6 cara capai keredhaan Allah

Thursday, September 27, 2012
Dipetik dari blog MyAdha...

untuk panduan kita bersama...


Enam cara capai keredaan Allah

Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Thursday, September 27, 2012
Oleh Rizal Azman Rifin

Apapun yang kita laksanakan dalam kehidupan di dunia ini, seharusnya menuju kepada matlamat memperoleh keredaan Allah. Tidak kira usaha kita sekecil manapun, ia seharusnya menepati jalan dibenarkan agama dan tidak mudah hanyut dan tersasar daripada landasan ditetapkan.

Untuk lebih jelas bagaimana cara kita mampu mencapai keredaan Allah, beberapa panduan dikemukakan Imam at-Tirmizi yang mungkin dapat memberi ruang kepada kita bermuhasabah diri.
Pertama, kita mesti bertaubat kepada Allah. Menurut beliau, tiada jalan sebaik taubat dalam usaha meraih keredaan Allah. Panduan beliau ini memang tepat seperti diperintahkan Allah kepada kita.

Banyak sekali ayat Allah memperkatakan suruhan bertaubat. Antaranya ialah dalam surah al-Baqarah, ayat 222 yang membawa maksud: “Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan membersihkan diri.”

Allah SWT juga berfirman bahawa orang bertaubat adalah insan yang akan mendapat kebahagiaan. “Orang yang bertaubat, yang memuji Allah, yang mengembara, yang rukuk, yang sujud yang menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah. Dan bergembiralah orang mukmin itu.” (At-Taubah: 112)

Kedua ialah hidup dalam keadaan zuhud. Menanamkan sifat zuhud menjadi agenda sangat penting kerana tanpanya akan mengakibatkan terbit nilai peribadi keji seperti bersikap tamak terhadap hal keduniaan.

Rasulullah SAW berpesan kepada kita yang zuhud terhadap dunia tidaklah bermakna kita mengharamkan yang halal dan tidak mahu berusaha mencari harta kekayaan, tetapi zuhud yang sebenarnya dan menepati erti makna ialah adanya keyakinan dan berqanaah terhadap apa yang dikurniakan Allah.

Pesanan ketiga at-Tirmizi ialah sentiasa berusaha melawan hawa nafsu. Sesungguhnya orang yang ditenggelami hawa nafsu menjadi ‘lubuk kegemaran’ syaitan kerana orang sedemikian mudah dilalaikan dari menjalani kehidupan berasaskan kepatuhan terhadap perintah Allah.

Petua keempat ialah kita mencintai Allah SWT melebihi dari segala-galanya. Hal ini bertepatan apa dinyatakan Allah SWT yang bermaksud: “Katakanlah. Kalian benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku nescaya kamu akan dicintai Allah.” (Ali-Imran: 31).

Seterusnya kata Imam at-Tirmizi lagi, “Kita hendaklah juga menyerapkan ke dalam jiwa rasa takut kepada Allah SWT. Ini kerana apabila rasa takut itu sebati dalam hati dan jiwa, seseorang akan berusaha melakukan yang terbaik dalam amal ibadah dan memperbanyakkan amalan soleh.”

Pesanan terakhir Imam at-Tirmizi ialah manusia perlu berusaha mendekatkan diri kepada Allah iaitu dengan cara mendirikan solat khasnya yang wajib termasuk sunat.

- BERITA HARIAN


hati...lembutlah...

Lagi peringatan untuk para pelajar

Monday, September 24, 2012
Walaupun zaman saya sudah berlalu untuk cara belajar begini, tapi mungkin ia berguna untuk adik2 atau sesiapa sahaja. Sekadar perkongsian. Juga diambil dari FB As-Sohwah, Prof Dr Muhaya.


Perangkap-perangkap Semasa Menuntut Ilmu



1. Masih Mengenang Kegemilangan Lalu


Ramai penuntut di kolej/universiti adalah pelajar-pelajar cemerlang di sekolah menengah. Ini memberi mereka rasa selamat yang palsu. Mereka mungkin telah menjadi pelajar kesayangan guru dan pelajar cemerlang dalam kelas mereka tetapi apa yang mereka tidak sedar ialah apabila mereka masuk ke kolej/universiti, mereka sedang belajar dengan 200 lagi pelajar cemerlang. Mereka juga tidak sedar bahawa mereka sedang mempelajari subjek yang keseluruhannya baru yang mana mereka perlu mendapat bimbingan untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh yang demikian, jika pendekatan mereka silap, sukar bagi mereka untuk memahami apa yang mereka sedang pelajari.


2. Kejutan Budaya


Penuntut yang masuk ke kolej/universiti akan mengalami perubahan yang mendadak dalam budaya hidup dan budaya belajar mereka yang mana kini mereka hidup berjauhan daripada ibu bapa mereka atau disiplin ketat sekolah berasrama. Oleh kerana kehadiran ke kuliah tidak diambil maka tidak ada sesiapa pun yang tahu jika seseorang itu ponteng kuliahnya. Di sekolah atau pusat matrikulasi, semua yang perlu dipelajari oleh pelajar diberi oleh guru atau tutor. Sebaliknya di kolej/universiti, pensyarah bertugas membekalkan prinsip-prinsip asas dan ilmu pengetahuan teras yang perlu diperluaskan oleh penuntut-penuntut sendiri dan berkeupayaan menggunakan ilmu yang diberi.
Kejutan budaya yang mendadak ini menyebabkan ada penuntut-penuntut menghadapi kesukaran menyesuaikan diri mereka. Sekiranya keadaan ini tidak di tekankan kepada penuntut-penuntut dan menyediakan mereka bersedia terhadap kenyataan ini, kejutan budaya ini boleh menjejaskan prestasi mereka. Pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang digunakan di kolej/universiti adalah sesuatu yang baru dan ia menggunakan kaedah pembelajaran terarah pada penuntut dan ia adalah amat berbeza daripada kaedah belajar di sekolah.

Situasi sebenar: Seorang penuntut yang baru masuk ke kolej/universiti diberi sebuah kereta dan telefon bimbit dan tinggal di pangsapuri bersama kawan-kawannya. Dengan budaya berkumpulan ini mereka keluar makan malam pada pukul 8 malam dan balik pada jam 10 malam, kemudian baru mula belajar. Mereka meneruskan rutin ini sehingga semua ahli dalam kumpulan ini gagal peperiksaan dalam peperiksaan tahun pertama. Selepas gagal percubaan mengulangi peperiksaan yang sama mereka terpaksa bertukar ke fakulti lain.


3. Memilih Atau Dipilih Oleh Rakan-rakan Yang ‘Salah’


Bercakap melalui pengalaman saya, saya dapati ramai pelajar yang cemerlang di sekolah tidak menunjukkan prestasi sebaik yang sepatutnya di universiti oleh kerana mereka bergaul dengan kumpulan rakan yang salah yang tidak tahu keutamaan dan matlamat penuntut kolej/universiti. Mereka suka dan teruja bertemu kawan-kawan baru dan menemui cara-cara baru menghabiskan masa berhibur sesama mereka terutama sekali apabila mereka mendapat banyak wang daripada ibu bapa kaya yang berfikir anak mereka akan mencapai prestasi yang baik jika mereka diberi segala-galanya.


4. Hilang Semangat


Ramai pelajar belajar bersungguh-sungguh untuk peperiksaan semata-mata untuk masuk universiti. Malangnya, haluan masa depan kerjaya mereka selepas masuk ke universiti tidak difikirkan dulu atau dibincangkan dengan kaunselor sekolah. Setelah bertungkus-lumus untuk masuk ke universiti, mereka hilang semangat dan hilang motivasi untuk belajar.


5. Dipaksa Oleh Ibu Bapa Untuk Mengambil 

Jurusan Tertentu


Contohnya, bidang perubatan. Ada juga penuntut-penuntut yang tidak berminat dalam jurusan perubatan tetapi masuk ke kolej/universiti kerana dipaksa oleh ibu bapa mereka. Subjek-subjek perubatan tidak boleh dipelajari jika seseornag itu tidak berminat. Melalui pengalaman saya, saya pernah melihat pelajar yang sudah masuk tahun empat berhenti kerana mereka tidak dapat meneruskan dan terpaksa memulakan pengajian di fakulti lain.


6. Belajar Bersendirian


Sewaktu menuntut di kolej/universiti, belajar dalam kumpulan adalah sangat penting. Tiga sebab utama kenapa ada penuntut-penuntut tidak belajar dalam kumpulan:
  • Tidak mahu orang lain tahu tentang kejahilan mereka dalam subjek-subjek yang diambil
  • Takut berkongsi pengetahuan mereka dengan rakan-rakan yang lain yang mungkin memperolehi markah yang lebih tinggi daripada mereka
  • Tidak mahu berusaha lebih

Melalui pengalaman saya, ramai penuntut yang tidak mendapat prestasi baik adalah mereka yang tidak mempunyai kumpulan belajar dan hanya berpuas hati duduk di perpustakaan berjam-jam lamanya dan membaca buku. Apabila mereka tidak lulus dengan baik dalam peperiksaan, mereka menjadi murung kerana tidak ada tempat mengadu. Keadaan ini menyebabkan mereka patah semangat dan hilang dorongan untuk belajar. Akhirnya berlakulah lingkaran ganas sebab dan akibat dengan mengakibatkan bertambah lagi kehilangan semangat mereka. Sebaliknya penuntut-penuntut yang ada kumpulan belajar lulus dengan lebih baik dan jika ada di antara mereka yang lulus tidak sebegitu baik, rakan sekumpulan akan cuba membantu mereka sebab kelemahan setiap ahli telah didedahkan semasa sesi perbincangan.


7. Terlalu Bersaing dan Tidak Bekerjasama


Keadaan ini lazim berlaku dikalangan penuntut-penuntut perempuan. Keadaan ini berlaku mungkin disebabkan mereka adalah pelajar cemerlang di sekolah menengah atau pusat matrikulasi. Akibatnya, mereka mahu kekal menjadi pelajar cemerlang dan menjadi terlalu bersemangat serta cuba mendapat sebanyak ilmu pengetahuan yang boleh, tanpa memberi pertimbangan kepada orang lain. Masalah ini dijelmakan dalam salah satu atau semua tingkah laku berikut:
  • Berebut mendapat perhatian pensyarah
  • Bersikap mementingkan diri dan tidak rela berkongsi dengan orang lain nota- nota dan buku-buku yang baik yang diberi pelajar senior
  • Mengawal atau mendominasikan sesi makmal dan tidak beri peluang kepada orang lain menyertai membuat eksperimen
  • Menyembunyikan fakta yang mereka telah pelajari

Belajar di kolej/universiti diibaratkan seperti berperang. Kita tidak boleh melakukannya bersendirian. Kerja berkumpulan amat penting. Tidak ada siapa menjadi pesaing dan semua orang merupakan rakan seperjuangan. Semua ahli mesti berkongsi kelengkapan perang untuk memenangi peperangan dan memperolehi kejayaan bersama. Tidak ada kuota berapa orang patut dapat A di kolej/universiti. Hakikatnya, seorang rakan yang mendapat A tidak akan merampas peluang kita untuk mendapat A. Lebih banyak kita memberi, lebih banyak kita mendapat. Dengan kata lain, lebih banyak kita memberi ilmu pengetahuan kepada rakan-rakan kita, berkongsi nota dengan mereka, lebih banyak mereka akan berkongsi dengan kita. Dengan itu dua tambah dua jadi lima, ini yang kita panggil SINERGI.


Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com

10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu


10 Ucapan Paling Beracun Seorang Penuntut Ilmu 
(dipetik dari As-Sohwah, Prof Muhaya)


1. 'Saya Tidak Tahu di Mana Nak Mula.'

Ini masalah biasa. Jangan gelabah. Biasalah, kalau kita bingung dengan jumlah subjek yang banyak untuk di-pelajari. Mulakan dengan menyenaraikan semua perkara yang kita perlu tahu dan yang boleh dicari daripada sukatan pelajaran atau segala yang diberitahu oleh pensyarah. Bahagikan beban kerja pada beberapa bahagian yang boleh diurus. Belajar mengutamakan kerja yang utama dan jadualkan masa kita secara realistik. Displinkan diri dengan membiasakan diri kita selama beberapa minit tempoh antara kuliah untuk megulangkaji nota-nota kuliah. Elakkan menangguh kerja ke saat-saat akhir dan mula belajar seawal mungkin dengan tempoh minima empat jam sehari.

2. 'Banyaknya Nak Belajar, dan Masanya Pula Sikit.'

Bijak bertindak. Pastikan kita amalkan BTU (Baca awal, Tumpu, Ulangkaji) terhadap kuliah-kuliah kita. Buat helaian rumusan pengajian untuk semua subjek yang ada. Kerja ini boleh dipermudahkan dengan kumpulan belajar kita. Rumusan ini termasuklah nota kuliah, tutorial, pembelajaran berasaskan masalah dan kerja-kerja makmal yang perlu disaling-kaitkan. Kenalpasti topik-topik yang paling penting yang diberi penekanan oleh pensyarah dan bahagian-bahagian yang sukar difahami.

3. 'Susahnya Subjek Ini, Saya Tak Faham Langsung!'

Bersabarlah! Mempelajari ciptaan Tuhan yang paling tinggi sudah tentu tidak mudah. Tetapi percayalah pada pesanan saya, sebaik sahaja kita memperolehi ilmu pengetahuan, ia akan memberi kepuasan dalam hidup kita. Anggapnya sebagai suatu cabaran. Pendekatan yang baik ialah dengan berbincang dengan rakan- rakan lain dalam kelas. Kita akan rasa lega apabila diberitahu rakan-rakan lain juga mendapati subjek itu sukar. Beranikan diri buat temu janji dengan pensyarah untuk mendapatkan penjelasan bagi bahagian-bahagian yang sukar. Pensyarah sudah tentu amat suka untuk membantu. Secara peribadi saya berasa amat gembira apabila penuntut bertanya kepada saya. Satu perkara penting perlu diingati, bahawa lebih sukar sesuatu subjek itu, lebih berguna ianya untuk masa pratikal klinikal dan pengajian lanjutan lepas ijazah.

4. 'Saya Baca, Saya Faham, Tetapi Saya Tak Boleh Ingat Langsung.'

Berbincanglah. Kita akan ingat lebih baik bagi perkara-perkara yang dibincangkan secara mendalam. Hasil penyelidikan telah menunjukkan bahawa kita ingat 70% daripada apa yang kita bincangkan. Cuba kaitkannya dengan sesuatu yang bermakna kepada kita. Semasa berbincang, cuba kaitkan topik tersebut dengan contoh-contoh sendiri. Cuba salingkait subjek dengan apa yang kita pelajari sebelum ini.

5. 'Agak-agaknya Saya Faham.'

Jangan terlalu yakin. Uji diri sendiri dengan berbincang mengenai subjek tersebut. Bina soalan-soalan dengan rakan-rakan kita mengenai bahagian-bahagian penting dan uji sesama sendiri. Sentiasa ingat fakta yang ditekankan oleh pensyarah semasa dalam kuliah. Kaji hubungkait antara setiap topik. Cuba bina soalan-soalan peperiksaan kita sendiri untuk topik yang dibincangkan dan beri jawapan.

6. 'Banyaknya Nak Kena Ingat.'

Susun atur maklumat kita. Maklumat lebih mudah diingati jika dipersembahkan dalam bentuk rangka kerja yang tersusun supaya maklumat boleh diperolehi semula dengan cara yang sistematik. Ada banyak teknik yang dapat membantu kita menyusun atur maklumat baru, termasuklah:

7. 'Baru Sebentar Tadi Saya Ingat.'

Kaji semula. Selepas membaca satu bahagian kaji semula dan amalkan output learning iaitu mengeluarkan kembali fakta yang dipelajari. Cuba reka soalan mengenai bahagian tersebut dan jawab. Jika kita tidak boleh ingat lagi, baca semula pada tempat yang kita tidak ingat. Lebih banyak kita mengambil masa untuk belajar, lebih banyak yang boleh diingat. Walaupun kita boleh ingat kesemua fakta, kita masih perlu terus belajar kerana pembelajaran berterusan boleh menjadikan bahan yang dipelajari tidak mungkin dilupai. Dengan kata lain kita tidak mungkin terlebih belajar. Walau bagaimanapun, bagaimana kita mengatur dan menggabungkan maklumat baru amat penting daripada berapa lama kita mengambil masa untuk belajar. Bukan berapa lama kita belajar yang penting tetapi berapa banyak yang kita perolehi semasa sesi belajar itu lebih penting. Berapa banyak yang kita telah pelajari boleh dibuktikan daripada jumlah soalan yang boleh dijawab. Cuba sediakan soalan berbentuk esei dan jawab sendiri, kemudian cuba jawab soalan aneka pilihan untuk mengukuhkan apa yang telah dipelajari.

8. 'Tapi Saya Suka Belajar Atas Katil Saya.'

Ini tidak baik. Ambil berat terhadap pelajaran kita. Membaca buku untuk pengajian tidak sama dengan membaca buku cerita. Kita mesti belajar dengan kertas dan pen di tangan dan catat atau buat rajah untuk belajar secara aktif. Kita tidak boleh belajar sambil berbaring. Lagi pun, kita boleh ingat semula lebih baik bila situasi belajar sama seperti situasi semasa ujian. Lebih mirip antara suasana belajar dengan suasana ujian, maka lebih banyak bahan yang boleh diigati semasa ujian.

9. 'Saya Belajar Lebih Baik Pada Saat-saat Akhir.'

Ini tidak benar sama sekali. Ingatan bertambah apabila masa belajar meliputi tempoh masa yang panjang. Sudah pasti jika belajar pada saat akhir ada hormon yang boleh dirembeskan akibat tekanan yang membuat kita rasa tangkas, cergas dan bertenaga untuk belajar. Walau bagai-manapun kecergasan ini akan mengakibatkan kita mudah penat dan diserang gelabah terutama sekali apabila kita dapati terlalu banyak yang mesti dipelajari. Belajar di saat-saat akhir adalah sia-sia dan kesannya akan dirasai semasa peperiksaan. Saya pernah melihat rakan saya yang bersikap sedemikian akhirnya terpaksa mengulangi beberapa kertas dan akhirnya terpaksa mengulangi seluruh tahun akademik tersebut dan ada di antara mereka menamatkan pengajian mereka dua tahun lebih lewat daripada sepatutnya ber-banding dengan siswazah lain. Keadaan ini membuat mereka kecewa dan kurang keyakinan diri.

10. 'Saya Akan Berjaga Sepanjang Malam Sehingga Saya Habis Belajar.'

Keadaan ini kurang produktif. Perkara yang amat penting semasa ujian ialah berfikiran cergas. Elakkan keletihan minda. Rehat sebentar berulang kali semasa mentelaah. Sebelum ujian rehatkan minda kita. Adalah amat penting kita menjaga diri kita sebelum peperiksaan. Makan betul-betul, tidur cukup dan bersenam secukupnya dan berdoalah bersungguh-sungguh.

Dipetik daripada buku Bagaimana Menjadi Seorang Pelajar yang Baik dan Berjaya. Dapatkan buku ini di http://www.assohwah.com




* Ingat satu sahaja tujuan kita, menuju Redha Allah. Hidup di dunia ni hanya sementara..dan mati itu pasti. Kehidupan sebenar adalah di dunia Akhirat yang kekal abadi. Macamanakah dihisab amalan kita didunia nanti?? mari sama2 kita perbanyakkan amal soleh sebagai bekal kita di akhirat nanti. Rajin-rajinkan membaca tafsir, di mana terlalu banyak peringatan Allah kepada kita. 
* Ya Allah ampunkan dosa2 ku serta dosa saudara mara ku. Janganlah kau biarkan nasib diri kami ditentukan oleh diri kami sendiri. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa lagi maha Pengasih dan Penyayang.

Berusaha, BERJAYA

Friday, September 21, 2012



Yes, we never know....only Allah knows.

Alhamdulillah...berkat kesabaran dikala rasa hampir nak putus asa. Akhirnya saya dapat jugak jadi transformer yg berjaya. Sudah berminggu-minggu buat kerja yang sama..asyik2 transform, asyik2 transform, transform je asyik2..hehe. Masa nak dekat putus asa, saya terbayangkan gambar di atas. Dalam hati saya, asyik cakap sikit lagi..sikit lagi..jangan putus asa. Ini adalah permulaan kerja saya. Saya perlukan jawapan untuk mara ke peringkat seterusnya...dan akhirnya,

harini saya BERJAYA..!!!

Bolehlah berjalan dengan hati yang tenang gumbira..LaLaLaLa~~~~
Liverpool!!! we meet again..huhu

Masa ni ke liverpool untuk meeting.




Cakap dengan diri sendiri.

Thursday, September 20, 2012
Penat sgt2 harini.....ingatkan,minggu ni takde keje sangat rupanya lebih byk keje dari selalu.ade je nk buat.sebab rasa macam buang masa pulak tak buat apa2. Tapi tak sangka bila dah start lama pulak ambil masa sampaikan nak dekat lewat jugak balik harini.

Rasa nk patah pinggang je.penatnya! Penatnya! Malam ni terus tidur.tapi banyak pulak benda kena buat. Malam lah waktunya untuk update semua yang tak berkaitan dengan study. Siang sehari penuh fokus pada lab sahaja. Malamla nk tengok fb,cek email, belek2 blog sendiri etc etc etc.....

Alamak! Ade je mesej2 tak berbalas lagi..
Ok.centrifuge dah siap.

Bunga penghujung SUMMER

Bismillahirrahmanirrahim..

Hidup di negara beriklim sejuk ni membuatkan saya selalu sangat teruja dengan keindahan ciptaan Allah.. Lidah ni tak putus2 sebut "Cantiknya!!".."indahnya!!" .."ya Allah, Subhanallah..".

Syukur diberi peluang untuk menikmati sedikit keindahan kejadian Tuhan yg maha Agung, maha bijaksana. Masih banyak lagi kejadian alam yg perlu direnungi, kenapa dan mengapa Allah jadikan ia.

Pagi ahad yang cerah..
Rasa letih membeli barang semalam masih berbaki lagi. Kalau ikutkan nafsu nak je sambung tidur. Walaupun matahari dah memancar2 sinarnya, tapi angin sepoi2 sejuk menguatkan lagi cengkaman duvet..huhu. Disebabkan itu juga niat nak ke Car Boot Sale dibatalkan.

Tapi, hati berbicara.."Jangan buang masa dengan tidur sahaja, sementara masih ada kelapangan waktu nikmati keindahan bumi Sheffield sebelum pulang ke Malaysia". Susah nak dapat peluang keemasan macam ni. Kehadiran saya di sini berbayar, bukan "free". Maka jangan bazirkan.

Terus ajak housemate ke Botanical Garden. Dah lama sebenarnya niat nak ke Botanical Garden, garden faveret saya dan husband. Tapi tak sempat pulak nak jalan ke Botanical Garden masa Husband di sini. Cuaca tak mengizinkan.

























Roses...