Menanti CAS number

Sunday, April 15, 2012
Bismillah...

Owh, dah lama tak update blog. Update yang sebelum ni pun kurang memberangsangkan. mungkin kali ni pun. hihi. Nak cerita pasal CAS number. Saya masih lagi tertunggu-tunggu dimana menghilangnya @ mana silap saya..kenapa sampai sekarang yang mana tarikh pendaftaran saya hanya tinggal 2 minggu lagi saya belum dapat lagi email CAS number saya. Tension dan serabut tak perlu cerita, setiap masa ada je yang bertanya bila nak bertolak ke UK? bila?? bila?? bila???...masalahnya penat nak jawab tarikh belum ada lagi. Diharapkan minggu depan atau esok ni adalah tindakan dari Sheffield uni. Sekarang ni saya memang takde dah perasaan apa2 nak sabung phD kat Sheffield.teruja ke, takut ke, gembira..sedih semua dah hilang...lenyap dibawa masa..terlalu lama saya menunggu untuk dapatkan satu2 perkara...Lepas satu..satu ujian datang, tapi syukur ujian tu tak memerlukan tindakan diluar kawalan..cuma, menanti dan terus menanti dengan sabar. Seperti mana sabarnya saya menanti pulihnya "penyakit" pada muka saya, macam tu jugalah saya sabar menanti setiap keputusan..samada dari UPM, KPT, ataupun Sheffield Uni. Apa yang saya harapkan supaya segalanya berjalan lancar. Cuti hubby dah pun lulus, dah tetap pun tarikhnya bila. Cuma saya sebagai watak utama yang masih tak pasti lagi tarikhnya bila. YA ALLAH, semoga esok akan ada pegawai yang menguruskan CAS number saya dan terus email kepada saya...janganlah kau bebankan aku dengan bebanan yang tak dapat aku tanggung.

Kalau dikira, dah lebih 25 hari bekerja semenjak saya balas email diorang untuk urusan CAS number. Kebetulan tepat 20 hari, minggu tu seluruh UK cuti easter holiday. Dah takdir menentukan proses ni berlaku lambat untuk saya..pasrah....

Lepas dapat CAS number, barulah boleh mohon visa, seterusnya menempah tiket flight. huuuuu..penantian satu penyeksaan :(

Salinan kepada:

Tuesday, April 10, 2012
Peringatan kepada diri sendiri ( dan sesiapa yang berada disituasi yang sama dengan saya)

Jangan lupa kalau ada surat, pengesahan atau apa2 sahaja yang berkaitan dengan perkhidmatan kita, mesti buat salinan kepada orang atasan. As for my case salinan kepada pengarah dan ketua jabatan. Itu penting sebab kalau apa perkembangan kita diorang tau dan senang kalau kita nak minta pengesahan apa2 nanti. 

So, lepas dapat surat tawaran @ apa2 berkaitan perkhidmatan dan pengurusan terus fotokopi dan serah pada PA bos.

*pengajaran harini :)

Dunia ini medan ujian..

Friday, March 2, 2012
Bersabarlah wahai hati...

Semalam dah serabut, harini kurang sikit ketegangan tu lepas jumpa En. Suhaifi. Dia kata "ok, no problem, saya akan contact team kat sana.." Minggu depan saya akan bagitau feedback dia.

fuhh Alhamdulillah...

its complicated

Thursday, March 1, 2012
keadaan semakin complicated!!!

Pagi ni haizum call pasal kesalahan kitorang pergi dapatkan offer letter dari 2-2 universiti upm-sheff. semua ni bangkit selepas Prof twyman hantar email pada haizum mengatakan untuk twin program, tak perlu pun nak apply pada admission office kat sane. arrrgggggghhhh!!!! saya dah pening kepala

ujian sebelum pengajian

Wednesday, February 29, 2012
Malam tadi sebelum tidur sempat lagi nak buka email. Nak cek mana tau ada update apa2 dari Sheffield. Sekali, dapat email yang melemahkan semangat.Aduiiiii...mood nak tidur pun hilang terus. Tak habis2 pasal english requirement. Terus call husband ngadu2, pastu dia suruh tidur. Mula la fikir macam2....

Pagi ni datang kerja terus scan result IELTS yang lepas, Alhamdulillah ielts yg itu maintain tak fluctuate macam result terbaru. Lepas tu terus emel admission office sheffield hantar prove minimum requirement untuk english. harap2lah diterima....

Ada hikamh disebalik apa yang terjadi, bayangkan kalau saya tak minta extend. Mesti saya tak sedar yang offer tu adalah conditional. Lepas tu, meleret effect pada visa application yg menyebabkan CAS number lambat diterima....arghhh..malas nk fikir akibat2 seterusnya.

Saya cuma berharap offer saya akan di tukar daripada conditional kepada unconditional.
Bantulah hambamu yg lemah ni Ya Allah..
Ampunilah dosa2 ku dan berilah aku petunjuk dan hidayah menuju redhamu Ya Allah...
Amin ya rabbal'alaminnn....

Tarikh2 penting

Tuesday, February 21, 2012
13-01-2012 : Permohonan cuti belajar online
20-01-2012 : Submit permohonan cuti belajar pada Cik Alis Suhaili
13-02-2012 : Dapat email conditional offer of study place dari University of Sheffield
18-02-2012 : Dapat offer letter online
20-02-2012 : Scan dan reply kepada shefapply@sheffield.ac.uk
                      : register ATAS dan isi borang online
21-02-2012 : Website ATAS under maintenance, so takleh nak submit.
                       Pergi imigresen Putrajaya renew passport
22-02-2012 : "Submit & End" ATAS certificate, online. wait for 20 days
                         (at 2329)
09-03-2012 : Dapat unconditional offer and accept
13-03-2012 : ATAS approved and cleared
03-04-2012 : Dapat keputusan KPT  >>> BIASISWA LULUSSS!!!! alhamdulillah...
09-04-2012 : Medical check up @ Klinik Az-Zahrah
02-05-2012 : CAS number assigned.

ditimpa penyakit........

Thursday, February 2, 2012
MALAS..
satu penyakit yang tak dapat nak elak...tapi ada ubatnya, iaitu kekuatan untuk melawan.
Masalahnya saya takde kekuatan sekarang...-_-" atas kepala ada simbol2 ini   @#~~&*^%**~~"
Semua kawan2 yg nak sambung belajar dah rajin2..saya je yang tak rajin2 lagi..macamana ni...huuuuuuuu T_T
Konon2nya satu hari satu journal, tapi hampeh satu minggu satu journal...yang lain banyak main je.

Wonder, kemana hilangnya segala semangat2 dulu kala...terus lenyapkah atau kena diseru supaya datang pada tuannya semula...
Bukan setakat malas nak study, segala benda malas..malas nak kemas rumah..malas nak masak..malas nak buat itu ini..

Satu problem yang masih belum ada jalan penyelesaian sekarang ni adalah susah nak tidur lepastu susah nak bangun. Satu lagi..berat badan makin brtambah..setiap kali timbang mesti naik...tak pernah pun nombor timbang tu tunjuk nombor yg sama setiap kali timbang. Orang kata jangan kerap timbang. Awal2 dulu memang kerap jugak, tapi sekarang bila dah tak kerap timbang pun sama jugak..berat semakin bertambah. Aduh, stress betul. Nak kata banyak makan tak jugak, makan nasi tengah hari je, malam jarang sekali mulut ni dimasukkan makanan, paling2 kurang pun buah..kalau takde buah dalam peti ais tu air kosong je la habuannya. Duduk sendiri memang bosan, dengan takde hiburan (tv radio semua takde)..hanya handset peneman setia..mandi makan dan tidur (sebab suami duduk dalam handset je, hujung minggu baru muncul...)