Hidayah Allah

Monday, November 12, 2012
Bismillahirrahmanirrahim..

"asas kepada setiap kebaikan adalah hidayah Allah"

"Kita semua adalah sedang dalam pemusafiran, hidayah Allah adalah dianggap kompas kehidupan"


Hidayah ada dua jenis:
1. Hidayah intibahah: hidayah yang datang secara mengejut yang diberikan Allah kepada siapa yang Dia kehendaki, untuk mengingatkan orang itu supaya kembali mengingatiNya. Hidayah intibahah berbentuk musibah atau kecelakaan. Maka, apabila sesorang itu tersedar dari kelalaian, dia akan membuat turningpoint, berubah kepada kebaikan yang dipanggil "muhajarah" (berhijrah).


2. Hidayah istiqamah: istiqamah adalah satu bentuk hidayah dari Allah kepada siapa yang sentiasa berusaha mencari ilmu2 yang mendekatkan diri kepada Allah, untuk mendapat redha Allah..serta sentiasa inginkan hidayah Allah. Istiqamah  tulah hidyah Allah.

* selepas seseorang yang mendapat hidayah intibahah dan bermuhajarah, dia hendaklah terus menerus meningkatkan amalan untuk lebih dekat dengan Allah. Fasa kedua nilah yang paling penting dan paling mencabar dalam mengekalkan hidayah Allah dalam hidup. Fasa ini dinamakan "fasa mujahadah". Maka pengurusan nafsu pada fasa ini adalah paling utama. Maka, dengan itu hidayah Allah ada peringkat-peringkat nya. Tingkatan yang paling tinggi adalah hidayah Taufiqiyyah. Lain2 tingkatan hidayah adalah 'Akliah, Dinniyyah dan Hawasiyah.



Jom dengar tanyalah ustaz...










Letaknya hidayah Allah adalah di lubuk@dasar hati paling dalam. Yang luarnya diselaputi lapisan-lapisan nafsu. Maka, bila mafsu tidak diuruskan dengan baik, semakin menebal lapisan2 nafsu itu, semakin sukar hidayah Allah ingin masuk dalam hati seseorang.

Berhati-hatilah dengan kata-kata kita..cth: "Saya belum dapat hidayah lagila, susah nak berubah". "Allah belum bagi hidayah lagi, .........". Kata-kata seperti sangat merbahaya kerana kata-kata seperti inilah yang menebalkan lagi hijab kita dengan hidayah Allah. Jangan terlalu banyak alasan!.

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kecuali kepada orang yg berhak menerimanya, iaitu orang yang berusaha memperolehinya dan sentiasa membawa ke jalan Allah. Dia hanya menyesatkan orang yang berhak menerima kesesatan dan orang yang membawa dirinya kelembah kesesatan, serta suka melakukannya.

"Dan ingatlah ketika Musa berkata kpd kaumnya,"Wahai kaumku! mengapa kamu menyakitiku, padahal kamu sungguh mengetahui bahawa sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu?" Maka ketika mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik (kerana mereka berpaling dari kebenaran, maka Allah membiarkan sesat hati mereka sehingga mereka bertambah jauh dari kebenaran." [As-Saff: ayat 5] @ [61:5].

Lawan kepada hidayah adalah kesesatan.

"Semua anak adam ini adalah sesat, melainkan siapa yang bertaubat"




Cara-cara untuk mendapat dan mengekalkan hidayah Allah:

1. Menghargai hidayah: hidayah drpd Allah sangat2 mahal dan berharga. Sentiasa mensyukuri nikmat hidayah itu. Cth: Saidina Umar sentiasa menangis tak henti2 kerana dipilih oleh Allah untuk jadi muslim dan mukmin.

2. Dekat dengan sumber hidayah: Iaitu dekat dengan Allah. Bagaimana caranya?  dekat dengan kitabullah, menghayati ayatullah. Kitabullah iaitu Al-quran, ayatullah iaitu alam/ tanda2 kebesaran Allah. Sentiasa menghadiri majlis ilmu, dapatkan ilmu@ belajar macamana untuk mendekatkan diri kepada Allah.

3. Bersahabat dengan sahabat yang soleh.

4. Mula melazimi zikir-zikir yang penting. Sentiasa amalkan Ma'thurat, kerana disitu terkumpulnya zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Dari Aishah " Nabi s.a.w suka baca surah Al-Ikhlas"

5. Mesti ada ruang dalam hati untuk tambah ilmu serta mencintai Ilmu. Suka dengan majlis ilmu.

Allahu'alam.


Ya Ilahi...
Kau yang ku tuju, Redha-Mu yang kucari..
Kurniakanlah aku, mengenaliMu serta mengasihiMu.

1 comments:

  1. aNNa said...:

    Doakan Ejan dapat hidayah dan kekal bersamanya..