Hari pertama selepas cuti lama

Monday, July 23, 2012
memulakan tugas sebagai student semula setelah 2 minggu cuti sakit (cuti sendiri, takde official cuti pun). Agak gelabah bila takde idea nak buat apa hari ni. Masa keluar rumah ternampak kereta yang pemandunya seperti orang yang ku kenali. "eh, Dr Qaiser ke??, takkan dia nak melawat aku kot?".. nampak macam dia sedang text someone...cek telefon sendiri...takde pulak message masuk. Ermm...jalan perlahan2 dengan harapan kalau betul dia nak melawat mesti dia text saya. Slow2 jalan tak nampak pun kelibat keretanya di belakang. "Erm..mungkin bukan dia. Atau dia ada urusan lain. Sebab pernah dia bagitau yang dia ada flat kat Filey street tu".

Ok, perjalanan diteruskan menyusuri belakang chemistry department dan seterusnya student's union. Wah! ada bunga baru tanam..cantik pulak tu. menari2 dibuai angin. nasib baik harini pakai sweater. Alhamdulillah..walaupun cuaca agak panas harini, tapi angin tetap kuat. Nasib baik ikut kata hati pakai sweater tadi. Memang betulla, kalau yang dah biasa dengan cuaca macam ni akan berpeluh kepanasan, tapi saya yang masih angin Malaysia ni, bukan setakat tak berpeluh..sejuk pulak.

Sampai2 je...salam2 peluk kawan2 yg dah lama tak jumpa. Rindu diorang kat saya..saya pun, hehe. Agak kekok sedikit. Ermmm..mengalirla jugak air mata bila ada yang bertanya apa yang berlaku. Baru cerita kat sorang je. Yang lain2..nantila. Biar diorang terlupa..tak perlu saya imbau kisah sedih lagi.

Baru nak memulakan kerja, dah di rosakkan oleh sorang senior yang -saya pun tak tau nak komen apa- tak faham kenapa dia asyik tak puas hati dengan sorang training student. Padahal budak tu memang sikap dia macam tu, dia tak ganggu orang lain pun. Cuma kalau kita yang terlibat dalam interaksi dengan dia memang agak 'tak best'. Sebab sikap dia agak mendesak sikit. Memang macam tu pun cara orang2 belah timur tengah..mungkin dia terlebih sikit. Saya...dah start pening kepala............

0 comments: