Kau dan Aku tergoda

Monday, April 1, 2013

Sungguh banyak cabaran yang menggoda kita untuk jauh dari kehidupan akhirat, contohnya seperti:
1. Hasutan syaitan: marah, nafsu syahwat, tergesa-gesa, hasad dengki, kikir, takbur, su'uzhon (bersangka buruk).

2.Bisikan dan dorongan al-hawa: 
Eh, apa al-hawa tu? hawa nafsu la. 
Firman Allah dalam al-Quran bermaksud: 'Dan Aku tidak menyatakan diriku bebas (drpd kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu selalu mendorong kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, Maha Penyayang." [Yusuf:53].
Sesungguhnya al-hawa itu sememangnya akan menyuruh kepada keburukan. Jika ia tidak dikawal, ia akan meliar dan meraja dalam hati manusia. Ia akan menjadi diktator kepada semua keputusan harian. Sehinggalah akhirnya, manusia itu akan bertuhankan al-hawanya, sungguhpun dia mengerjakan solat dan berpuasa penuh di bulan Ramadhan.

"Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan al-hawa sebagai ilahnya dan Allah membiarkannya sesat dengan sepengetahuanNya, dan Allah telah mengunci pendengaran dan hatinya serta meletakkan tutup atas penglihatannya?' [al-Jasiyah:23]
3. Serangan pemikiran:
Lambakan hiburan, lagu-lagu, filem-filem serta drama yang tidak bermesej di internet dan televisyen, etc etc ..semua adalah untuk menjauhkan Muslim daripada Allah dan al-Quran.

4. Sekularisme:
Memisahkan agama dari kehidupan seharian. Persepsi di mana agama adalah hanya di masjid dan sewaktu solat dan tidak lebih dari itu. Luar daripadanya hidup adalah seperti manusia biasa. Kerja untuk mengejar pangkat dan gaji besar, belajar tinggi-tinggi untuk mendapatkan kerja yang lebih baik dan sebagainya. Tidak terlintas sedikit pun bahawa setiap masa itu adalah sepatutnya digunakan untuk menjadi 'abid dan khalifah Allah.

5. Cabaran dunia sekeliling:
Orang sekeliling yang lebih menggalakkan kita unruk berbuat kemungkaran daripada kebaikan. 

Maka, 
Kita harus mencari penyelesaian dengan:

1) Sentiasa berwaspada

2) Meminta perlindungan daripada Allah swt

3) Sabar

4) Sentiasa hidupkan hati agar ia sensitif dengan dosa, Lakukanlah:
- Zikrullah
- Muraqabatullah (merasakan Allah sentiasa memerhatikan kita)
- Mujahadah an-Nafs: Yahya bin Mu'az berpesan: "Berjihadlah melawan nafsu dengan riadah (latihan rohani). Latihan riadah ini ada empat jenis: sedikit makan; sedikit tidur; bercakap sekadar perlu; sabar menanggung gangguan orang lain. Dengan kurang makan, matilah keserakahan syahwat, dengan kurang tidur, kemahuan menjadi bersih jernih, apabila kurang bercakap, badan selamat, dan dengan bersabar menghadapi gangguan, memungkinkan sampai kepada matlamat yang dituju"


5) Segera bertaubat apabila telah tersalah.
Sentiasa beristighfar. [Nuh, 71:10-12]. Banyak meminta ampun pada Allah, Allah akan buka jalan dan mengurniakan rezeki kepada kita. Dalam apa jua masalah, penyelesaiannya adalah istighfar @ bertaubat. Kisah Hassan al-Basri dan Istighfar.

6) Memenuhkan masa lapang dengan melakukan benda bermanfaat.

7) Bersahabat dengan orang yang baik.

8) Sentiasa membentengkan diri dengan benteng aqidah Rabbaniyyah dan benteng ilmu pengetahuan.

Untuk mendapatkan syurga Allah, kita harus menjadi mukmin luar biasa. Jadi seharusnya kita lebih berjaga-jaga dan berhati-hati dalam menghadapi kehidupan seharian kita.





Di ambil dari majalah Jom! keluaran 12/2012.

Bahaya Syiah!

Saturday, March 30, 2013
Selama ini kita hanya diberitahu bahaya syiah, jangan percaya syiah, sangat bertentangan dengan akidah yang kita pegang mengikut ahli sunnah wal jamaah. Tapi sejauh mana kita perlu tahu supaya hati dan akidah kita terbenteng dari terpercaya dan terkeliru dengan ajaran mereka. Dari perkongsian di blog ini, saya attach video yang sama di dalam blog saya pula.

Siri Ceramah Mengenali Ajaran Syiah:

Sejarah kemunculan firqah syiah:


Ustaz Shamsudin Harun : Sejarah Kemunculan Firqah Syiah


Ustaz Aizam Mas'ud : Aqidah Pegangan Syiah


Ustaz Ahmad Nasim : Amalan & Ritual Agama Syiah


Ustaz Abdullah Din : Pengaruh dan Shubhah yang digunakan dalam agama syiah


Ustaz Halim Hassan : Membongkar kebiadapan syiah terhadap para sahabat


Ustaz Ahmad Nasim : Mengenali ajaran syiah



Ustaz Aizam Mas'ud : Banteras syiah di Malaysia



Ustaz Aizam Mas'ud : Siasat syiah, selamatkan dirimu
Siri 1



Ustaz Aizam Mas'ud : Siasat Syiah, selamatkan dirimu
Siri 2





Sumber - sumber bacaan lain:
1. www.tenteradajjal.blogspot.com
2. www.abuanasmadani.com/?p=1920#

Selamat mendengar.
Semoga Allah memelihara kita, ahli keluarga kita serta keturunan kita dari fitnah akhir zaman.
InsyaAllah..



Me & my housemates

Saturday, March 23, 2013
Winter 2012-2013
Feb 2013


Whitish springgg!!

Allahu Akbar!

sukenye...tengok putih-putih ni ^_^


5.30 am



6.00 am

Buka mata dan minda kita

Friday, March 22, 2013

Doa rabitah doa kita

Thursday, March 21, 2013

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela


Pokok Yahudi @ pokok Gharqad

Saturday, February 16, 2013



POKOK YAHUDI / POKOK GHARQAD

Rasulullah S.A.W bersabda dalam sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-Tirmidhi bermaksud:


"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-orang Islam akan memerangi Yahudi. Orang-orang Islam akan memerangi (membunuh) Yahudi dan mereka akan bersembunyi di sebalikk batu-batu dan pokok. (Ketika itu) Batu dan pokok akan akan bersuara 'Wahai muslim! wahai hamba Allah! di belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi". (no 7523 , riwayat Muslim)

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di sebalik mana-mana batu dan pokok untuk menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.

Pada ketika ini, orang-orang Yahudi sedang giat menanam pokok Gharqad secara berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi sebenarnya memang tahu dan sedar tentang kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi saw. Keegoaan dan sikap bongkak mereka menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam, sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari sepanjang masa.

*Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah rupa pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa ia pokok Rhu, pokok Kaktus dan sebagainya. Gambar pokok Gharqad yang dipapar di sini insya Allah akan dapat menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di tempat kita.

*Pokok Gharqad adalah pokok African Boxthorn, dari keluarga Solanaceae. Ia sejenis pokok yang berduri dan mempunyai dahan yang berjalin-jalin. Dikategorikan sebagai beracun, dan buahnya seperti buah tomato, tetapi kecil dan hanya berdiameter 1 cm sahaja. Daun nya bewarna hijau muda. Bunganya kecil dan berwarna putih dengan tompok-tompok ungu.

*Di dalam laman web JewishNational Fund, terdapat maklumat di mana kerajaan Israel menyediakan satu dana khas untuk penanaman pokok. Dana kebangsaan khas ini bertujuan untuk menghijaukan bumi dan tujuan paling utama adalah mencari tanah untuk puak-puak Yahudi ini tinggal.

Laman ini juga menyatakan mereka telah berjaya menanam sebanyak 220 juta pokok dan projek-projek lain. Penanaman pokok Gharqad ini adalah satu dari agenda kempen menghijaukan bumi ini dan kempen ini berkumandang di seluruh dunia bagi mengaburi agenda mereka di Palestin.
via: I Am A Muslim