Kisah batuk tak henti2

Thursday, June 21, 2012
Sejak semalam rasa macam dah berkurangan sikit batuk. Tapi rupanya saya silap. Malam sebelum lelapkan mata, batuk tak henti2, tekak gatal semacam. Sangat gatal rasa macam nak masukkan sudu lepas tu korek buang apa yg patut. Nak menangis pun ada, kadang2 masa nak batuk kita akan rasa dari dalam kan? yang ni tak bagi salam ke apa2, terus je keluar. Memang seksa sangat. Lepas sejam macam tu bgtau hubby, then try tido balik, baru ok sikit. Mungkin berkat doa suami kot. Walaupun kami jauh kami tetap sentiasa berhubung. Alhamdulillah, syukur masih boleh dengar suara hubby sebelum tido.

Pagi tu rasa macam ok sikit. Suara pun dah kembali pulih walaupun tak sepenuhnya. Agak pelik jugak, siang2 ok je. Bila menjelang malam je mula la tekak ni gatal yang amat.

Petang tadi, masa tengah berbincang dengan supervisor, boleh pulak rasa something dalam tekak ni. Memang tak boleh tahan sangat, saya terbayangkan ada beacteria ni nak masuk jugak dalam tekak saya walaupun dah sedaya upaya tahan tak bagi masuk. tahan punya tahan sampai mata merah, mula batuk sikit, lepastu batuk tak henti2 makin kuat sampai terkeluar air mata. Bila dah batuk 2-3 kali tak tahan terus minta izin supervisor nak minum air sekejap. Aduiiii...malu betul. Batuk yang paling dahsyat depan orang la kiranya tadi. Sampaikan kawan2 risau. Alhamdulillah lepas minum air, tekak rasa leg adan boleh teruskan sikit perbincangan dengan supervisor. Ada jugak rasa sikit-sikit gatal tekak tadi, tapi tahan. Supervisor siap bagi gula2 mint, dia kata untuk bantu basahkan tekak. Terus dia bagi satu bekas, kecik je bekas tu..hehe...bolehla tahan sikit lepas kulum gula2 tu.

Sebelum balik dah janji dengan diri sendiri mesti kumur2 dengan air garam untuk kurangkan batuk. Petua ambil dari encik google. Harap2 berkesan. Balik rumah, lepas makan..terus kumur2 dengan air garam. eiiiyak! tak cedapnye!. garam kat sini lain macam sikit rasanya. Kalau kt Msia tu dah halus, yang sini punya lagi halus. Rasa pun len macam..2-3 kali kumur2, tak tahan dah. Cukuplah untuk harini. Harapnya berkesan. Cepatla pergi wahai batuk, sungguhla tak tahan dan mengganngu ketenteraman bukan sahaja saya, tapi orang sekeliling saya jugak.

Darling husband pun tengah batuk2 jugak sekarang ni. Katanya, cuaca kat Malaysia tak berapa baik, berjerebu..itu mungkin salah satu penyebab selain dari perubahan cuaca dari sangat sejuk kat Sheffield ni kepada sangat panas kat tepi pantai di Butterworth tu. Harapnya darling husband pun cepat sembuh. Aminn..

0 comments: