Harini ani nak sambung semula "the journey...."
Ok, dalam dok takut2 dan berkira2 sempat ke tak sempat nak hantar by 30th june tu.....26 jun (Sabtu), sebelah petang ani dah mula terasa perubahan2 suhu badan yang naik turun. Adoiii...nak demam pulak ke??. Tapi memang tak dapat dinafikan memang sehari suntuk selama sebulan bulan jun ni ani mengadap laptop semata. Semua kerja rumah tak buat. Lantakla orang nak komplen ke nak bebel ke yang penting thesis ani mesti siap on time!. Setiap hari celik je mata...thesis. Sampaila nk tutup mata balik, pun thesis...ada satu minggu tu (if im not mistaken) masa nak prepare second draft, setiap hari ani tidur lewat. Mula2 1st day ani berjaga sampai pukul 2, the next day sampai pukul 3++, then, the following days ani tidur pukul 4.30 am. itu memang maksimum ani bagi untuk ani berjaga. sebab esoknya ani perlu tenaga untuk kembali menghadap thesis. Alhamdulillah, setakat masa tu ani memang tak pernah mengantuk waktu siang dan sentiasa bertenaga untuk menyiapkan thesis.
Kadang2 sambil2 buat kerja tu, terfikir...........dari mana datangnye kekuatan tu??.. Mungkin disebabkan semangat juang yang tinggi nak menyiapkan thesis tu sesempurna mungkin. Haaaa...tu la namanya kuasa semangat!. Kalau kita bersemangat dan bertekad, apa2 pun boleh jadi. Yang penting konsisten. ingat tu adik2... (macam tengah bagi talk kat budak2 pulak
Eh, sudah masuk topik baru pulak ni. Ok, sambung cerita nak demam tadi. Bila terasa nak demam terus ani tarik bantal, selimut....selubung* satu badan, dan tidur!. Panas......tapi tak nak sakit punye pasal, kena jugak buat camtu. Degil! taknak makan panadol. Ye, memang saya seorang yang degil bila disuruh telan panadol. Kalau extremely sakit yang tak boleh tahan baru surrender
Alhamdulillah..malam tu lepas pukul 10 terasa ok sikit. Dalam kepala ni tak fikir lain dah, thesissssssSS.......je
buka laptop balik.......buat buat mana yang mampu, lepastu...tidurrrrr......
(kalau nak tau nak dekat 2am jugakla ani tidur haritu)
hari ahad...isnin...berlalu macam biasa, celik mata thesis, tutup mata pun thesis. Bila tiba malam selasa, suhu badan turun naik lagi....panas, sejuk, panas, sejuk....meremang bulu roma...haha. Aduhai~~ nak demam lagi ke?. Kalini ditambah pula dengan pening kepala. Macam biasa apa yang ani buat, tidurrr......sampai esok pagi. Hmmm...mungkin symptom badan tak cukup tenaga. Berehat dengan cara tidur, cukuplah kot.
Bermula dari minggu ni ani dah tak jumpa supervisor lagi....kitorang berjumpa di alam maya pulak..heheee, berSMS dan berEMAIL..dapatla 2kali softcopy (maksudnya 2 draft) dalam masa berSMS dan berEMAIL selama 2 hari tu.
Sebenarnya ani dah siap print hari selasa, 29 jun 2010 (nasib baik satu copy je, belum 5 copy), dan ingat nak hantar haritu. Tiba2 dapat sms dari supervisor, kena betulkan lagi!!...
Nasib baik ada lagi satu hari, iaitu esok. sempatla ani betulkan buat kali terakhir...
dan akhirnya..... siapppppp!!!
Sebenarnya malam tu masih lagi sangsi, nasib baik ani cuma print satu copy sahaja, selebihnya akan di print esok (30 jun 2010), ani baca balik satu persatu setiap helaian thesis ani. Nah!!! ada lagi silap.
Rentetan perjalanan untuk hari esok ada di sini.
Alhmadulillah.....tamatlah episod "the journey...." perjalanan sebuah thesis.... Mana yang baik tu semuanya datang dari Allah dan yang buruk tu datangnya daripada Allah jua dan atas kesilapan dan kekurangan saya. Yang baik jadikan pedoman dan yang buruk jadikan tauladan.

Sekian. Wassalam....
*ops! tertinggal something: selubung ke kelubung ke...xsure mana satu betul-maksudnye tutup satu badan dengan kepala2 sekali masuk dalam selimut.



0 comments:
Post a Comment