The all loving

Saturday, November 24, 2012

Sunday, November 18, 2012


“Jika kamu ingin mendengar kata-kata Allah kepadamu, bacalah al-Quran. Sebaliknya, jika kamu ingin berkata-kata dengan Allah, dirikanlah solat.”

ISK 2: Ini Sejarah Kita

Monday, November 12, 2012
Tak dapat nak bagi intro, saya hidangkan dengan video dulu...insyaAllah akan di tulis pengenalan dan perjalanan majlis ISK tempoh hari. Semoga kita semua mendapat hidayah dari Allah serta dilimpahi kasih dan rahmatNya, insyaAllah...








video-video lain bakal menyusul.....










Best! best! sangat best! bila faham dan selami kisah2 mukmin terdahulu yang mana mereka merusaha mengembangkan serta mempertahankan Islam supaya sampai kepada kita pada hari ini. "Maka nikmat Tuhan mana satukah yang kamu dustakan?"


Bacaan2 lain:
From : TintaNurani
1. Ini sejarah kita part 1 
2. Ini sejarah kita part 2
3. Ini sejarah kita part 3
4. Ini sejarah kita part 4
5. Ini sejarah kita part 5
No 1 hingga 5 ini baca secara berturutan kerana daripada web yang sama. Penceritaan yang ringkas dan mudah difahami, saya rasa mungkin ada sambungan seterusnya tapi saya tak jumpa.



Hidayah Allah

Bismillahirrahmanirrahim..

"asas kepada setiap kebaikan adalah hidayah Allah"

"Kita semua adalah sedang dalam pemusafiran, hidayah Allah adalah dianggap kompas kehidupan"


Hidayah ada dua jenis:
1. Hidayah intibahah: hidayah yang datang secara mengejut yang diberikan Allah kepada siapa yang Dia kehendaki, untuk mengingatkan orang itu supaya kembali mengingatiNya. Hidayah intibahah berbentuk musibah atau kecelakaan. Maka, apabila sesorang itu tersedar dari kelalaian, dia akan membuat turningpoint, berubah kepada kebaikan yang dipanggil "muhajarah" (berhijrah).


2. Hidayah istiqamah: istiqamah adalah satu bentuk hidayah dari Allah kepada siapa yang sentiasa berusaha mencari ilmu2 yang mendekatkan diri kepada Allah, untuk mendapat redha Allah..serta sentiasa inginkan hidayah Allah. Istiqamah  tulah hidyah Allah.

* selepas seseorang yang mendapat hidayah intibahah dan bermuhajarah, dia hendaklah terus menerus meningkatkan amalan untuk lebih dekat dengan Allah. Fasa kedua nilah yang paling penting dan paling mencabar dalam mengekalkan hidayah Allah dalam hidup. Fasa ini dinamakan "fasa mujahadah". Maka pengurusan nafsu pada fasa ini adalah paling utama. Maka, dengan itu hidayah Allah ada peringkat-peringkat nya. Tingkatan yang paling tinggi adalah hidayah Taufiqiyyah. Lain2 tingkatan hidayah adalah 'Akliah, Dinniyyah dan Hawasiyah.



Jom dengar tanyalah ustaz...










Letaknya hidayah Allah adalah di lubuk@dasar hati paling dalam. Yang luarnya diselaputi lapisan-lapisan nafsu. Maka, bila mafsu tidak diuruskan dengan baik, semakin menebal lapisan2 nafsu itu, semakin sukar hidayah Allah ingin masuk dalam hati seseorang.

Berhati-hatilah dengan kata-kata kita..cth: "Saya belum dapat hidayah lagila, susah nak berubah". "Allah belum bagi hidayah lagi, .........". Kata-kata seperti sangat merbahaya kerana kata-kata seperti inilah yang menebalkan lagi hijab kita dengan hidayah Allah. Jangan terlalu banyak alasan!.

Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah kecuali kepada orang yg berhak menerimanya, iaitu orang yang berusaha memperolehinya dan sentiasa membawa ke jalan Allah. Dia hanya menyesatkan orang yang berhak menerima kesesatan dan orang yang membawa dirinya kelembah kesesatan, serta suka melakukannya.

"Dan ingatlah ketika Musa berkata kpd kaumnya,"Wahai kaumku! mengapa kamu menyakitiku, padahal kamu sungguh mengetahui bahawa sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu?" Maka ketika mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati mereka. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada kaum yang fasik (kerana mereka berpaling dari kebenaran, maka Allah membiarkan sesat hati mereka sehingga mereka bertambah jauh dari kebenaran." [As-Saff: ayat 5] @ [61:5].

Lawan kepada hidayah adalah kesesatan.

"Semua anak adam ini adalah sesat, melainkan siapa yang bertaubat"




Cara-cara untuk mendapat dan mengekalkan hidayah Allah:

1. Menghargai hidayah: hidayah drpd Allah sangat2 mahal dan berharga. Sentiasa mensyukuri nikmat hidayah itu. Cth: Saidina Umar sentiasa menangis tak henti2 kerana dipilih oleh Allah untuk jadi muslim dan mukmin.

2. Dekat dengan sumber hidayah: Iaitu dekat dengan Allah. Bagaimana caranya?  dekat dengan kitabullah, menghayati ayatullah. Kitabullah iaitu Al-quran, ayatullah iaitu alam/ tanda2 kebesaran Allah. Sentiasa menghadiri majlis ilmu, dapatkan ilmu@ belajar macamana untuk mendekatkan diri kepada Allah.

3. Bersahabat dengan sahabat yang soleh.

4. Mula melazimi zikir-zikir yang penting. Sentiasa amalkan Ma'thurat, kerana disitu terkumpulnya zikir-zikir yang sentiasa diamalkan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat. Dari Aishah " Nabi s.a.w suka baca surah Al-Ikhlas"

5. Mesti ada ruang dalam hati untuk tambah ilmu serta mencintai Ilmu. Suka dengan majlis ilmu.

Allahu'alam.


Ya Ilahi...
Kau yang ku tuju, Redha-Mu yang kucari..
Kurniakanlah aku, mengenaliMu serta mengasihiMu.

ISK 1 : The Purpose of Life / Tujuan Hidup

Monday, November 5, 2012
ISK??
Apa tu ISK??

ISK adalah singkatan kepada perkataan Ini Sejarah Kita.
Ada yang pernah pergi program ISK? yang dah pegi Alhamdulillah...
saya baru je pergi ahad semalam.

Alhamdulillah..banyak ilmu baru dan lama yang saya dapat. Selain membuka mata, ia juga membuka hati untuk lebih mengenali siapa diri kita sebenarnya. Tak dapat banyak, dapat tau apa tujuan kita di cipta didunia ini pun sudah memadai. Tak mampu nak ambil banyak, ambil sikit2 yang penting istiqamah.

Memang, kebanyakan yang diceritakan telah saya pelajari sebelum ni. Tapi masa belajar dulu masuk telinga kanan keluar telinga kiri, belajar untuk exam semata. Nak exam pulunlah sehari semalam hafal, bila habis je exam terus lupa. Macam tulah diibaratkan. Tapi bila kesedaran sudah datang, maka barulah sekarang terbuka minda, supaya yang masuk telinga kanan tu terus masuk dalam otak, melekat dalam hati terpancar melalui perbuatan, insyAllah.

Istilah baru yang saya dapat untuk menunjukkan keadaan diatas --->> faham dengan hati. Manakala keadaan saya sebelum itu adalah faham dengan akal.

Baru saya tahu..dalam kita menuntut ilmu, ada dua jenis kefahaman. Iaitu..faham dengan akal dan faham dengan hati.

Faham dengan hati memberi kesan yang sangat mendalam dan berterusan, Ia boleh dizahirkan dengan perbuatan, dan kekal lama dalam ingatan, insyaAllah.

Tapi, macamana pula faham dengan akal? Faham dengan akal adalah..kita faham, tapi sekadar beredar di ruang minda. Kefahaman ini tak mampu untuk membuat suatu perubahan dalam diri.

Cuba renungkan balik, tahap manakah kefahaman kita selama ni? lagi2 kefahaman tentang islam, kalau berat sangat, fikirkan tentang kefahaman terhadap diri kita sendiri. Adakah kita betul2 faham diri kita sendiri?

Ada tak orang tanya...atau pernah tak terfikir jawapan kepada... apa tujuan kita hidup?
Pernah tak fikir..apa tujuan kita hidup?? what is the purpose of life??

Jom tengok video ni...
http://www.youtube.com/watch?v=ap0o0pTGvgY



Sebenarnya, kita tak sepatutnya tak tahu apa tujuan hidup kita.

Setiap yang dicipta ada tujuan hidup masing2. Contohnya, pensel. Apakah tujuan hidup pensel? Iaitu digunakan untuk menulis dan melukis. Siapa yang tentukan tujuan pensel itu dicipta? Pencipta pensel tu la yang menetukan tujuan pensel tu dicipta. Sesuatu benda takkan wujud tanpa tujuan ia di wujudkan. Dan yang menetukan tujuan benda tu dicipta adalah penciptanya. Pensel tu sendiri tak boleh menentukan tujuan dia dicipta. Cuba bayangkan kalau pensel tak nak menulis, dia nak melompat2 bersuka ria. Tak ke haru dunia ni? Macam tu jugak kita sebagai manusia. Kita pun ada tujuan, dan tujuan kita bukan ditentukan oleh diri kita sendiri, tapi Pencipta kita, Allahlah yang menentukan tujuan kita diciptakan di dunia ini.

so, apa tujuan kita??

Firman Allah dalam surah Az-Zariyat, ayat 56:

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" [51:56]

dan dalam surah al-Baqarah, ayat 30:

"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". .............." [2:30]


Allah dah nyatakan dalam al-Quran apa tujuan kita dicipta, iaitu beribadah kepada Allah dan menjadi khalifah dimuka bumi. Khalifah ialah pemimpin atau pentadbir @ pengganti, iaitu wakil Allah mentadbir bumi dan memakmurkannya.

Tak perlulah nak diterangkan secara detail macamana nk beribadah, macamana nak jadi khalifah. Dari sejak lahir lagi kita sudah diajar dan didedahkan oleh mak, ayah, datuk nenek, guru2 dan kawan2 untuk beribadah dan berbuat baik dan cara2 memakmurkan bumi ini.


Point utama topik ni adalah untuk mengingatkan kembali kepada kita apa tujuan sebenar hidup kita. Mungkin ada yang masih tercari2 jawapan kepada "apa tujuan kita hidup?", "what is the purpose of life" ..dan yang seumpamanya. Inilah dia jawapannya. Allah dah terangkan kepada kita dalam kitab suci Al-Quran, supaya kita tahu apa tujuan sebenar hidup kita.

Allahu a'lam.

Ok, renung-renungkan dan selamat beramal...
akan bersambung dalam ISK siri ke 2
Saya nak sambung siapkan literature review...

Autumn in Sheffield 2012

Saturday, November 3, 2012


"Apakah engkau tidak memperhatikan, bahawa Allah menurunkan air dari langit, lalu diaturnya menjadi sumber-sumber air di bumi, kemudian dengan air itu ditumbuhkan-Nya tanam-tanaman yang bermacam-macam warnanya, kemudian menjadi kering, lalu engkau melihatnya kekuning-kuningan, kemudian dijadikan-Nya hancur berderai-derai. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal sempurna"

[39:21]
Surah Az-Zumar, ayat 21.


Masa ni suhu mencecah 4 degree, sejukkk~~~~~~... angin kuat masa ni

heheh..cool je

Ini ain dan naza. Fokus kat scarf ain, betapa kuatnya angin nak bagi suhu makin sejuk...


Dah sampai!...ini di pintu masuk Botanical Garden ^_^

Subhanallah..cantik sangat lukisan alam, ciptaan Allah. Sedang makhluk yang diciptaNya pun teramatlah cantik pada pandangan kita, tak tergambar betapa maha cantiknya Dia, Pencipta kepada benda2 yang cantik ni. termasuk orang ni..eh?  hehe Alhamdulillah...

Jom ikut ani jalan2 meneroka Botanical Garden ni. 
Tempat yang wajib saya pegi setiap kali terasa bosan mengadap labbook @ laptop.

Kita posing sket.

Beberapa minggu lepas...MINGGU tau, bukan bulan...pokok ni cantik berbunga putih dan ungu, sekarang dah jadi coklat, kering pulak tu..tak lama dah riwayat hidupnya di bumi ni..
Macam mana pula keadaan kita??

Cantik sangat. dengan awan yg membiru, ranting2 pokok yang berselirat...
artistic!






Buah dari pokok ni comel sangat! putih2 comel disebalik rimbunan daun hijau dan ranting halus 

buahnya ringan, rapuh macam polstyrine..

Jom kita ronda2 dalam taman ni....







Tempat kenangan saya dating dengan mr Hubby 5 bulan yang lepas...ada kat belakang tu....




to be continued...

Alhamdulillah...

Friday, November 2, 2012
Alhamdulillah tenang rasanya bila dengar kata2 orang2 soleh ahli syurga ni. Rugi dan amat merugikan kalau kita tak ikut macam apa ahli2 syurga ni buat. Kena selalu muhasabah diri..kita manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan, turun naiknya iman. Diharap bila iman kita sedikit menurun, cepat2 kita boleh recharge balik...jangan sampai tercicir terlalu jauh. Bayangkan bila kita membuat kebaikan, kita bersama dengan semua orang2 soleh ahli syurga berjalan bersama menuju ke syurga..tapi ada masanya kita sedikit terlupa..sedikit ketinggalan dari kumpulan ahli2 syurga ni..cepat2 kejar semula. Jangan ketinggalan untuk meraih ganjaran2 yg Allah janjikan kepada org2 yg taat. kehidupan yang kekal selamanya adalah kehidupan akhirat. bukan kehidupan sekarang.

Jangan jadi orang yang rugi. sebagaimana firman Allah dalam al-Quran, rugilah orang2 yg ingkar yang telah datang kepada mereka bukti2 tentang kebenaran Al-Quran serta peringatan2 di dalamnya.

Jom buat Journal kehidupan, audit diri.