nak??..kejap je....
tak nak??..ambil masa pulak nanti...
emmm...akhirnya, buatla..."
Dialog di atas adalah monolog ani...pasal nk buat entry baru ke taknak. Bukan apa,kalau dah layan blog ni, sampai ke sudah ta jadi keje..hehe..
Apapun keputusan yg d buat, entry kali ni hanya untuk ucapkan Selamat Hari Raya Eidul'adha kpd pembaca setia blog ani. Raya kali ni sedikit meriah berbanding tahun2 sebelumnya. Kalau tahun2 sebelum ni hari raya haji macam hambar je, tiada beza dgn cuti hari minggu, tapi kalini lebih sikit. Mak pun semangat nk masak macam2 di pagi raya. Bukan pagi raya sj, tapi malam raya pun mak dah ready dgn masakan2 nya..seronok!!..menu utama mak raya ni daging goreng satey dan rendang ayam dengan pulut kuning & menu sampingan lain.
Lepas adik balik sembahyang raya, makan, dan bersiap ala2 kadar, kitorang bertolak ke Banting..menjenguk rumah yg dah lama ditinggalkan. Rindu kat Koreng, rindu kat album2 lama, rindu rumah kampung, rindu semuanya.... (^_^).
Kembali ke topik raya...
Sampai di rumah kat banting, terus kami tukar baju n menjalankan kerahan tenaga (eh,betul ke ayat BM ni??...sori cikgu, SPM dah lepas, so dah lupa nk susun ayat dgn betul..hehe...), kerahan tenaga membersihkan rumah. Bila dah siap mengemas, makan2 dan bersiap untuk balik. Kami tak bermalam sebab barang2 untuk masak,etc...semua takde, so petang2 sikit, siap2 untuk balik.
Balik tu singgah Alamanda, mak belanja Pizza, yahooo!!! makan lagi!..bukan seronok dapat makan tapi dapat makan same2, cukup korum, kat luar...huhu..besh2! V(^_^)V...
okey, sampai di sini saje cerita raya haji kali ini....



nape x bwk kucing tu skali?