ISK 1 : The Purpose of Life / Tujuan Hidup

Monday, November 5, 2012
ISK??
Apa tu ISK??

ISK adalah singkatan kepada perkataan Ini Sejarah Kita.
Ada yang pernah pergi program ISK? yang dah pegi Alhamdulillah...
saya baru je pergi ahad semalam.

Alhamdulillah..banyak ilmu baru dan lama yang saya dapat. Selain membuka mata, ia juga membuka hati untuk lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya. Tak dapat banyak, dapat tau apa tujuan kita di cipta didunia ini pun sudah memadai. Tak mampu nak ambil banyak, ambil sikit2 yang penting istiqamah.

Memang, kebanyakan yang diceritakan telah saya pelajari sebelum ni. Tapi masa belajar dulu masuk telinga kanan keluar telinga kiri, belajar untuk exam semata. Nak exam pulunlah sehari semalam hafal, bila habis je exam terus lupa. Macam tulah diibaratkan. Tapi bila kesedaran sudah datang, maka barulah sekarang terbuka minda, supaya yang masuk telinga kanan tu terus masuk dalam otak, melekat dalam hati terpancar melalui perbuatan, insyAllah.

Istilah baru yang saya dapat untuk menunjukkan keadaan diatas --->> faham dengan hati. Manakala keadaan saya sebelum itu adalah faham dengan akal.

Baru saya tahu..dalam kita menuntut ilmu, ada dua jenis kefahaman. Iaitu..faham dengan akal dan faham dengan hati.

Faham dengan hati memberi kesan yang sangat mendalam dan berterusan, Ia boleh dizahirkan dengan perbuatan, dan kekal lama dalam ingatan, insyaAllah.

Tapi, macamana pula faham dengan akal? Faham dengan akal adalah..kita faham, tapi sekadar beredar di ruang minda. Kefahaman ini tak mampu untuk membuat suatu perubahan dalam diri.

Cuba renungkan balik, tahap manakah kefahaman kita selama ni? lagi2 kefahaman tentang islam, kalau berat sangat, fikirkan tentang kefahaman terhadap diri kita sendiri. Adakah kita betul2 faham diri kita sendiri?

Ada tak orang tanya...atau pernah tak terfikir jawapan kepada... apa tujuan kita hidup?
Pernah tak fikir..apa tujuan kita hidup?? what is the purpose of life??

Jom tengok video ni...
http://www.youtube.com/watch?v=ap0o0pTGvgY



Sebenarnya, kita tak sepatutnya tak tahu apa tujuan hidup kita.

Setiap yang dicipta ada tujuan hidup masing2. Contohnya, pensel. Apakah tujuan hidup pensel? Iaitu digunakan untuk menulis dan melukis. Siapa yang tentukan tujuan pensel itu dicipta? Pencipta pensel tu la yang menetukan tujuan pensel tu dicipta. Sesuatu benda takkan wujud tanpa tujuan ia di wujudkan. Dan yang menetukan tujuan benda tu dicipta adalah penciptanya. Pensel tu sendiri tak boleh menentukan tujuan dia dicipta. Cuba bayangkan kalau pensel tak nak menulis, dia nak melompat2 bersuka ria. Tak ke haru dunia ni? Macam tu jugak kita sebagai manusia. Kita pun ada tujuan, dan tujuan kita bukan ditentukan oleh diri kita sendiri, tapi Pencipta kita, Allahlah yang menentukan tujuan kita diciptakan di dunia ini.

so, apa tujuan kita??

Firman Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56:

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [51:56]

dan dalam surah al-Baqarah, ayat 30:

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". .............." [2:30]


Allah dah nyatakan dalam al-Quran apa tujuan kita dicipta, iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah dimuka bumi. Khalifah ialah pemimpin atau pentadbir @ pengganti, iaitu wakil Allah mentadbir bumi dan memakmurkannya.

Tak perlulah nak diterangkan secara detail macamana nk beribadah, macamana nak jadi khalifah. Dari sejak lahir lagi kita sudah diajar dan didedahkan oleh mak, ayah, datuk nenek, guru2 dan kawan2 untuk beribadah dan berbuat baik dan cara2 memakmurkan bumi ini.


Point utama topik ni adalah untuk mengingatkan kembali kepada kita apa tujuan sebenar hidup kita. Mungkin ada yang masih tercari2 jawapan kepada "apa tujuan kita hidup?", "what is the purpose of life" ..dan yang seumpamanya. Inilah dia jawapannya. Allah dah terangkan kepada kita dalam kitab suci Al-Quran, supaya kita tahu apa tujuan sebenar hidup kita.

Allahu a'lam.

Ok, renung-renungkan dan selamat beramal...
akan bersambung dalam ISK siri ke 2
Saya nak sambung siapkan literature review...

2 comments:

  1. aNNa said...:

    Alhamdulillah...

    Walaupun Ani dengar tazkirah kat sana, 2 benua berbeza. Ejan di sini join majlis ilmu (Fatimah Syarha), ilmu yang Ani share sama dengan apa yg Ejan terima di sini. InsyaAllah, menambah keyakinan dan kepercayaan dalam beragama. Ani di sana, Ejan di sini tapi kita tetap terima input yang sama. Subhanallah.. Fatimah Syarha pun cakap 2 tujuan utama kehidupan. Pertama, menjadi khalifah untuk memakmurkan bumi. Kedua untuk beribadat.

    Alhamdulillah, penerimaan ilmu untuk masa sekarang sedikit berbeza dengan dulu. Mungkin, dah mula faham dengan hati kot. Semoga Allah terus sayang Ejan & Ani, terus bagi hidayah sampai kita benar2 memilih pengakhiran kehidupan yang baik.

  1. annie said...:

    MashaAllah..indahnya aturan Allah.
    InsyaAllah..sama2 kita jd mukmin yg beruntung, bukan manusia yg rugi.