Sesi mencari contact

Wednesday, May 9, 2012
Setelah dapat sedikit kekuatan dan nasihat2 hubby semalam, pagi ni terus saya email dan postkan apa sahaja apa yang saya nak tau dan cari. Alhamdulillah, respon yang diberikan sangat positif. Memang betul kata-kata orang tak susah nak cari orang Malaysia kat UK. FB yang saya maksudkan adalah UPM Tutor team. Team ni sangat membantu, yang penting tak malu untuk post apa2 di situ. Kelemahan saya adalah perasaan malu dan rendah diri teramat sangat yang sememangnya tak kena pada tempatnya, tapi saya SUSAH nak ubah dia. InsyaAllah saya akan cuba sikit2. Kelemahan saya lagi, saya tak suka orang mengenali saya, dan mengetahui kisah hidup saya. Blog ni pun bukan macam biskut kejap ada kejap takde, tapi lama takde daripada ada.

Dengan pengalaman yang saya ada ni, saya rasa saya akan publish kan blog saya pada umum. Mungkin ada catatan-catatan saya yang berguna untuk orang lain. Walaupun saya tau banyak yang mengarut saje. hehe.

Berbalik pada cerita asal, setakat yang saya dapat tau ada errmm...
1. Tutor Biotek : Kak Adeela
2. Tutor Pertanian : Nazmin
3. Tutor reka bentuk & seni bina : Roziya
4. Tutor Pertanian : Anas Mustafa
5. Tutor Fizik (sains) : Amiruddin

5 tutor UPM yang berada di Sheffield sekarang ni.

Saya pun ada contact dengan women officer Persatuan pelajar Malaysia ni Sheffield a.k.a Sheffield Malaysian Student Association (SMSA)- yang mana saya baru terjumpa website terbaru yang update punya sehari sebelum saya apply VISA.

Sebenarnya agak malu jugak, bila saya rasa 'alamak, kecoh pulak ko ni ani, orang lain nak pegi takdelah kecoh  macam ko tanye sane sini, bgtau sane sini nak mintak tolong'..hah! tengok, hati jahat saya menghasut lagi. Tapi, wat bodoh je la lama2 orang lupa jugak. Jangan fikir sangat ok!. Ingat kata2 ni, malu bertanya sesat jalan.

*hati jahat saya ada jawapan je...ni dia: 'tapi ko tu dah tanya sane sini, habis dah semua orang tau.kecoh betul'
*hati positif saya : 'mestilah kena cuba banyak tempat. Kalau yang satu tak berjaya, yang lain berjaya. Kalau semua berjaya, Alhamdulillah..'
*hati jahat saya kata lagi : ha, tu akhirnya semua orang tau. Konon tak suka orang lain tahu kisah kite?..
dan lagi....
dan lagi...
argghhh....
sesi soal jawab takkan habis.

Kalau kita selalu berfikiran negatif kejayaan semakin jauh dengan kita. Maka berfikirlah secara positif. Lepastu serahkan @ bertawakallah kepada Allah. Berdoa dan terus berdoa mohon padaNya.

*sebab saya silentkan blog ni pun, sebab saya malu dengan orang yg baca blog saya. kisah hidup saya yang tak seberapa ni dibandingkan dengan kawan2 saya yg lain, saya rasa sangat kecil. Disebabkan satu perkara yang menimpa diri saya beberapa bulan sebelum ini, habis hilang hampir 99% keyakinan diri saya. Owh..saya sangat down masa tu. Tapi, saya merasakan saya masih belum lulus ujian hidup itu. Saya akan cuba pulihkan kembali rasa rendah diri yang tak sepatutnya tu. InsyaAllah. Mesti bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan kepada kita. Kata-kata umum...." Rezeki orang lain2, bersyukurlah dengan rezeki yang kita dapat".

0 comments: