Mohon Visa ke UK - dokumen2 student/single

Sunday, May 6, 2012
Masa yang ditunggu-tunggu selama ni adalah nak apply visa. Mula2 ingatkan senang, rupanya pening2 sikit. Belum tau lagi apa cite esok ni.

Punya punya tunggu nak dapatkan CAS number, tiba2 tengah senang lenang di bilik aka penjara perwira (ops! mess perwira, butterworth) dikejutkan dengan email CAS NUMBER!!!! mula2 gelabah, takkan nak amik bas petang 2 mei tu jugak. Bincang2 dgn hubby, dia ckp tunggu hujung minggu balik dengan dia. Yes bos!.

Bermula la episod:

1. Apply online: link dia Uni akan bagi bila dia issue CAS number untuk kita. Lepas isi complete (boleh tangguh2 isi/saved application dalam tempoh 7 hari) print dan buat appointment. Macam saya, saya tak buat appointment terus sebab masih lagi rasa ada borang belum isi dan tak yakin boleh submit isnin (esok)-saya siap  isi hari ahad.
google2 cari pasal experience2 nota2 orang2 yg dah pernah apply visa UK ni
tak banyak, antaranya:


2. Cari borang self assesment untuk Tier 4 (general) student. Dan isi.

3. Sediakan dokumen asal (kalau boleh serta kan yang fotokopi punya) bagi:
  • Degree / Msc Certificate 
  • Degree /Msc Academic Transcript
  • IELTS result
  • CAS email/statement
  • ATAS certificate
  • Unconditional Offer Letter
  • Translated birth certificate (tak payah kalau dah besar)
  • Translated Sijil Nikah
  • Surat sponsor beserta jumlah duit yang bakal kita dapat.
  • PASSPORT jangan lupa. ini yang paling penting!
4. Sediakan Processing Fee: masa saya apply processing fee baru naik April haritu --> RM1416.00
    Kena buat bank draft. Bank draft sebenarnya untuk orang yg ada akaun dalam Alliance Bank tu. Pekerja bank akan tanya nak buat apa, kalau kita takde akaun dia akan bagi borang ala-ala bank in duit la. Senang dan cepat. Dia akan ambilkan borang dan siap isi no akaun UK Visa, kita just tulis nama dan amount je. Taklama lepas tu no kita akan dipanggil dan bayar. Setle.

5. emmm..apa lagi ye?


...........bersambung.....

0 comments: