kronologi 030409:copied

Wednesday, December 21, 2011
kronologi tragedi 0304
assalamualaikum..
allahumma solli 'ala saidina Muhammad wa 'ala ali saidina Muhammad.

kata org, usah dikenang pada yang tiada..
kata pujangga, yang patah tumbuh, yang hilang berganti..
kata aku, kenangan ini adalah kehidupanku di masa lalu..ianya tidak dapat dipisahkan dariku..selagi hayatku dikandung badan, ianya tetap menjadi sebahagian dari memoriku..

maknanya;aku tak nak lupa memori itu, sebab itulah blog ini diwujudkan, dan juga...apa yang baik, aku harap para pembaca mengambil iktibarnya, supaya ianya menjadi saham buat si penulis yang tak pandai menulis lagi dhaif ini..saham di alam abadi nanti..

catatan ini juga bukan bertujuan untuk memancing simpati siapa2..tragedi ini biasa di dengar oleh kebanyakan org di qariahku,tetapi tidak ramai yang mengenali empunya diri..biarlah, aku bukan mengejar populariti, aku hanya diuji oleh Tuhan sekelian alam..harapanku, semoga aku lulus ujian ini. doa dari kalian yang kuharapkan.

12/02/2009.khamis
aku nekad.apapun yang terjadi aku mesti pulang ke kampung.kesihatanku semakin merosot. kandunganku agak tidak stabil. mungkin kesihatanku terjejas akibat tekanan perasaanku. kedudukan bayi yang sekejap songsang, sekejap normal betul2 merisaukanku. demam dan batuk berterusan memburukkan lagi keadaan. surat cuti dari hospital pakar sarawak menjadi taruhan.akhirnya aku nekad terbang kembali kesisi suamiku setelah mengisi borang cuti tanpa gaji dan tawakkal kepada Allah. harap2 aku lepas terbang memandangkan kandunganku yang hampir mencecah 8 bulan.

2.30pm
selamat mendarat di lcct sepang. abang menunggu dengan senyuman, memelukku erat. rindu! setelah hampir 2 minggu berpisah.

mac 2009
melewati hari2 yang indah bersamanya..

24 mac 2009
bertemu doktor di kkia kuala lipis. doktor mengarahkan aku masuk hospital lebih awal,becoz of the history (kematian puteri sulungku).38 minggu masuk hospital kuala lipis =>01/04/2009.

01/04/2009 rabu

pagi2 bersiap untuk berangkat ke hospital. entah kenapa, perasaan berdebar2 sahaja. mungkin takut doktor induce aku..macamana la rasanya ek..
abang pergi sekolah juga hari ni sebab ada pensyarah nak observe..terpaksa pi lipis ngan mak dan ayah..sampai lipis pi kkia dulu, amik surat, mak teman masuk kkia, ayah tunggu dalam keta.dpt surat, pi makan dulu, sbb dah lapar..baby yg lapar kan..bukan umi..:)mak tak selera makan, tapi ayah begitu berselera.aku pun tak selera sbb takut nak masuk hospital.
sampai hospital, dimasukkan ke wad bersalin. doktor kata 'ubat' mungkin akan dimasukkan pada esok pagi,(khamis-02/04/2009) sebab esok genap 38 minggu..mak balik dulu, sebab aku takde apa2..mak kata abang akan datang petang ni..salam mak, mak peluk aku..
petang, abang datang..cuma berbual2 sahaja dan order barang yg lupa nak bawa..emm..barang2 aku pun mak yg tolong kemaskan, aku mana tau nak bawa apa, sbb tak biasa masuk hospital, waktu lahirkan arwah zulfa dulu pun mak jenderak yg tolong kemaskan.sewaktu nak balik tu, abang bersungguh2 ajak aku balik rumah semula..
jawabku; tak boleh la bang..takkanlah doktor bagi sayang nak balik, baru masuk nak balik dah..esok nak masuk 'ubat' dah..takpe ek... abg hanya diam.

02/04/2009 khamis

seawal 7pg aku dimasukkan ke labour room,debaran makin terasa..sakit ke?doktor memeriksa jalan, masih belum terbuka. doktor memasukkan ubat disamping memantau denyutan jantung bayi..kesakitan masih belum terasa.
11.30pg,baru buka 2cm.tak rasa sakit sgt.
keluar dr labour room untuk makan, sbb lapar sgt dah..makan nasi, buah betik dan air.tak sempat jumpa mak, sbb lama sgt dok labour room, kat katil ada makanan yg mak dah belikan..tapi tak selera nak makan, makan kuih je..

12.00tgh,

abang sampai.jika semalam abg selesa berbual dgn abg kt dalam wad, kali ni abg tak nak masuk dlm wad dh, dia ajak aku borak kt tpt solat.dia tanya sakit tak? aku hanya menyatakan rasa sakit yg datang sekejap2 tapi ringan saja sakitnya..aku sibuk bercerita tentang kakak sewad denganku yang kematian 3 org anaknya ketika masih kecil..lantas dia menjawab, bestnya kalau kita dapat jaminan syurga kan.. aku menyuruh abang makan makanan yg mak belikan tadi, abg makan dgn berselera sekali. abg kata dia nak ke maktab dulu ptg ni, mgkn selepas asar baru dia dtg.

5.30 ptg
sudah 4cm, air ketuban juga sudah dipecahkan, sakit makin terasa, tapi masih boleh berjalan2.aku kembali ke wad selepas berada di labour room selama beberapa jam. hanya abg yg setia menunggu di pintu masuk wad. abg kata mak, ayah, pakteh, makteh, aki aji, wan semua ada dtg nak melawat aku, tapi tak sempat nak jumpa sebab aku dok kt labour room.aku menyuruh abg balik ke rumah dulu sbb jln lmbt sgt buka.

9.00mlm..

masih 4 cm, denyutan jantung baby masih normal. tapi doktor mula risau keadaan jalanku yg terlalu lmbt buka. akhirnya keputusan dibuat. aku terpaksa dihantar ke hospital sultan ahamad shah temerloh untuk rawatan lanjut, besar kemungkinan akan dibedah disebabkan takut risiko baby lemas. kebetulannya, dewan bedah hospital lipis masih dlm renovation.abg masih belum sampai. doktor mengambil no hanset abg utk menyatakan keputusan terbaru. sakit makin terasa, tetapi sedikit berkurangan apabila aku mengiringkan badan.kalau terlentang, tak sanggup aku menahannya..

9.30mlm,

abg sampai, waktu doktor menelefonnya tadi, dia sudah on the way.
ambulans dipanggil. abg mengemas brg2ku.aku naik ke atas kerusi roda kerana sudah tidak berdaya melangkah. apabila aku duduk saja atas kerusi roda, air ketuban mengalir lagi.banyak..aku hanya mampu berdoa semoga babyku selamat..aku takut menghadapi apa yg telah aku lalui tahun lepas..aku berdoa dan terus berdoa.pada mulanya abg nak bawa kereta saja, dan aku menaiki ambulans..tapi setelah dipujuk, abg bersetuju untuk menemaniku di dalam ambulans..

10mlm..

bermulalah perjalanan menaiki ambulans bersama abg dan 2 org nurse, nurse siap berpesan, seandainya terasa nak meneran, tahan dulu..masyaAllah..pengalaman yg amat mendebarkan..jln sudah terbuka 4cm, air ketuban dah mengalir keluar, sedangkan perjalanan mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai ke temerloh..sungguh, aku cuma bergantung pada rahmat dan kuasa Allah taala shj.aku minta abg membaca al-quran, abg hanya diam merenungku.sepanjang jalan, aku memegang erat tangannya mencari kekuatan..aku hanya merenung wajahnya sepuas2nya..apa yang aku fikirkan ketika itu..andai ditakdirkan sayang pergi dulu, sayang puashati sebab dah tengok muka abg puas2..abg pun banyak merenung gelap malam sambil menahan badan dari ayunan gerak ambulans yg agak laju..ketika aku menanya abg sampai dimana sekarang, abg hanya menggeleng kepala dan menyatakan tak tau..

11.45mlm.
akhirnya sampai ke HOSHAS Temerloh.dimasukkan ke bilik menunggu..sejuk sgt,denyutan jantung baby mula tidak stabil, apabila aku terasa sakit,denyutannya jatuh, bila ok, denyutannya normal. doktor yang pada mulanya ingin memasukkan lagi 'ubat' akhirnya membuat kepautusan untuk melakukan c-sect memandang situasi baby dalam kandunganku.abg dipanggil masuk, kata2 nasihat abg kuingat, tenangkan fikiran, jgn fikir bukan2..beberapa kali abg mengulangi kata2 itu..

1pg..
aku dimasukkan ke dewan bedah setelah tandatanganku diambil.terketar2 aku menandatangani surat persetujuan.sungguh! aku sudah tidak berdaya menahan sakit, lemah tidak bertenaga kerana kali terakhir aku makan jam 11 pg tadi..

