Pasrah atas segala ketentuanNya...Dialah sebaik2 perancang hidup ini, kerana Dialah jualah yang mengetahui akan kekuatan dan kelemahan sebenar kita.
Sabtu, 7 Julai 2012.
Tak sedap hati semakin menjadi2 bila janji yang terpaksa di leburkan kerana keadaan kesihatan diri yang tak berapa mengizinkan untuk saya memenuhi undangan makan2 di rumah kak zai di Tinsley. Dengan faktor jarak dan tiada siapa dapat teman untuk kesana, terpaksa menolak pelawaan kak zai untuk majlis makan2 beliau.
Bangun pagi, macam biasa.. mandi dan mengemas bilik ala kadar. Selesai memasukkan pakaian ke dalam mesin basuh, terasa nak meng"vaccum" bilik pula. Dah lama niat nak vaccum bilik, tapi tak buat2 jugak. Cuma menjeling je vacuum cleaner tu dari jauh. Alasan lain yang lebih kukuh adalah, kerana si kecil didalam perut sedang mengalami fasa2 aktik membahagi dan membentuk janin yang comel. Fasa ni lah fasa kritikal di mana si ibu perlu banyakkan berehat dan mengurangkan akiviti berat. Tapi entah kenapa, dek kerana tak tahan melangkah dia antara habuk2 dan rambut yang tak kelihatan, nekad juga untuk vacuum bilik. Terasa diri terlalu kuta untuk angkat vaccum yg tak berapa nak berat sangat tu..tinggal separuh je lagi nak masuk ke bilik. terasa seperti dah tak larat. sudahnya, tarik salur vaccum je masuk dalam bilik. Sekali lagi badan terasa berat semasa menghidupkan vacuum. dalah hati "eh, kenapa ni. kuat sangat buat keje kot..rehatla dulu". Selepas beberapa minit berehat, aktiviti meng'vacuum' bilik diteruskan sambil duduk..
Agak2 bilik dah bersih sikit. Terus baring di katil dan tertidur. Walaupun vacuum sekejap je, tapi letih nya rasa macam memotong rumput satu laman. Bangun tidur, dalam pukul 5 petang..bila nak kebilik air, buka panties, nampak brown spot. Dalam hati dah takut, tapi cuba untuk cool. InsyaAllah takde apa2.
keesokannya...
Ahad, 8 Julai 2012.
Hati nekad nak ke farmasi beli multivitamin. Pergi tanpa teman. berjalan sorang2 slow2. Takut brown spot semalam jadi banyak pula. Dalam berhati2 masih terasa 'something' will happen. Nak menyesal pun tak guna. Bila balik, memang betul bukan sahaja brown spot, tapi darah!!. Ya Allah....tuhan sahaja yang tahu perasaan masa tu. Terus ajak housemate ke klinik. pergi ke klinik pula berjalan...semakin terasa banyakla kuantiti darah yang mengalir tu. dalam hati dah menangis sekuatnya.
Bila sampai ke klinik @ walk in centre, sekali lagi. permohonan nak jumpa Doc direject, atau dengan cara lain bayar 35 pound baru boleh jumpa Doc. Punyala merayu dan buat muka sedih bgtau hal sebenar, then dapat kebenaran jumpa Doc tanpa bayaran. Itu pun menunggu selama 2 jam baru dapat jumpa Doc. kat situ saya dah menangis. dah tak kira orang sekeliling. Begitu teruk perkhidmatan perubatan di Sheffield ni.
Bila dapat jumpa doc, Doc cuma tekan2 perut dan ambil sedikit keterangan dan terus buat appointment untuk scan di Hospital Royal Hallamshire. Temujanji dibuat pada Selasa, 10 Julai. Pesan Doc, balik dan berehat. Sekejap sangat.
balik dari klinik juga berjalan kaki. Ya, darah kelaur sedikit2..menjadikan jumpahnya lebih banyak dari yang sebelumnya. (masih lagi terlalu sedikit berbanding darah awal period)
Isnin, 9 Julai 2012.
Hati berat nak datang lab. tapi disebabkan meeting group akan diadakan hari ini, terpaksa gagahkan diri untuk ke lab juga. Dengan harapan meeting cepat habis. Tapi tak juga, sebab bermula pun dah lewat, maka berakhir pun lewat juga. Pukul 630 petang baru balik. Harini memnag tak bawa beg laptop. Seperti yang dijangka, semakin banyak berjalan semakin banyak darah keluar. Walaupun kuantiti nya sedikit tapi hati ni dah lama meronta2 sedih mengenangkan keadaan si kecil di dalam. Harap2nya tiada apa2 buruk berlaku.
Selasa, 10 Julai 2012.
Setelah usaha mencari teman untuk ke hospital gagal, akhirnya kuatkan hati beranikan diri pergi sendiri. Call taxi, taxi hantar terus sampai ke pintu hospital. Alhamdulillah, tak susah nak cari ward G1. Lepas daftar nama, duduk dikerusi menunggu sampaila di panggil. Selepas di tanya beberapa soalan oleh nurse bertugas, beberapa minit lepas tu di panggil sekali lagi untuk buat scan. Tapi, nak elak pun tak guna..scan yang akan dilakukan adalah vaginal scan, bukan tummy scan. Pasrah dan Tawakal. Follow je apa2 yang nurse suruh. Agak ngilu bila alat scan tu digerak2 kan. masa tu masih lagi bleeding.
Bila keputusan scan menghampakan, nurse ambil darah pula. Untuk pastikan hormon yg sepatutnya hadir dalam keadaan sepatutnya.
Selesai ambil darah, saya diminta untuk datang semula ke hospital untuk test darah yang seterusnya. Dimana kalau keputusan harini adalah negatif, tak perlu ke hospital semula, tapi jika positif, perlu ke hospital semula dan buat ujian darah lagi.
Balik ke rumah dengan taxi dan terus berehat.
Bila malam, perut terasa sedikit sakit. Selang beberapa minit sakitnya. Mungkin ini kot yang dikatakan contraction. Tapi sakitnya masih lagi boleh tahan.
Rabu, 11 Julai 2012
Menjelang pukul 5 pagi tu, sakit nya semakin bertambah. Rasa risau sangat. Call housemate, dia pun tak tahu nak buat apa. Kebetulan housemate semua nak bersiap pergi kerja. Untuk elak rasa sakit, saya pun tidur, Bila saya terjaga sakit dah berkurangan. Alhamdulillah. boleh chatting2 dengan ejan gelak2 lagi. Sambil chatting pun terasa mengantuk sangat. Tidur sekejap, tiiba2 contraction datang lagi, semakin kerap dan semakin sakit. Call kak dila, apa nak buat. Samada nak ke klinik ataupun buat apa. Tapi yang paling tak patut, dia suruh saya ke klinik sendiri. Kalau jadi apa2 tengah jalan, mati katakla saya. hurmm..
Perut semakin sakit. Kebetulan dah pukul satu, dan ada seorang housemate dah balik, Mira. terus minta mira teman ke hospital. Call midwife pun mengecewakan. Mid-wife suruh pegi klinik @ walk in centre. Bukan dia nak tolong call kan atau bantu apa2. Mira call kak huda, kak huda suruh call 999. masa tu saya tak boleh buat apa2 dah. dah sakit sangat2. lastly mira follow suggestion midwife suruh ke emergency, Northen General Hospital. Saya ikutkan sahaja. Tapi ingatkan hospital tu dekat, rupanya jauh sedikit, Pelik jugak kenapa midwife tak suggest Royal Hallamshire hospital, mira kata mungkin hospital tu ramai patient kat emergency.
Sampai ke emergency, saya semakin sakit. Sakit yang tak tertahan. Mira yang tolong daftarkan semua. masa tu, tuhan saja yang tau sakit saya. Semua kedudukan tak kena, lastly bersandar di bahu mira, sambil menangis tahan sakit. ini pun lama jugak. Lama2 mira mungkin dah tak tahan tengok keadaan saya, terus dia minta receptionist tolong panggilkan nurse @ siapa sahaja untuk cepatkan giliran saya masuk untuk diperiksa. Lebih kurang 20 min lepas tu, baru nama saya dipanggil. Masa tu dia minta explanation sakit, mira terus cakap saya miscarriage, tapi nurse lelaki tu tak faham. Saya terangkan sakit saya, dan dia bawa saya ke satu bilik. Rupanya bilik tu bilik menunggu untuk pesakit yang kritikal, bezanya..di sini pesakit menunggu di katil. dan dirawat oleh nurse sebelum berjumpa doc. Lepas tukar baju ala kadar, ada sorang nurse datang dan ambil keterangan sakit saya. Sebelum menanti Doc sampai dia bagi pain killer untuk tahan sakit. Alhamdulillah, sakit semakin berkurang.
Dalam 2 jam lepas tu, ada something yang keluar perlahan2 dari faraj..sangat perlahan..dan saya terasa sesuatu yang besar nak keluar. Bila saya cek..memang besar, dan saya assume, itu adalah janin. Sedih jugak, tapi nak buat macamana itu dah ketentuan Tuhan. Tak lama lepas tu Doc pun sampai. Setelah sesi soal jawab, Doc minta sampel urin dan tunjukkan benda yang keluar tadi...Dalam toilet, darah menitik merata2...Ya Allah...dugaan betul.
Bila Doc cek apa yang keluar tadi, dia kata itu bukan janin, tapi lining rahim saya yang gugur... Doc tak explain banyak sangat, dia suruh tunggu keputtusan Scan dari Hosp Royal Hallamshire tentang keadaan saya. Apa yang Doc cakap, berkemungkinan saya early miscarriage. Mungkin.
Saya pun di suruh balik. Kebetulan masa siap2 nak balik, abang azrul call nak datang tengok keadaan saya. Dia dapat tahu dari husband saya, mungkin terlalu risau dan tak tahu nak buat apa, husband saya sms abang azrul dari malaysia suruh tolong tengokkan keadaan saya. Sebenarnya saya yang tak bagi beritahu dia dari awal lagi, saya ni jenis yang fikir tak nak menyusahkan orang, tapi mungkin keadaan terlalu mendesak emosi dia untuk beritahu abang azrul kalau2 terjadi sesuatu yang tak diingini kat saya. Sekurang2 nya ada yang tahu. Mula2 saya menolak untuk abang azrul dan kak yana ambil saya di hospital, tapi sebabkan rumah dia pun dekat dengan hospital tu, saya ikutkan sahaja. Abang azrul dan kak yana pelawa untuk menjaga saya sementara saya masih lagi tak sihat. Saya turutkan saja, dalam keadaan lemah macam ni saya tak larat nak fikir panjang, serahkan sahaja pada takdir. Lepas ambil baju beberapa helai, terus saya dibawa ke rumah abang azrul dan kak yana.
Bermalam disana selama 2 malam.
Khamis, 12 Julai 2012
Keesokan harinya mereka bawa saya ke Hospital Hallamshire untuk test darah sekali lagi. Hasil ujian darah, akan diberitahu petang (8 pm) hari yang sama. Seperti yang dijangka, memang sah saya keguguran. Mula2 diberitahu laju je air mata saya mengalir. Tiada siapa disisi untuk menenangkan saya. Menangis saya satu malam. Macamana sekalipun saya kena pasrah dengan ketentuanNya. Terima kasih darling hubby tenangkan sayang walaupun susah sebenarnya nak menenangkan orang yang bukan di depan mata. Tambahan, internet tak berapa laju di rumah abang azrul dan kak yana. Menguatkan lagi rasa saya nak balik ke rumah adik2 yang saya tumpang ni.
Sukarnya memujuk hati waktu ni.......menangis..menangis..dan menangis sahaja yang saya boleh buat...
Pages
i love my life..it's full of colours..Alhamdulillah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Categories
- Student life (47)
- thoughts of the day (38)
- Just for Fun ..(^_~)V... (33)
- Precious Moment (27)
- Knowledge (19)
- PhD (14)
- Tarbiyah (14)
- Friendship (10)
- motivation (10)
- Petua (8)
- Photo (7)
- Oh Sheffield (6)
- Thesis (6)
- wHat HappeN?? (6)
- My family (4)
- work (4)
- Award (3)
- My Love (3)
- Recipe (3)
- the Viva (2)
- Reunion (1)
- Sirah (1)
- Tafsir (1)
- bicara hati (1)
Total Pageviews
Thank you for visiting this blog (^_^)V



0 comments:
Post a Comment