Amaran pertama

Saturday, July 7, 2012
Terasa nak menulis sedikit...

Harini..buat pertama kali, i have bleeding. Tak pasti masa bila dia keluar, tapi bangun dari tidur dan masa tu ke toilet utk buang air, terus terkejut.. "MasyaAllah!..kenapa ni?". Patutla sejak semalam sakit2 badan dan pagi nya masa nak mula vaccum bilik terasa lenguh yang amat bila bangun dari duduk. Berhenti sekejap dan teruskan kerja. Lepas tu memang tak larat, terus tertidur. 

Bila difikirkan semula mungkin tak rehat dari semalam, petang jumaat walaupun balik awal, tapi tak rehat. terus ikut adik2 ni keluar makan kat subway. Balik pun dah maghrib, masa tu dah pukul 9.30 malam. 

Sorry sayang, mommy tak prihatin dengan sayang..lepas ni mommy akan lebih berhati-hati ye sayang..

Taknak dah buat kerja non stop. Walaupun badan tak rasa letih, mungkin yang di dalam tu sudah letih. Ok, lepas ni kena lebih peka dan fikir bahawa diri tidak lagi keseorangan sebab ada si comel di dalam tu yang perlu lebih perhatian dan kasih sayang ^_^.

Take care mommy!

0 comments: