Testimonial Ron 95 vs Ron 97

Saturday, November 7, 2009
bismillahirrahmanirrahim...
...:::Ron 95 VS Ron 97:::...

Antara Ron 95 and Ron 97...mana yg anda pilih???

Bg ani,pengguna kancil 850cc (manual) ani pilih Ron 97. Sebelum ni ani menggunakan Ron95,dari segi kelajuan sampaila kecekapan kereta bila naik bukit amatlah menyedihkan.Pada awalnya, tak berapa terasa, tp setelah beberapa minggu menggunakannya baru terasa kelainan.Perkara ni pun disetujui oleh my lab mate, Kak Dayah. Walaupu kereta ni manual, tapi bila naik bukit mengalahkan kereta auto,nak kena tekan minyak habis, kadang2 tu frust sgt tgk moto2 kat belakang potong dgn hepinya.Tapi lain pula kesnya dgn kereta mak ani (proton iswara),ani bw ok je. mungkin bergantung pd enjin kereta jg kot. Taktaula, sebab ani bukan pakar bab2 kereta ni, tau bw je...hehe =P

Akhirnya ani mngambil keputusan untuk mencuba Ron 97.Eh, tapi sebelum tu ani try dulu Ron 95 kat stesen lain (Shell, sebelum ni hanya isi di petronas).Mana tahu ada improvement sikit. Alhamdulillah...sedikit peningkatan, tapi ada juga kdg2 terasa berat je kereta.Masa tu ani bawa pg PD. Mujurlah sepanjang di highway, kereta tak buat hal.

Tapi selepas tu..disebabkan stesen Shell tak banyak kat putrajaya ni (emmm... satu je,jauh plak tu dr rumah), ani pun terpaksala berkorban sikit untuk pemanduan yg lebih lancar (cheh!),mula mengisi Ron 97 di stesen petronas berdekatan. Mahal pun mahallah,janji kereta smooth. Mana taknye, kalau tekan minyak tu seram je, tekan habis pun tak 'pick up'.Dan yg paling tak suka bila lambat sikit, kereta belakang 'gila' membunyikan hon diorang yg dah lama tak guna tu.

** entry ni dah lama dalam simpanan...br nk publish, hehe

skrg ani guna Ron95 from Shell, bergagah jugak cr stesen...kikiki..
nantikan cerita seterusnya

3 comments:

  1. abcdef said...:

    Actly dia depends kat enjin...mcm Saga BLM aritu aku bwk pki petronas ron95, enjin mati tgh jln pdhal auto....tp Saga tu plg sesuai Esso, mmg xde beza ngn Ron97...klu Wira manual petronas or shell xde beza sgt ron95 diorg...btw utk kancil, ko bole try caltex

  1. annie said...:

    hukhuk! mano den nk cari caltex neyh.selama ni mmg tak terfikir pun stesen selain petronas n shell.padahal dulu kat banting slalu je isi caltex.kat area serdang n putrajaya mmg tak pernah ternmpak plak caltex..??

    org dah beberapa kali pakai ron95-97 shell n petronas,2-2 same je sebenarnye...cume kalau 97 tu cam best sket je, esp ms minyak dekat nk abis, ron 97 masih mengekalkan mutu kelajuan tp ron 95 dah start semput2...

    btw, tq for your suggestion ^_^

  1. abcdef said...:

    lupe nak ckp, caltex tu petrol terbaik kat US dlm kualiti ron95...sbb dia ade admixture yg bgs compare dgn brand lain...tp tu la mslhnye, brand caltex x byk kat sini he2