2.08pg.
puteraku lahir..alhamdulillah, aku bersyukur sgt2 bila mendengar tangisan bayiku kedengaran. aku dibius separa badan, jadi mata dan telingaku masih berfungsi..

3.15pg.
keluar dari dewan bedah. aku hanya nampak mak, ayah, da, teh, abg, dan mak jenderak menunggu aku.abg memegang handbegku dan disandang di bahu. aku jadi hairan, bukankah abg paling tak suka bw handbegku di bahu..badanku menggigil akibat ubat bius..aku dimasukkan ke dalam wad..abg mengiringiku. apabila sampai ke katil. abg mengazankan bayiku..perlahan..aku pun tak dengar suara abg.

4.00pg
abg masih disisiku,da, adik dan teh masuk bergilir2..ayah pun masuk dan hanya tersenyum memandangku..mak masuk dan menegur bayiku yang membuka mata ketika itu..mereka bercadang untuk pulang, aku menyalami mak, mak mengucup pipiku.., abg mengambil hansetku dan sebelum keluar abg mengucup dahiku dan berkata, abg saaayang syg..dan berlalu pergi..abg yang terakhir keluar,sempat aku berpesan supaya datang awal sikit pagi esok..abg hanya diam.

12tgh 03/04/2009 (jumaat)
aku tersedar apabila kuterdengar esakan kecil disisiku. aku membuka mata. sahabatku,rina sedang mnegesat matanya. aku happy tgk rina dtg..rina tanya aku, adakah dia org pertama sampai, aku hanya cakap a'ah..kami berborak sebentar sebelum mak sampai,dibelakangnya ada adikku jumli, isterinya aisyah dan amira. abg yi pun ada, inah..saroi pun ada..aik apsal ramai sgt org ni, takkan la jumli dan saroi yg dok kt sg buluh dan subang balik nk tgk anak aku, esok kan dah cuti..akalku bermonolog..tapi yg peliknya, kenapa mereka hanya duduk jauh..

mak: ju kena banyak sabar, kena tabah..ujian awk ni berat..
aku: takpelah mak..nak wat camne..
mak hanya diam sambil mengusap2 kepalaku. saroi menghampiriku,
aku:saroi..hensem tak anak koi?..saroi hanya tersenyum sambil mengangguk kepala.
aku: napelah abg fuad ni tak dtg2 lg, hanset kt dia ni...
jumli dtg menghampiriku, dia duduk sebelahku sambil memegang tanganku..

"kakju, ada berita tak baik nak beritau kakju ni.."
"apa dia?"
"abg fuad accident pg tadi...dia..dia..."kata2 jumli terhenti...airmatanya mengalir laju..
kurasakan sesuatu telah berlaku..
"nape?abg fuad dah takde ke?"aku menyoal..
"a;ah,abg fuad dah takde.."
,mak menyampuk,"mak ngan ayah pun dah takde.."

aku keliru..tipu...tipu..hanya itu yg mampu kuucapkan...kosong!
mata kupejam rapat..dalam hatiku bergema, la haula wala quwata illa billah..berulang2 kali...
terbayang senyumannya..
senyumannya..renungannya..abg!!...

3.00ptg.
polis dtg..aku masih keliru tapi tak mau nak ambil tahu..aku hanya terfikirkan adik2 yg ramai itu, apalah nasib mereka kalau ayah dan mak dah takde..mak mendapat panggilan dari kerambit untuk menanyakan apakah mereka perlu menunggu aku untuk kebumikan jenazah..aku hanya menyuruh mereka meneruskan upacara pengkebumian..doktor mengizinkan aku keluar hospital, tapi atas risiko sendiri..aku masih tidak berdaya hatta untuk menggerakkan kaki..aku redha dengan pemergian mereka2 yang tersayang..mak, ayah dan suami tercinta pergi setelah 2 jam aku melahirkan zuriat keturunan mereka..

Ya Allah ya tuhanku, tempatkan mereka di kalangan org2 yg soleh..ampunilah mereka, jadikanlah kubur2 mereka taman dari taman2 syurga..amin ya rabbal alamin.



Sumber: http://hilma-mujahidahsolehah.blogspot.com/2010/06/kronologi-tragedi-0304.html?showComment=1324354251539#c996719251543751809


Mengalir air mata saya membaca cerita ni..Kalau perkara tu berlaku pada saya, tak tau lah saya boleh hadapinya atau tak, tak dapat bayangkan...Waktu ni terasa nal peluk erat suami, tapi apakan daya, suami jauh di mata. Semoga anje dikurniakan kesihatan yg baik dan diberkati Allah. i miss u so much... :'(

0 comments: