Twinning Programme @ Jointly Award PhD degree

Thursday, January 12, 2012
Ok, semalam saya jadi salah seorang yg very the lucky one yang kena selected by Dekan untuk meeting tentang progress tutor2 di Fakulti Sains. Alhamdulillah mula2 dapat call dari PA dekan memang dah gelabah, macam2 fikir, nk kena teminate ke? atau nak kena bagi amaran suruh cepat2 sambung belajar etc. mana taknya orang lain  tutor2 yang ani kenal semua tak kena panggil. Tapi malam sebelum memang relax, agaknya petanda baik kot.hehe. Memang pun, pagi tu jumpa Dekan, dapat kata2 semangat dan dapatlah info sikit2 pasal orang lain dalam Fakulti. Yang menariknya, kebetulan ada salah satu tutor yang dipanggil pun tengah apply Twinning Programme UPM-Sheffield. Alhamdulillah, God saved me....dapat beberapa info dan terjawablah persoalan sebelum ni...


So, lepas ni sesiapa yang nak apply untuk JAD @ Twinning Programme UPM-Sheffield ni (especially kepada tutor @ pekerja kerajaan) procedure nya adalah:

1. Ambil IELTS - pastikan melepasi syarat cuti belajar ke luar negara, walaupun kita adalah half2 tapi kena ikut requirement overseas iaitu : 6.5


2. Ikuti kursus BTN (Biro Tatanegara), call cik Elis (UPM) @ pegawai yang incharge bagi latihan akademik, bagitau nak daftar untuk BTN. Dia akan uruskan semua, then nanti dia bagi tarikh bila sepatutnya kita kena pergi.

3. Isi borang JAD @ Twinning Programme. Boleh cek website GSO UPM :
http://www.sgs.upm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=152&Itemid=78

4. Isi borang Postgraduate Online Registration kat website The University of Sheffield: https://www.shef.ac.uk/postgradapplication/login.do

  • Part 1: isi macam biasa. Sebelum tu kena scan sijil2 yang berkaitan untuk di upload dalam borang online.
  • Part 2: Postgraduate Research Course, ada qs how do you want to study? pilih Full Time Joint Location. 
5. Submit semua dan tunggu offer letter.
6. Dah dapat offer letter dah boleh proceed untuk apply cuti belajar.

Hurmmm....saya baru clear lepas dah hadapi macam2 sebelum ni. Tanya sana sini semua macam tak tau sangat pasal program ni. Bagi saya, saya pilih program ni adalah sebab2 nya..hehe

Ok, Semoga semua urusan dipermudahkan Allah. amin......

Cerita saya,

Kalut ributla saya bila tau kena dapatkan offer letter daripada Sheffield. Sebelum tu tanya pegawai2 yang incharge semua cakap tak perlu la, dah settle la..pastu tanya lebih2 sikit jawapannya tak pasti.hmmm...Persoalan ni timbul bila call cik Elis. Lepas tu tuhan tunjukkan jalan dengan terpilihnya saya untuk berjumpa dengan Dekan Fakulti dan terjumpala Amiruddin tutor Fizik yang apply sama macam saya....lepastu...barulah nampak sikit jalan mana yang perlu diambil...alhamdulillah. Thank you Allah. Semoga permohonan kepada Sheffield pun dipermudahkan. Cuak jugak sebab pendaftaran untuk masuk Sem depan ni dah tak lama..Feb 6..huhuhu....harap2 cepatla dapat offer letter. nak cepat2 kena siapkan cepat2 isi bornag dan fulfill mana yang dia nak. Ok, caiyok2! jom sambung buat kerja.


0 comments: