10 muwasafat tarbiyah

Monday, February 11, 2013
Surah al-Qasas ayat 14-28. Kisah tentang nabi Musa a.s. Ciri2 10 muwasafat tarbiyah ini terdapat dalam ayat tersebut.





Kisah Nabi Musa as dan Nabi Khidir as [18:60-82]

Friday, February 1, 2013
Kisah menarik di dalam al-Quran yang Allah ceritakan kepada kita supaya kita mengambil iktibar keatasnya.


Surah Al-Kahfi, ayat 60-82.




Suatu hari Allah perintahkan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir supaya Nabi Musa belajar sesuatu daripadanya... Nabi Musa pun patuh dengan arahan itu... suatu hari, Nabi Musa berjalan sehingga bertemu di antara dua laut, kerana Baginda yakin di situlah tempat pertemuannya dengan Nabi Khidir... Setelah bertemu dengan Nabi Khidir, Nabi Musa nyatakan hasratnya utk mempelajari sesuatu dengannya, tetapi Nabi khidir berkata: Engkau pasti tidak akan bersabar denganku...

Nabi Musa: InshaAllah, aku pasti akan bersabar denganmu,

Nabi Khidir: Tidak, sesungguhnya engkau pasti tidak sabar denganku...

Nabi Musa: Percayalah wahai Khidir, aku akan bersabar denganmu....

Nabi Khidir: Baiklah.... tetapi jika engkau mahu mengikutiku, jangan engkau persoalkan sesuatupun sehingga aku sendiri yg menceritakan kepada engkau..


Mereka pun berjalan.... kemudian mereka bertemu sebuah sampan, tiba2 Nabi Khidir merosakkan sampan itu, Nabi Musa terkejut!

Nabi Musa pun berkata,: Mengapa kamu rosakkan kapal yang masih elok? Adakah itu suatu yg merugikan?

Nabi Khidir: Sudah aku katakan, kau tidak akan sabar denganku...

Nabi Musa: Oh, maaf... sesungguhnya aku terlupa akan itu...



Kemudian mereka teruskan perjalanan, dalam perjalanan itu mereka bertemu dengan seorang budak, tiba2 Nabi Khidir membunuh budak tersebut. Nabi Musa terkejut lagi!

Nabi Musa: Tidakkah ini satu keterlaluan! Budak itu sungguh suci... mengapa engkau membunuhnya?!

Nabi Khidir: Kan aku dah cakap, engkau tidak akan mampu bersabar denganku! Selepas ini engkau tegur aku lagi, aku akan buat keputusan...

Nabi Musa hanya mendiamkan diri, mereka teruskan perjalanan lagi. Setibanya di suatu madinah (kota), mereka berasa lapar. Mereka pun minta makanan pada penduduk madinah (kota) tersebut, tetapi tiada sorang pun yang bagi... Nabi Musa merasa tidak senang. Tiba2 Nabi Khidir ternampak sebuah rumah yg hampir roboh, beliau pun membetulkan rumah tersebut, Nabi Musa semakin tidak senang,

Nabi Musa pun berkata: Alangkah baiknya jika engkau meminta ganjaran untuk itu.

Nabi Khidir: Sampai di sini saja perjalanan kita, engkau boleh berpisah dengan aku sekarang jua, dan sebelum itu aku akan ceritakan kepada engkau mengapa aku buat semua itu dan engkau tidak sabar dengannya.....


Sebenarnya, sampan yang aku rosakkan tadi tu aku tidak mahu seorang raja yang kejam dan zalim yg sedang menuggu di hadapan sana untuk merampas ke semua sampan2 ini, jadi aku rosakkan ia, agar sampan ini tidak diambilnya dan sampan ini boleh digunakan bagi keperluan rakyat yg berdekatan di sini.

Ada pula budak yg aku bunuh itu, dia mempunyai dua orang tua yang sangat beriman dan bertaqwa, budak ini apabila besar nanti akan menkafirkan kedua orang tuanya, jadi sebab itulah aku membunuhnya!

Ada pulak rumah yang aku bina semula ini kerana dindingnya yg hampir roboh, atas sebab rumah ini kepunyaan dua orang anak yatim piatu, dan kedua ibu bapa mereka beriman kepada Allah, sebab itulah aku membinanya semula agar mereka dapat bernaung di dalam rumah ini dan akan terus beriman kepada Allah...
Inilah ke semua tindakanku yang engkau tidak mampu sabar dengannya....


Terlalu banyak ilmu yang tersurat dan tersirat dari kisah ini. Antaranya:

  • pembuktian sains : dua sungai yang berlainan jisim dan ketumpatan
  • sifat sabar dalam menuntut ilmu
  • **** masih mencari tafsiran menurut Syed Qutub menerusi kitabnya Fi Zilal Quran (belum dijumpai)








Sumber:

  1. Khazinatul asrar
  2. Khidir-Siapakah baginda?

Penggunaan kalimah Allah: Pandangan ulama'

Sunday, January 20, 2013


Semoga umat Islam seluruh dunia amnya, satu Malaysia khususnya akan bersatu mengamalkan amar makruf nahi mungkar, insyaAllah.

Ala-Allah....

Saturday, January 19, 2013
"Membelek2 gambar kawan yang baru upload picture di fb. Urmm... gambar yg ada fotographer pasti tak berapa menarik, walaupun tak banyak yg ada tula yg ala-ala kadar je~~. Kadang2 jauh disudut hati, kecewa pun ada dengan rakan yang nak tak nak je bila disuruh ambil gambar kita, tapi bila kamera ditangan kita, sehabis baik kita ingin jadikan gambar yang ditangkap itu adalah yg terbaik. Biasa jugak orang berkata, cameraman mmgla tak banyak gambar. yela masing2 berat sangat nak pegang kamera, tapi mahu gambarnya diambil....dot dot dot..."


Susah kan nak berkorban? walaupun ia adalah perkara kecil dan remeh seperti di atas.

Teringat kata2 rakan usrah minggu lepas. Cerita tentang "Sabar", sabar itu adalah bicara hati. Hati lagi... "-_-
Sememangnya susah nak didik hati supaya bersabar. Salah satu caranya untuk memujuk hati bila berada didalam situasi di atas adalah, sebut kan dibibir kita alAllah, alAllah, alAllah....banyak2 kali (maksudnya kerana Allah, kerana Allah..kerana Allah)..supaya hati kita mendengar bicara kita memujuknya supaya ia tidak kecewa lagi kerana sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Teliti atas urusan hambanya. Di sini..timbul pula sifat "Ikhlas". Ikhlas itu juga salah satu urusan hati. Hati lagi.

Ikhlas diumpamakan seperti semut hitam yang berada diatas batu yang hitam sewaktu malam yang gelap gelita (biasakan kita dengar perumpamaan ini?). Selain itu juga, ikhlas diumpamakan seperti garam @ gula di dalam makanan. Jika tiada garam @ gula dalam sesuatu makanan maka hilanglah nikmat makan ketika itu. Sebagaimana pentingnya garam @ gula dalam makanan, seperti itu jugalah pentingnya ikhlas dalam setiap perbuatan. Sebab itu, setiap perbuatan yang didahului dengan ikhlas, cantiklah hasilnya. Oleh itu, walaupun ikhlas kita itu tidak nampak hasilnya sekarang yakinlah bahawa, nikmatnya akan datang kemudian hari @ Allah simpankan dahulu supaya ia menjadi penghibur hati kita dikala seluruh manusia menagih bantuan dari setiap amalannya didunia untuk menebus kesalahan-kesalahan kita dan menjauhkan diri kita dari azab siksa api neraka. Itulah simpanan hari akhirat kita. Jangan asyik sibuk dengan simpanan hari tua, tapi sibuklah dengan simpanan hari akhirat. Kerana bila setiap amalan baik sudah habis diguna untuk menebus dosa-dosa kita, tiada apa lagi yang mampu diganti semula melainkan amalan-amalan baik, salah satunya perbuatan yang kita tidak perasan kita melakukannya, iaitu amalam yang disertai dengan ikhlas.




*masa ni saya rindu cik ejan yg punyai minat yg sama dgn sy, snap! snap! snap!.. lpas tu balik rumah, masing2 dok tenung gambar lama2..kan3.



Bicara hati

Friday, January 18, 2013
Hati....

Bicara tentang hati memang terlalu banyak, banyak sangat2.. sebab tu Allah suruh dalam surah al-Balad ayat 17, supaya saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. Berpesan = mengingati, hati sentiasa perlukan perhatian, hati tidak boleh dibiarkan...mesti disirami dan dibajai dengan penuh kasih sayang, penuh perkara-perkara positif. Jangan biarkan hati mati, kerana hati yang sudah mati tidak mampu untuk diubati. Kalau kita rasa hati kita sudah tidak mampu dipujuk lagi, maknanya hati itu sudah mati. Maka, mintalah pada Allah gantikan hati kita dengan hati yang baru.

Daripada Iman Ghazali:

"Carilah hatimu di tiga tempat... Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!"


**taip sambil buat 2-3 kerja...last2 saya terlupa point. hihi. publish dulu, nanti sambung

First SnoW!!! yeay~~

Pakcik driver van kitorang ke airport sangat baik hati, berhenti kereta tepi jalan sebab ke"excited" an saya dengan snow tepi2 jalan...huhu

Lets the pictures talk....












































Last but not least,
this is for my beloved husband....

i love you with all my heart
mmmuah!





from Istanbul, with love...


My first... actually the second, snoW ~~

Thursday, January 17, 2013
“…. Dan Allah (juga) menurunkan (butiran- butiran) ais dari langit (iaitu) dari (gumpalan-gumpalan awan seperti) gunung-gunung maka ditimpakannya (butiran-butiran) ais itu kepada sesiapa saja yang dikehendakiNya dan dipalingkanNya dari siapa yang dikehendakiNya. Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan. “  (An-Nur: 43)




ini rupa backyard kt rumah,
snow mlm tadi sangatla haluuuuussss je, but very exciting moment sbb dah lama tunggu snow kt sheffield ni.
Finally.....!!


beberapa jam berada di dalam lab, snowflakes semakin menjadi2...weeeeee!!!!! Subhanallah.....cantik sangat2... 

Saya sorang je yang sangat excited time tu, student lain relax je...huhu
tangkap gambar dulu dari lab...




ambil video jugak....

last-last...hati tak keruan nak buat kerja pun asik teringat snow, betul! sangat2 teruja nak keluar..
this is the time nak main snow, the best and precious moment during winter ialah dapat pegang and tengok snow flakes turun mencurah2 dari langit...

Yeay!!!!
Finally, my friend offered to take my picture with snow... :)


Happy faces (^_^) V




my lab mate micheal & asma


Subhanallah..subhanallah...subhanallah...
cantik tak terkata!