Bismillah..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, akhirnya saya berpeluang mengikuti Daurah setelah beberapa kali ter"missed" disebabkan kalah dalam peperangan hati. uhhh~~
Penghalang Mengenal Allah.
Bila kita bertekad untuk mengenal Allah, banyak halangan akan datang. Itu adalah sunnatullah di mana, di awal perjalanan seorang hamba adalah sukar, banyak cabaran (cth: kedudukan, pasangan etc).
2 halangan utama :
a) Syahwat (masalah hati)
b) Syubhat (masalah akal)
Penyakit Syahwat
1. Kefasikan @ al-fisk: [2:26]
Diantara ciri-ciri orang yang fasik adalah i- melanggar perjanjian dengan Allah. Sebelum kita dilahirkan didunia, semasa dalam kandungan ibu, kita sebenarnya telah berjanji dengan Allah untuk patuh segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Menjadi khalifah dibumiNya dan beribadah kepadanya. ii-mudah memutuskan silaturrahim, dan iii-menyekat orang yang ingin berhijrah dan memeluk agama islam, dengan kata lain menyekat orang berbuat kebaikan.
2. Kesombongan @ al-kibru: An-nahl [16:22] ; Al-a'raf [7:12] ; al-Mukmin [40:35].
Ada tujuh jenis kesombongan iaitu kesombongan yang melibatkan i- Ilmu, ii- Ibadat, iii-Keturunan, iv- Kecantikan, v- kuat @ gagah, vi- Ramai pengikut, vii- (saya terlepas yg ini).
3. Kezaliman @ Azh-zhulmu: [31:13]
4. Dusta @ Al-Kadzibu
Ia adalah salah satu sifat munafik. Ia adalah titik-titik hitam kecil yang menutup kebenaran.
5. Kemaksiatan @ al-ma'ashi:
Ia adalah satu perbuatan derhaka. dimana lawan kepada maksiat adalah ketaatan.
ada 4 pintu kemaksiatan: i- pandangan pertama, ii- Fikiran yang terlintas dibenak, iii- Kata-kata atau ucapan, iv- Langkah nyata yang dibuat.
Penyakit Syubhat
1. Kebodohan @ al-jahlu
Iaitu tidak dapat melihat kehidupan yang lebih kekal. APa yang dia tahu hanyalah kehidupan di dunia ini sahaja. Tetapi sebenarnya dia langsung tidak tahu tentang kehidupan ini sebenarnya terdiri daripada 3 peringkat kehidupan, iaitu Alam roh, Alam dunia dan Alam akhirat.
2. Ragu-ragu: al-Hajj [22:55]
3. Penyimpangan: al-Maidah ayat 13
4. Lalai : al-a'raf [7:179]
Yang dimaksudkan dengan lalai adalah mengabaikan yang terpenting dari yang penting.
Tidak menggunakan pancaindera dengan sebaiknya
Cth: memandang kecil terhadap dosa.
Lalai menggunakan waktu untuk buat kebaikan.
UBAT KEPADA PENYAKIT SYAHWAT DAN SYUBHAT
1.
Bermujahadah (berjihad): [29:69] 9 (ubat penyakit syahwat)
2.
Mencari Ilmu - dengan banyakilmu kita akan lebih bersyukur, dengan ilmu juga kita dapat berfikir dengan lebih adil (ubat kepada penyakit syubhat)
Perubahan hendaklah dilakukan sedikit demi sedikit....dan yang penting sekali istiqamah.
Kat sini saya nak share audio dari IKIM pasal istiqamah. Sangat menarik!