... -__-"

tapi TAKPE! weekend dia free....!!!! hoyeahhh~~~~
Boleh jalan2 + baru lepas gaji. Best ^_^

So, aktiviti harini adalah chatting and facebooking + blogging. heheee
Semalam ada jugak buka ext hard disk tengok apa isi dalam, sambil menanti kepulangan husband tercinta balik keje. Harini, tidak menanti..sebab dia duty. Bila nak balik baru dia bagitau. Lunch pun awal harini.

Tengah chatting dengan noreen pasal proposal, nanti kita sambung tulis nota balik ye..hihi

Hari pertama cuti di tempat hubby

Monday, November 21, 2011
Housekeepingggg!!!...

Oh, rajinnye saye. Hehe..terkejut dengan kerajinan sendiri..sebab kalau kat rumah kt Putrajaya tu selalunya malas nak mengemas :P

Kesimpulan...suami saya suka kumpul stokin. HAHA.Tapi yang pelik nya stokin yang dia pakai takdelah variety sangat. Agaknya dia cuma nampak apa yang di depan mata je kot. Lepas pakai, basuh.. pakai balik stokin yang sama. Padahal melambak stokin dia dalam laci, dalam beg hiking dia, dalam beg ape tah..kat mana2 mesti jumpa stokin.

Hujung minggu (2hari lepas) seronok melukis poster, tolong dia siapkan poster keselamatan sampai terlupa nak kemas baju- akan ikut en. hubby ke butterworth!. Lepas ke kenduri course mate (Nana) terus balik siap2 sambil layan kak long datang singgah rumah. Pukul 6 baru siap semua. Kami bertolak betul2 waktu maghrib. Alhamdulillah sampai ke Kem Butterworth pukul 12.15pm. Siap2 terus tido. Sepanjang perjalanan, terdetik dalam hati "kesian en. hubby travel sorang2 setiap minggu butterworth-putrajaya, putrajaya-butterworth"..penat. Tapi, nak buat macam mana kan, itulah namanya pengorbanan, semoga semuanya berbalas dengan perkara2 yang indah2 sahaja. InsyaAllah...


tadaaa!! inila poster nye..
my hubby yg comel ^_^

ditulis oleh: wife nya yg comel juge!



sile klik X kalau rasa menyampah.. :) haha
daaaa~~~~

Oh Design!

Saturday, November 19, 2011
Dah banyak kali tuka design blog, tapi still rasa tak best..
Masih belum jumpa yang betul2 melekat dihati >_<

Borang dah siap isi...

Thursday, November 17, 2011
Alhamdulillah..... borang untuk apply Twinning-Program dah siap isi......


masih menanti keputusan dari supervisor nak letak nama sape ~~~~~~


Problem nomination supervisor

Wednesday, November 16, 2011
Tentang masalah sendiri dah settle, sekarang ni tentang supervisor la pulak. My potential supervisor in TUOS is RA, eventhough he already ask from head of department on the possibility of him to be my supervisor, but.... i still confused to nominate him for the formal application, nak letak nama dia atau nama hod (joint supervisor)???

Kena la tanya pendapat coordinator Twinning programme, Prof Thomlinson...
As expected before, its complicated.






p/s: kenapala i pg amik RA sebagai supervisor....kan dah susah jadinya~~~~~ (-_-)