University health centre yang sangat lembab

Friday, June 29, 2012
Kali ni nak cerita pengalaman macamana payahnya saya nak daftar untuk dapatkan perkhidmatan perubatan di sini. Ya Allah...banyaknye dugaan dan banyaknya kesabaran diperlukan.

Disebabkan dah tak sabar sangat nak confirmkan my pregnancy. Lepas buat UPT sendiri kat rumah hajat nak terus ke klinik untuk mengukuhkan test tu lagi. Tapi semakin hari semakin hampa dan musnah harapan. Nampaknya sekarang ni kena menggunakan kepandaian sendiri untuk mengesahkan bahawa...."Anda telah hamil, ...minggu".

Nak tau prosesnya?, ni dia...

Ahad 24 Jun dah buat test, terus naik 2 line. Wah! excitednyeee!!. Petang tu terus pening2 kepala. Cadang nak jumpa Dr keesokan harinya lah. Ok, tau belum complete daftar dengan Uni Health Centre, tapi adik kat rumah ni kata, boleh je terus pergi kat walk in centre. So, esok (isnin) tu walk in lah saya dan atirah..Sampai2 je kat kaunter walk in centre terus isi borang. Siap isi hantar, dan receptionist tu tanya, n saya explain baru sampai belum complete register lagi, baru buat online pre-registration..gitu gini. Dia kata takde dalam sistem, Dan kalau nak jumpa Dr jugak kena bayar 20pound. Banyak tu..kalau just jumpa dan tak dapat apa2 vitamin @ supplement rugi je bayar. Ok, kitorang decide nak ke uni Health Centre, settlekan registration dulu.

Berjalanlah kami ke Uni Health Centre.. sampai2 receptionist kata, harini tak boleh buat. Suruh call esok. Baliklah saya dengan hampa. Balik ke rumah ambil bag laptop semua terus ke Lab. 

Selasa, saya plan nak siapkan kerja2 lab saya satu hari tu, dan saya akan buat appointment untuk settle registration hari rabu. Dah minta permission dengan Dr pun yang saya nak pegi jumpa medical Dr. Then, supervisor terus bagi off satu hari. Yahooo!!!. 

Rabu pagi2 lagi try la call buat appointment.... truut..truuut.........truuut..trruuut..bla.bla..bla...Could you come on Thursday?..what! Thursday pulak?? Ok, then, i'll come on Thursday......aduh, habis satu hari. Gunakanla masa yang terluang tu untuk urus hal2 lain yang tak settle lagi. Contohnya, bank card, topup handset yang kena tipu, dan macam2 lagi. Ingatkan nak ke lab petang tu, tapi buat itu ini pukul 2 lebih baru siap. Tak jadila nak ke lab.  Nak membaca journal pun takde mood. Belum dapat tune lagi masa ni. Bilala nak dapat tune sebenar ni :(.

Ok, dengan semangatnya, hari khamis datang lab awal. Sedia awal2 mana tau supervisor nak bincang atau bagi short lecture atau apa2 sahaja lah. Ok, tengah syok2 konon2 buat kerja@ baca journal sambil chatting, tiba2 dapat call dari UniHealth Centre, kata...tak payah datang harini. Datang minggu depan..dengan alasan system error. Pulak dah?, apesal tak cakap awal2 system error. Takdela kita nak berharap2 tertunggu-tunggu hari hari nak buat appointment. Terus cakap, kalau tak boleh minggu ni. boleh tak nak jumpa Dr. Ok, dia kata datang pagi esok, Jumaat. jam 8.45am.

Keesokan paginya.......datangla saya ke Uni Health Centre, sampai sesat2 terlajak simpang. Cehh..macam bawak kereta pulak.. :P. Dengan senyuman, harapan boleh confirm baby tomei2 dalam ni. Tapi bila ke kaunter...dia baru nak buat appointment dan suruh datang petang pulak....sabo jela. Nasib baik ko dapat customer yang penyabar macam ni...so, memang bebas dari maki hamun la. Ok, mari kita ke lab...petang ni kita datang pulak..lalalala (tensionnye!!).

Lepas discuss dengan supervisor pasal projek bla..bla..bla...bersediala saya nak ke Uni Health Centre, sekali lagi...................... daftar dan tunggu nama dipanggil...masuk2, duduk, explain sikit2 dengan Dr. Dr pun cakap bla..bla..bla..jaga itu ini jangan angkat berat, jangan exercise kuat sangat...bla..bla..bla...asid folik satu biji je sehari yang mana budak pandai ni telan sampai 3 biji sehari..bla bla bla...buka website babycentre..(ada jugak?)..ermm apa-apa la. Dia suruh cakap kat kaunter daftar tu suruh diorang buatkan appointment untuk jumpa midwife. Sekali lagi....."your registration is not complete, so we cant make an appointment for you, can you come again next Thursday or Friday???"...WHATTTTTTTTT???!! dalam hati jela. Ok. Thank YOU.full stop. Jom balik sayang.




* canggih sangat. Bila ada sedikit error, satu hape pun takleh buat. Maju nyaaa...kagum saya.
* saya selalu terkena benda yang tak berapa nk elok, so..saya tak bangga la sangat dengan negara omputih ni. Walaupun malaysia tak se'purrrfect' negara omputih, kadang2 ada beberapa perkara patut di'respect', bukan asyik complainnnnnnn je.

0 comments: