Harini nak coretkan sikit pasal hajat bulan julai ni yg dah tercapai sempena musim buah yang hampir nak ke penghujungnye (betul ke tak saya tak pasti)..ehe.
Dah lama menyatakan hasrat ni pada kawan baik ani:ejan. dia pun ada jugak ajak ani balik rumah dia menghabiskan buah2han yg ada. Minggu pertama...ani tak dapat follow ejan balik kampung sebab ada majlis kenduri. Minggu seterusnya iaitu minggu lepas, kebetulan kitorang ada acara tahunan iaitu bersuka ria kat Floria, waktu nak balik ejan pelawa lagi balik kg die. Fikir punya fikir, akhirnya ani setuju. Lepas minta kebenaran dari mak, ani & ejan bertolak ke rumah sewa ejan di Kg Baru. Tapi bukan balik malam tu jugak, kitorang ambil bas pagi esoknya ke Temerloh, direct to rumah ejan di Jengka 19.
Selama 2 jam perjalanan, agak pening2 sedikit. Maklumlah ani dah lama tak naik bas, kalau naik pengankutan awam pun naik train. Kitorang bertolak pukul 11 dan sampai lebih kurang pukul 1.
Sampai2 je terus melantak buah durian...huhuhuhu
dah puas makan durian, baru kitorang makan nasi pulak.heheheLepas makan nasi, kitorang membaham pulak rambutan dan manggis yang memang dah sedia terhidang dalam wendi a.k.a kereta sorong (xtaula korang panggil ape bende alah tu) & bakul. Everything dah tersedia, tinggal ngap je.
Boleh dikatekan ani ikut ejan balik ni hanya untuk MAKAN. makan...makan...dan makan lagi. HAHAHA.
Bila dah kekenyangan makan durian, rambutan, manggis dan nasi....kitorang rehatkan perut sambil tengok cerita hindustan. Sambil tu jugak kitorang angkut bakul2 buah tu dok depan TV sekali. HAHA..teruk betul anak2 dara 2 orang ni
"ha, make la budok ni wei....oyak date cni nok make buoh"
hehe..lebih kurang gitula ayat dia dengan slang kelantannye. Yang kelakarnye, dia panggil ani "budok ni"..tak pulak die panggil "ani"...hihi cumil
Ni aksi2 ani & ejan lepas makan nasi...sambung makan rambutan & manggis kat buaian bawah pohon jambu.....
tengok manggis tu....gebu kan??? rasa dia...manisss gile!!! biji dia pun tak besar sangat, kadang tu tak berbiji pun.Sambil2 makan tu pusing2 laman rumah ejan, tengok! apa yang kitorang jumpe....
langsat!boleh dipetik dengan tangan je, tak yah panjat2....
Kalau nak tau, inilah kali pertama langsat ni berbuah, lebat sangat.
Mula2, kitorang rase sebijik dua je langsat tu dari pokok, tiba2 tgh syok2 tengok TV, ayah ejan datang dengan sebakul langsat, nah! amik kau. makan la sepuas2nye budok ni oii...

nak tak nak ani kena sumbat jugak.
ejan masa ni dah pening2 lalat. Mungkin sebab perut masuk angin tak makan sebelum bertolak pagi tadi. Lepas tu terus melantak tak ingat dunia.haha. Syukur, ani tak apa2, kalau ani yg pening2 lalat. Alamatnye tak terjamahla buah2 tu...rugi! rugi!.
Sebelah petang pula ejan bawa ani jalan2 pusing2 kampung. Best! dah lama tak naik moto...ape lagi, merempitla budok ni..ehehehehe. Disebabkan budok ni yang dah tak reti nak bawa moto dan ejan yang baru berjinak2 dengan moto, maka...had laju pun ala2 kadar je sampaikan ani pulak kena turun tolak moto tu bila nak naik bukit.
Ok, keesokan harinye mak ejan masakkan kitorang nasi lemak ala warong yg best meletop! nyum2~ shedap! siap bungkus bawa balik...
Gitu gini gitu gini..kitorang naik bas pukul 11 dari temerloh ke KL dan sampai pukul 1++ di pekeliling.
Ops! sebelum tu nak tunjuk gambar2 pokok2 yg ada di sekitar rumah ejan. mak ejan suka menanam. Petang2 masa mak ejan siram pokok kitorang berborakla pasal pokok ni.....
Cili...boleh dijumpai dimana2 rumah yang ada laman yang salah seorang penghuni rumah suka menanam..ehe
Sireh. sireh rumah ejan memang popular dikalangan orang2 bangla yg kerja buruh disekitar rumah ejan. Petang tu pun ada yang datang nak beli sireh.
Pokok limau purut gergasi. Yang ni jenis besar punya, selalu yang kita buat masak tomyam tu yang kecil. Yang ni pun boleh jugak diguna untuk masak tomyam. Buah dia pun besar 2 kali ganda dari limau purut biasa.
Kiambang dalam tangki tertutup. Ani bernasib baik sebab masa ani tangkap kiambang ni kali kedua ikan ni tengah menari2 riang, siap buat drift kona baring lagi...huhu.Banyak lagi gambar nak attach, tapi setakat ni dulu la...lainkali kalau rajin ani attach. Kebanyakan pokok ni semua rendang2, poleh dicapai dengan tangan >>Pokok2 buah macam manggis, rambutan, langsat,duku etc..
Memang best!












Waaaaaaaaa!!! Waaa sangat-sangat dengan report yang lengkap dan bernas. Tiba-tiba rasa rumah ejan sangat menarik..haha!!
Ejan gelak kaw2 pasal naik moto dan tak lepas bukit tu. Mmg abes skill dah tu..kekekek! Al-maklum..bape lama dah tak merempit. Balik umah tiap2 minggu pun, bila merempit ejan lagi suka jadik pembonceng. Biar adik ejan yg bawak. Tuan puteri dok belakang layan keindahan kampung..heeee~~