menjawab kemusykilan

Tuesday, February 23, 2010
Tengah dok sedap2 makan jajan super ring, tiba2 ternampak E110. Terus kat kepala ni teringat satu bacaan berkaitan kod2 makanan yg perlu diambil perhatian sebab ia mungkin mengandungi bahan yg haram. Apa lagi kalau bukan si hidung penyet tu... Walaupun dah state kat plastik jajan tu ia adalah pewarna tartazine yellow sunset,tp kod tu seakan2 serupa macam kod yg patut diambil perhatian,

Rasa berdebar sangat2......

teringat artikel dari sini (blog yg best-kandungannya penuh ilmiah)
So, untuk merungkai segala kemusykilan ani try google.....ani tak pulak belek satu2 entry blog tersebut, tapi next time kena make sure la, kod yg sebenar..


ok, ini salah satu yg ani dapat bila google....

Petikan dari sini


antara kandungannya...

"tidak semua senarai E-codes itu diperbuat daripada terbitan lemak haiwan/babi. Sebagai contoh untuk additives dengan kod E100 adalah merujuk kepada curcumin, iaitu pewarna kuning semulajdi yang diambil daripada rizom kunyit (Curcuma longa), E110 adalah pewarna turuan Sunset Yellow FCF, Orange Yellow S, E120 = Cochineal, Carminic acid, Carmines, E140 = Chlorophylls and Chlorophyllins dan banyak lagi yang salah yang tidak ada kena mengena dengan lemak/minyak, apatah lagi lemak babi.


Maksud saya adalah tidak semua bahan tambah (additives) itu diperbuat daripada lemak/minyak dan terbitannya. Untuk menjawab soalan saudari tentang yang mana satu kod E yang mengandungi lemak babi (sepatutnya yang tepat adalah lemak haiwan), eloklah saya jelaskan dengan ringkas disini utk mengelakkan kekeliruan. Sebenarnya bahan tambah yang menjadi kerisauan pengguna Islam ialah bahan tambah dalam kategori pengemulsi (emulsifiers) dengan kod E400-E499. Sistem makanan (termasuk ubat-ubatan) lazimnya terdiri daripada bahan yang larut air (hidrofilik = suka air) dan larut lemak (lipofilik = suka lemak)."

ok, selebihnya bacalah di sini

yg dimaksudkan dalam artikel yg ada sebut nama Dr Amjad Khan tu...artikel dia di sini (artikel diatas dikeluarkan atas kemusykilan individu tentang artikel Dr Amjad Khan)

Kemusykilan terjawab. ok, itu je nak share......


*Sekarang ni macam2 bahan dicampur dlm makanan (sebenarnya isu ni dah lama), takut pulak rasanya kalau tiba2 termakan benda2 yg haram. walaupun tak tau tapi dah termasuk??.. nauzubillah....

2 comments:

  1. aNNa said...:

    orait! mari orang kampung sekalian. elakkan E400-E499. yebaa~~ wuu, cedapnya cekedih sPring. dapat take 5 dengan menda alah oren tu mmg sodap yob.. ejan sedang hempas pulas buat soalan Test 1. **berehat seketika di sini** =)ok, nak p sambung kerja balik.

  1. annie said...:

    ejan...bukan spring laaaa...."super ring"

    smlm br dpt petua fit dr amir. dia kata makan jajan ni akan mengurnagkan ke "FIT" tan kite,bende alah tu juge akan sedut kite nye tenaga.tp bende alah tu jugakla yg membuatkn kite berselera makan..kan3?

    ani mmg sgt suke makan jajan..haha