Teringat blog, update sikit

Thursday, June 14, 2012

Alhamdulillah..masa ni dah 17 hari di perantauan. 3 hari duduk single lagi lepas hubby balik malaysia. Tiba-tiba teringatkan blog yg dah lama tak update kerana terlalu busy menguruskan kelengkapan diri serta kehendak tugas sebagai pelajar.

Mungkin harini tak berkemampuan untuk generate ayat untuk coretan kehidupan di perantauan...badan memang letih, tapi letih lagi emosi. masih lagi homesick dan 'husbandsick'.

Pertama kali berpuasa di waktu siang yg panjang, Alhamdulillah dapat tahan sampai ke maghrib yang mana subuh 230 pagi sampai ke maghrib 930 malam. Masa buat kerja lab tadi tak terasa sangat lapar. Mungkin hari pertama ganti puasa tak terasa sangat, tengokla nanti ramadan yang betul...tengah2 antara 15 ramadan ke atas, mesti lembik saya. Glucose dalam badan dah semakin berkurangan.

Terubat jugak kesunyian bila masa berbuka tadi adik2 rumah ni dan kawan2 diorang ada sekali. Masing2 dengan lawak masing2. Seronok je tengok budak2 ni happy. Terasa macam nak jadi student undergrad balik. cuti semester je jalan. Tak payah fikir nk buat projek ke apa ke. Enjoy~~

Walaupun mata tak mengantuk lagi, tapi kena tidur jugak sebab esok kena bangun awal, subuh pukul 230..tapi biasa saya akan bangun 330. Memang selalu automatik saya akan terjaga pukul 3 atau 330. Rindu dengan bantal peluk saya...dua-dua bantal peluk saya tinggal..hubby ucuk dan bantal lembik saya.. soB soB... T_T

Gudnite. Assalamualaikum..
*orang kat malaysia mesti baru bangun sembahyang subuh masa ni dan siap2 untuk pergi kerja.

0 comments: